17 August 2013

Hidangan Istimewa Di KFC ..



Sekadat gurau2 ... jgn amik serius

Kejam - Bapa Minum Darah Anak

 
17 Ogos 2013

Lahad Datu: “Tergamak menantu saya menyembelih anak sendiri sebelum menghirup darah yang memancut dari leher. Ini semua kerja syaitan,” kata Imam Nasir, 58, apabila melihat cucu lelaki kesayangannya berusia tujuh tahun disembelih bapa kandung di depan matanya dalam kejadian ngeri di Kampung Epil, Jalan Kastam Baru, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.20 malam, mangsa, Haikal Salimar menggelupur kesakitan sebelum meninggal dunia akibat kecederaan parah di leher.

Lebih mengerikan lagi, bapa mangsa, Salimar Hamad, 35, seolah-olah tidak menghiraukan keadaan anak bongsunya yang berlumuran darah, sebaliknya bertindak menghirup darah yang membuak keluar dari leher kanak-kanak malang itu.

Sambil meluahkan perasaan marah, Imam berkata, menantunya itu bertindak seperti haiwan.

“Saya terkejut dengan tindakannya dan ahli keluarga lain berusaha menahan perbuatan itu tetapi gagal. - Sumber.

HuHu Idop Kena Idop









Mesir - 70 Maut Keganasan Terbaru

Ribuan pengikut Ikhwanul Muslimin berkumpul di Dataran Ramses di Kaherah dalam satu perhimpunan besar-besaran membantah tindakan tentera menggempur kem penyokong bekas Presiden Mohammed Mursi di Kaherah, semalam. - AFP 
 
KAHERAH 16 Ogos - Sekurang-kurangnya 70 orang maut dalam pertumpahan darah terbaharu di Mesir hari ini selepas beberapa pertempuran berlaku di antara penyokong bekas Presiden, Mohammed Mursi dan pasukan keselamatan di bandar-bandar utama negara ini.
Menurut Ikhwanul Muslimin, 41 pengikut Mursi maut di di Dataran Ramses, medan utama mereka berhimpun, diikuti lima di Fayoum.
Reuters yang memetik sumber perubatan melaporkan, lapan penunjuk perasaan pro-Mursi terkorban di bandar Damietta, utara Kaherah apabila anggota pasukan keselamatan bertempur dengan kumpulan tersebut.
Kematian akibat pertempuran turut dilaporkan di bandar Ismailiya, Terusan Suez membabitkan lima penyokong bekas Presiden tersebut.
Di ibu negara pula, seorang anggota polis terbunuh, sementara dua yang lain cedera selepas sebuah pos kawalan diserbu kumpulan lelaki bersenjata, kata seorang pegawai keselamatan.
Menurut saksi, bunyi tembakan turut kedengaran di beberapa bandar lokasi pertempuran tercetus termasuk di Iskandariah, Beni Sueif dan Fayoum di selatan Kaherah serta di bandar Hurghada, di Laut Merah.
Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri hari ini membenarkan penggunaan peluru hidup oleh polis sekiranya pasukan keselamatan itu atau bangunan-bangunan kerajaan diserang.
Insiden terbaharu itu berlaku ketika beribu-ribu pengikut Ikhwanul Muslimin melancarkan perhimpunan besar-besaran selepas solat Jumaat dalam satu demonstrasi yang digelar 'Hari Kemarahan', sebagai membantah tindakan kekerasan pihak berkuasa yang mengakibatkan ribuan rakyat awam Mesir maut dalam operasi pembersihan kelmarin.
Penunjuk perasaan berarak dari masjid-masjid menuju Dataran Ramses bagi menyahut seruan jurucakap Ikhwanul Muslimin, Gehad El-Haddad yang menyeru satu perhimpunan diadakan.
"Perhimpunan antirampasan kuasa hari ini yang digelar sebagai 'Hari Kemarahan' bermula di semua masjid-masjid di Kaherah menuju ke Dataran Ramsis selepas solat Jumaat.
"Kami akan terus melancarkan tunjuk perasaan sehinggalah tentera yang merampas kuasa digulingkan," tulis Gehad El-Haddad dalam Twitternya.
Keadaan dijangka bertambah buruk kerana pergerakan Tamarod yang menyokong kerajaan sementara, turut mengadakan perhimpunan di ibu negara. - REUTERS/AFP

