26 May 2013

Macam Di Key Key ( KK )































 
Kredit:lunalanun

Ronda Ronda


Terlanjur dah keluar gi pusat bandar Tawau, meh la jeling-jeling sikit bandar Tawau ni... Sorry la, tak banyak info yang saya tau pasal bandar Tawau ni... Tengok gambar je la ok. Kot-kot ada yang bakal bertugas di Tawau ni. Bolehlah tarik nafas lega bila tengok gambar-gambar ni yang menunjukkan bandar Tawau ni bukan bandar 'ulu' sebab bandar ni di tepi laut. Huk3!







Boleh tahan gak besar public library Tawau ni...

Bangunan Wisma Persekutuan, Tawau. Bangunan ni kat mana-mana tempat kt Malaysia ni, aku tengok sama patern je semua.

Bandar Tawau ni terletak di pantai timur Sabah (boleh rujuk Google Map okeh). Kalau menggunakan kenderaan darat dari Kota Kinabalu ke Tawau (sama ada menggunakan bas atau drive sendiri), mau naik kematu gak montot sebab kena amik masa sampai 12 jam.

Owh jangan risau, kalau tak nak naik pengangkutan darat, udara pun boleh maaa... Taken only 50 minutes from KKIA or KKIA T2 to Tawau Airport. Tawau ada airport okeh!
Lapangan Terbang Tawau...

Kalau dari Kota Kinabalu, boleh pilih nak naik MAS ke Air Asia... Penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Tawau pun ada jugak. Kalau malas nak transit kat Kota Kinabalu.
Ikut bajet masing-masing... Masa perjalanan sama je...

Okeh, happy sekarang?! So, welcome to Tawau!

Kredit:lunaluna

10 Perkara


1.Mengabaikan pengambilan sarapan pagi

Individu yang sering mengabaikan pengambilan sarapan pagi berisiko besar untuk mengalami kekurangan gula dalam darah. Ia akan menyebabkan bekalan nutrien tidak cukup untuk dihantar ke otak lalu menyebabkan bahagian tersebut mengalami kemerosotan.


2.Terlalu banyak makan

Ia akan menyebabkan berlakunya pengerasan di bahagia arteri otak dan sekali gus memperlahankan kuasa mental.


3.Merokok

Ia menyumbang kepada pengecutan otak dan boleh menyebabkan panyakit Alzheimer


4.Pengambilan gula yang tinggi

Terlalu banyak gula boleh mengganggu penyerapan protien dan nutrien disebabkan kekurangan zat makanan dan mendatangkan kesan terhadap perkembangan otak.


5.Pencemaran udara

Otak merupakan penerima oksigen yang terbesar dalam sistem badan manusia. Apabila sering terdedah pada pencemaran udara, ia akan mengurangkan penghantaran sumber oksigen bersih ke otak dan secara langsung mengurangkan kecekapan fungsi otak.


6.Kurang tidur
Tidur memberi peluang otak berehat. Apabila seseorang mengabaikan kualiti tidur yang sempurna perlahan-lahan boleh menjejaskan sel otak sekali gus mendatangkan risiko yang tinggi untuk berlakunya kegagalan fungsi otak.


7.Menutup kepala ketika sedang tidur

Tidur dengan menutup kepala akan mempertingkatkan karbon dioksida dan mengurangkan oksigen untuk sistem badan yang boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian otak


8.Memaksa otak bekerja ketika badan tidak sihat

Ketika badan tidak sihat, secara tidak langsung juga akan memberikan efek kepada otak. Lantas memaksa diri ketika keadaan badan tidak mengizinkan mampu menyumbang kerosakan pada saraf otak pada amnya.


9.Berfikiran sempit

Berfikir merupakan latihan terbaik untuk merangsang otak. Namun, jika seseorang itu sering berfikiran sempit maka ia boleh menyebabkan berlakunya pengecutan di bahagian otak.


10.Jarang berkomunikasi

Komunikasi intelektual mampu merangsang perkembangan otak. Jika seseorang itu jarang berkomunikasi, lama-kelamaan fungsi otak mampu mengalami kemunduran.

Kredit:amalanharian