© Utusan Melayu (M) Bhd

16 August 2013

Mesir - Semoga Kembali Aman

Semoga Allah Melindungi Ikhwan Di Sana | Kejadian di Mesir sungguh menyedihkan Tentera Dajjal As-Sisi AKA Yahudi Zionist telah membunuh ribuan Ikhwan di sana, betapa menderitanya anak yang kehilangan ayah dan ibu mereka. Tapi jika difikirkan secara Sunnatullah inilah adab berjuang, sunnah para Nabi dan Rasul tiada kemenangan mudah tanpa pergorbanan dan ada diantara mereka dibunuh dan digergaji..Apa pun tidak yang lebih mulia dan bermakna selain mati bertemu Allah dalam keadaan Syahid..Takbirrrr!!!!
Mesir Berdarah

1. Mesir diishtihar DARURAT selama sebulan bermula jam 4ptg td.

2. Jeneral Abdul Fatah As-Sisi mengarahkan tentera TEMBAK semua penyokong Dr Morsi.

3. Sehingga kini seramai hampir 3 RIBU org telah MATI SYAHID & lebih 10 ribu org yg tercedera, termasuk dari klgn kanak2, ibu2, & wanita2.

4. Semua yg dibunuh adalah mereka yg tidak bersenjata.

5. Ambulan & bantuan perubatan DIHALANG dari memasuki kwsn himpunan & TIDAK DIBENARKAN memberi bantuan kpd mangsa.

6. Jurukamera turut ditembak dari udara menggunakan helikopter tentera.

7. Dr Morsi terus ditahan di suatu tempat yg dirahsiakan.

8. Tentera telah MUSNAHKAN semua pusat pengumpulan makanan & pusat perubatan para penyokong Morsi.

9. Kerajaan HARAM Mesir TUTUP SEMUA rundingan. Mereka akn terus BUNUH mana2 rakyat yg menyokong Dr Morsi.

10. Lebih ramai rakyat Mesir sedang mula bergerak dari daerah & kampung masing menuju medan perang utk menyokong Morsi & mempertahankan Kerajaan Islam Ikhwan Muslimin.

Moga Allah LAKNAT & HANCURKAN kerajaan HARAM Mesir!

Sesungguhnya KEMENANGAN ISLAM sangat hampir!

gambar-terkini-rusuhan-di-mesir.jpg

gambar-terkini-rusuhan-di-mesir.jpg

gambar-terkini-rusuhan-di-mesir.jpg

gambar-terkini-rusuhan-di-mesir.jpg

gambar-terkini-rusuhan-di-mesir.jpg

gambar-terkini-rusuhan-di-mesir.jpg

gambar-terkini-rusuhan-di-mesir.jpg


kredit:kakisembang

Mesir - Keselamatan Rakyat Malaysia Di Pantau


 
 MARAN - Keselamatan rakyat Malaysia sama ada pelajar mahupun yang bekerja di Mesir akan sentiasa dipantau pihak kedutaan, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abdul Mutalib.

Justeru, beliau menasihati anggota keluarga atau saudara mara agar tidak gusar dengan keadaan keselamatan saudara mereka di negara bergolak itu kerana Kedutaan Malaysia di Kaherah akan terus memantau keadaan keselamatan rakyat Malaysia.

"Di sesetengah negara, seperti Indonesia atau Switzerland, kita ada atase buruh yang menjaga hal ehwal rakyat Malaysia, tetapi macam Mesir kita tidak ada atase buruh, maka pihak kedutaan yang bertanggungjawab menjaga mereka termasuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia yang bekerja di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis ramah mesra Aidilfitri serta meraikan persaraan guru Majlis Guru Pendidikan Islam Pahang 2013 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jengka di sini hari ini. - Bernama

Semua Rakyat Malaysia Di Mesir Selamat - Anifah


KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman Khamis mengesahkan semua rakyat Malaysia di Mesir berada dalam keadaan baik dan selamat walaupun situasi keselamatan semasa di negara itu merosot.

Negara itu dilanda konflik berdarah apabila tercetus pentempuran antara pihak berkuasa keselamatan dengan penyokong bekas presiden Me
sir Mohamed Morsi, menyebabkan ramai yang terkorban dan ribuan lain cedera.

Justeru, Anifah meminta rakyat Malaysia mematuhi garis panduan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Mesir dan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah.

"Bagi pelajar Malaysia yang mahu pulang, mereka dinasihatkan memeriksa dan mengesahkan dengan universiti masing-masing sama ada akan terdapat sebarang perubahan pada tarikh bermula tahun akademik sebelum kembali semula ke negara itu, katanya dalam kenyataan di sini.

Anifah juga berkata rakyat Malaysia juga diingatkan supaya tidak mendekati kawasan berisiko konflik dan tidak menyertai sebarang perhimpunan bantahan.

Beliau berkata rakyat Malaysia yang bercadang ke Mesir dinasihatkan untuk menangguhkan dan menjadual semula semua lawatan tidak penting ke negara itu.

Katanya kerajaan Malaysia melahirkan kebimbangan yang mendalam berhubung perkembangan pergolakan semasa dan pertumpahan darah di negara itu yang sehingga ini telah mengorbankan ramai nyawa dan ribuan yanvg lain cedera.

Katanya kerajaan membantah dengan keras sebarang bentuk keganasan sebagai cara menyelesaikan sebarang konlfik dan berharap semua pihak di negara itu tidak memilih jalan keganasan sebaliknya mencapai penyelesaian secara damai.

"Adalah amat penting bahawa krisis politik semasa di negara itu perlu diselesaikan menerusi dialog yang berterusan melibatkan semua pihak berkepentingan bagi mencari penyelesaian yang berkesan dan berpanjangan," katanya.

Rakyat Malaysia di Mesir dinasihatkan supaya mengikuti perkembangan semasa dengan menghubungi Kedutaan Malaysia di Kaherah di alamat No. 21 El Aanab Street, Mohandesseen, Giza, Mesir.

Nombor talian kedutaan ialah (202) 37610013/ 19/68/73 atau Bilik Operasi Kedutaan Malaysia di talian 00-2-02-37610270 atau 02-3760735/02-37610013 sambungan 140.

No faks (202) 37610216 atau e-mel di malcairo@kln.gov.my.

-- BERNAMA

Syuhada Mesir - Doa Kami Bersama mu

Polis kini bukan sahaja melepaskan bom gas pemedih mata terhadap ahli keluarga syuhada', malah menembak mereka dengan peluru hidup, menangkap mereka dan meminta drpd mereka mayat-mayat syuhada' dengan tujuan menggelapkan bilangan sebenar yang terkorban iaitu 3000 orang.
Polis kini bukan sahaja melepaskan bom gas pemedih mata terhadap ahli keluarga syuhada', malah menembak mereka dengan peluru hidup, menangkap mereka dan meminta drpd mereka mayat-mayat syuhada' dengan tujuan menggelapkan bilangan sebenar yang terkorban iaitu 3000 orang.

Kaherah Lengang

  • Foto Anggota Ikhwanul Muslimin menterbalikkan sebuah kenderaan polis ketika pertempuran di Dataran Mustafa Mahmoud, di Kaherah. - Foto AFP
  • Foto
Mesir: Penduduk Mesir, mula keluar dari kediaman mereka selepas perintah berkurung dikuatkuasakan sepanjang malam berikutan keganasan dalam usaha pasukan keselamatan menyuraikan penyokong presiden yang digulingkan Mohamed Morsi, sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 525 orang.

Kerajaan sementara yang disokong tentera menguatkuasakan perintah darurat dan perintah berkurung selama sebulan, di Kaherah serta 13 wilayah lain.
Sejurus selepas waktu perintah berkurung berakhir pagi semalam, lampu lalu lintas kembali berfungsi manakala jalan raya yang terhalang sejak beberapa minggu lalu berikutan tunjuk perasaan, dibuka semula.


Pegawai kementerian kesihatan berkata, sekurang-kurangnya 525 orang terbunuh di seluruh negara, termasuk 43 anggota keselamatan.

Sumber Ikhawanul Muslimin berkata 2,200 orang terbunuh manakala lebih 10,000 lagi cedera.

Media Mesir pula menyiarkan gambar penyokong Morsi mengacukan senjata dan melempar batu ke arah polis pada pertempuran sebelum itu.

“Mimpi ngeri Ikhwanul Muslimin berakhir,” kat muka depan akhbar harian Al-Akhbar.
“Pertempuran terakhir Ikhwanul Muslimin,” kata akhbar Al-Shorouk pula.

Keganasan terburuk

Keganasan kelmarin adalah yang terburuk sejak 2011 ketika tunjuk perasaan bagi menggulingkan pemerintahan Presiden Hosni Mubarak.

Sementara itu kerajaan Mesir menerima tamparan hebat apabila Naib Presidennya, Mohamed ElBaradei, meletak jawatan sebagai membantah tindakan keras pasukan keselamatan ke atas penunjuk perasaan.

Perdana Menteri sementara, Hazem el-Beblawi, berkata dalam ucapan yang disiarkan secara langsung ia adalah hari sukar dan kesal dengan pertumpahan darah tetapi tidak meminta maaf kerana bertindak ke atas penyokong Morsi, berkata mereka sudah diberi amaran supaya meninggalkan kawasan itu dan beliau juga sudah cuba menggunakan orang tengah untuk berunding.

Pemimpin Ikhwanul Muslimin menggelar tindakan itu sebagai pembunuhan beramai-ramai. Sebahagian mereka ditahan apabila polis menyerbu dua kawasan perhimpunan penunjuk perasaan, beratus-ratus anggota pertubuhan ditahan dan masa depan pergerakan itu masih tidak pasti.

Dibantu helikopter, polis melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan jentolak untuk melepasi halangan di dua kem bantahan di beberapa kawasan berbeza di Kaherah, yang menjadi tempat penyokong Morsi berkhemah sejak beliau disingkirkan oleh rampasan kuasa tentera pada 3 Julai.

Berjaya tawan khemah

Kawasan kem lebih kecil berhampiran Universiti Kaherah di Gaza berjaya ditawan dengan segera tetapi mengambil masa kira-kira 12 jam untuk polis mengambil alih kawasan utama berhampiran Masjid Rabaah al-Adawiya di Bandaraya Nasr yang bertindak sebagai pusat perhimpunan penyokong Morsi.

Selepas khemah dirobohkan, pertempuran jalanan meletus di Kaherah dan beberapa bandar raya di seluruh Mesir. Bangunan kerajaan dan balai polis diserang, jalan raya disekat dan gereja dibakar, kata Menteri Dalam Negeri, Mohammed Ibrahim.

Tiga wartawan ialah antara yang maut iaitu jurukamera stesen penyampai Britain Sky News, Mick Deane, 61; wartawan akhbar Gulf News, Habiba Ahmed Abd Elaziz, 26, dan penulis akhbar Al Akhbar, Ahmed Abdel Gawad.

Kesatuan wartawan, Egyptian Press Syndicate, berkata ia tiada maklumat bagaimana Gawad menemui ajal.

AP/AFP

Ayuh turut serta bersama Himpunan Aman Mengutuk Kekejaman Kudeta Mesir.

Ayuh turut serta bersama Himpunan Aman Mengutuk Kekejaman Kudeta Mesir.

Negeri : Kelantan
Lokasi : Dataran Stadium Muhammad IV
Tarikh : 15 Ogos 2013
Hari : Khamis
Masa : 7.00 pm

Negeri : Kelantan
Lokasi : Masjid Muhammadi KB
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Terengganu
Lokasi : Masjid Pengadang Baru K. Terengganu.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Pahang
Lokasi : Masjid Al-Fattah Kuantan.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Johor
Lokasi : Masjid Bandar Baru Uda, JB.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Melaka
Lokasi : Masjid Al-Azim
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Negeri 09
Lokasi : Masjid Negeri Bandar Seremban.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Wilayah
Lokasi : Dataran Merdeka
Tarikh : 17 Ogos 2013
Hari : Sabtu
Masa : 4.00 pm

Negeri : Selangor
Lokasi : Masjid Negeri Shah Alam.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Perak
Lokasi : Masjid Negeri, Ipoh.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Pulau Pinang
Lokasi : Masjid Permatang Janggus
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Kedah
Lokasi : Masjid Zahir Alor Setar
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Perlis
Lokasi : MATIN
Tarikh : 15 Ogos 2013
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pm

Negeri : Sabah
Lokasi : Masjid Negeri Sabah Kota Kinabalu dan Masjid Al Kauthar Tawau
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 1.00 pm

Negeri : Sarawak
Lokasi : Masjid Assyakirin, Bintulu.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Wilayah
Lokasi : Dataran Merdeka
Tarikh : 17 Ogos 2013
Hari : Sabtu
Masa : 4.00 pm

Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.

‪#‎mesirkini‬
Gambar: Ayuh turut serta bersama Himpunan Aman Mengutuk Kekejaman Kudeta Mesir.

Negeri : Kelantan
Lokasi : Dataran Stadium Muhammad IV
Tarikh : 15 Ogos 2013
Hari : Khamis
Masa : 7.00 pm

Negeri : Kelantan
Lokasi : Masjid Muhammadi KB
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Terengganu
Lokasi : Masjid Pengadang Baru K. Terengganu.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Pahang
Lokasi : Masjid Al-Fattah Kuantan.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Johor
Lokasi : Masjid Bandar Baru Uda, JB.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Melaka
Lokasi : Masjid Al-Azim
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Negeri 09
Lokasi : Masjid Negeri Bandar Seremban.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Wilayah
Lokasi : Dataran Merdeka
Tarikh : 17 Ogos 2013
Hari : Sabtu
Masa : 4.00 pm

Negeri : Selangor
Lokasi : Masjid Negeri Shah Alam.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Perak
Lokasi : Masjid Negeri, Ipoh.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Pulau Pinang
Lokasi : Masjid Permatang Janggus
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Kedah
Lokasi : Masjid Zahir Alor Setar
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Perlis
Lokasi : MATIN
Tarikh : 15 Ogos 2013
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pm

Negeri : Sabah
Lokasi : Masjid Negeri Sabah Kota Kinabalu dan Masjid Al Kauthar Tawau
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 1.00 pm

Negeri : Sarawak
Lokasi : Masjid Assyakirin, Bintulu.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Wilayah
Lokasi : Dataran Merdeka
Tarikh : 17 Ogos 2013
Hari : Sabtu
Masa : 4.00 pm

Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.

#mesirkini

15 August 2013

Lelaki Pukul Isteri Serah Diri

15/08/2013 6:58pm

KUANTAN - Lelaki yang memukul isteri dalam lif di sebuah hospital swasta di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada Isnin lalu menyerah diri kepada polis di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, lelaki tersebut menyerah diri di Balai Polis Kuantan pada pukul 3.30 petang.
Menurut beliau, suspek yang berasal dari Jerantut kini ditahan di balai polis berkenaan dan akan diserah kepada polis Pulau Pinang.
Beliau menambah, polis Pulau Pinang telah dimaklumkan penahanan tersebut dan dibawa ke negeri itu malam semalam untuk siasatan.
"Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan 18A Akta Keganasan Rumah Tangga," kata beliau semasa dihubungi pemberita di sini semalam.
Penahanan tersebut dibuat berikutan satu klip video berdurasi 2.20 minit telah dimuat naik ke laman Facebook memaparkan perbuatan seorang lelaki membelasah isteri di hadapan anak-anak mereka ketika di dalam lif yang dirakam melalui televisyen litar tertutup (CCTV). - KOSMO!

Hakcipta terpelihara

Krisis Tanduo




'Saya atur pertemuan kesultanan Sulu dan dua PM'
Ogos 15 2013

RCI SABAH - Sultan Mohd Akjan Ali Muhammad yang mengisytiharkan dirinya sebagai sultan Sabah, hari ini mendakwa beliau telah mengatur pertemuan antara dua bekas perdana menteri Malaysia dengan kesultanan Sulu.

Ketika memberi keterangan di hadapan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah, Akjan berkata kedua-dua bekas perdana menteri itu ialah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang juga dikenali sebagai Pak Lah.

NONE"Sejak tahun 1970-an (Sultan) Jamalul Kiram yang mengisytiharkan dirinya sebagai sultan Sulu meminta bantuan saya. Saya membantu beliau untuk bertemu Mahathir pada 1980-an tetapi saya tidak tahu apa yang mereka bincangkan.

"Selepas itu, Ismail Kiram (adik Jamalul itu) datang untuk bertemu dengan Pak Lah," katanya kepada RCI di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pagi ini.

Akjan berkata beliau bersetuju untuk mengatur pertemuan itu dengan syarat mereka akan melepaskan tuntutan mereka ke atas Sabah.

"Tetapi pada 2000-an, matlamat mereka nampaknya telah berubah dan mereka mahu menuntut Sabah di Mahkamah Keadilan Antarabangsa," katanya.

Jamalul kemudian mengarahkan serangan ke Sabah pada bulan Februari tahun ini, yang mengakibatkan kematian sembilan anggota pasukan keselamatan Malaysia, yang terburuk sejak pemberontakan Komunis. -JJ-

Oleh: Perjuangan Sejati
 
kredit:VAT69perjuangansemalam

Mesir - Kami Bersama Mu

KUALA LUMPUR (Aug 15): Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyuarakan rasa sedih atas pembunuhan beramai-ramai di Mesir, beliau juga menambah, sepanjang beliau menjadi negarawan, umat Islam di seluruh dunia mundur kerana mereka berbalah antara satu sama lain dan tidak (bersikap demikian) terhadap musuh-musuh Islam.

Mahathir hari ini juga menggesa umat Islam di seluruh negara untuk bekerja serta bersatu dalam strategi dan pelan tindakan yang sama dan tidak "sibuk membunuh antara satu sama lain dan melakukan kerja musuh-musuh Islam".

Mahathir yang agak emosi apabila menyampaikan ucapan 20 minit beliau berkata: "Semalam, saya menonton televisyen dan saya menonton apa yang berlaku di Mesir.."

"Umat Islam sibuk membunuh antara satu sama lain dan melakukan kerja musuh-musuh Islam. Mereka melakukan kerja-kerja yang perlu dilakukan oleh orang Yahudi, Zionis dan pelbagai musuh-musuh Islam".

"Ini jelas masalah kita," katanya sambil menambah, "(Tidak ada) Perpaduan serta kerjasama untuk mencapai apa sahaja yang kita fikirkan. Tiada. Kita semua tidak bersatu".

"Sepanjang 60 tahun tahun saya telah melihat perkara ini, merasai segala peristiwa ini berlaku serta berdepan dengannya ketika saya masih hidup,

"Tiada pengakhiran kepada masalah ini. Tidak ada strategi yang tepat dalam merancang kejayaan. Kita juga mensia-siakan segala usaha kita kerana kita tidak boleh bersetuju antara satu sama lain"

Dr Mahathir bin Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia.

Sumber : Page Dr Mahathir bin Mohamad

Pemandu lori maut ditembak depan bank di Klang


KLANG 15 Ogos - Seorang pemandu lori maut selepas ditembak dua lelaki bermotosikal di hadapan Public Bank, Jalan Besar Kapar dekat sini awal pagi ini.

Ketika kejadian kira-kira pukul 2.15 pagi itu, S. Sambhath, 26, berada di hadapan bank tersebut bersama tiga rakannya.

Dua suspek memakai jaket hitam dan topi keledar berpenutup muka yang menaiki motosikal jenis Yamaha 125z tiba-tiba berhenti di hadapan bank dan salah seorang daripada mereka melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa dan rakan-rakannya.

Tembakan tersebut mengenai pipi dan dada mangsa, rakan-rakannya bagaimanapun terselamat.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke sana. - UTUSAN ONLIN
E

Kumpulan Panji Hitam

Siasatan terhadap Kumpulan Panji Hitam selesai

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Polis telah selesai menjalankan siasatan terhadap lapan ahli Kumpulan Panji Hitam Dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara yang ditahan reman sejak 5 Ogos lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pihaknya berpuas hari dengan siasatan tersebut dan mengesahka
n tiada unsur keganasan dilakukan oleh kumpulan berkenaan.

"Siasatan telah pun selesai dan kami mendapati kumpulan ini lebih menjurus kepada ajaran sesat. Oleh itu, polis akan merujukkan perkara tersebut kepada Jabatan Agama Islam negeri untuk tindakan lanjut.

"Kesemua suspek mungkin akan dibebaskan selepas tempoh reman tamat pada 17 Ogos ini," katanya dalam sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur di sini hari ini.

Pada 5 Ogos lalu, polis menahan 10 individu termasuk dua wanita yang menggelarkan diri mereka sebagai Kumpulan Panji Hitam Dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara kerana mendakwa pewaris Yang di-Pertuan Agong yang sah dan cuba mengambil alih pentadbiran Istana Negara.

Kesemua mereka yang berpakaian serba hitam dan menaiki tiga kereta ditahan ketika berhimpun di hadapan pintu 1, Istana Negara di sini pada pukul 4.10 pagi sambil membawa 13 helai bendera serta beberapa helai watikah bai'ah (perjanjian untuk taat).

Kedua-dua wanita terlibat itu kemudian dibebaskan selepas dua hari direman. - UTUSAN ONLINE

Tema Hari Kebangsaan

 
“Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku”

Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa apabila “Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku” menjadi tema hari kemerdekaan yang ke 56 yang akan disambut pada 31 Ogos ini

Tema ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara dengan
elemen2 perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara

Sambutan Hari Kemerdekaan bukan setakat mengira detik jam 12 malam 31 OGOS, dan melihat pertunjukkan bunga api sahaja. Dan bukan juga untuk di isi dgn kegiatan merempit tepat pada jam 12 malam itu.

3 adik-beradik hilang ditemui di KL

IPOH - Bapa kepada tiga orang kanak-kanak yang dilaporkan hilang, Rizauddin Md. Zain memberitahu, ketiga-tiga anaknya telah dijumpai di Kuala Lumpur.

Katanya, beliau baru dimaklumkan oleh pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak bahawa anak-anaknya, Sharafuddin Syazwan, 11, Syahir Syafi, 8, dan Syauratul Syafiyah, 6, ketika ini berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

"Saya bersyukur mereka selamat meskipun saya tidak tahu bagaimana mereka boleh sampai ke sana," katanya kepada KOSMO!

14 August 2013

Polis buru 2 lagi lelaki disyaki Geng 08 Vinod


  • 14 Ogos 2013

    KUALA LUMPUR - Polis kini menggiatkan gerakan memburu dua lelaki disyaki anggota 'Geng 08 Vinod' yang bolos daripada tangkapan polis ketika dikejar kereta peronda di Jalan Ipoh di sini awal pagi semalam.

    Dua suspek itu -- R. Lachumanan atau lebih dikenali sebagai Murali, 27, dan S. Sathiyanathan, 21, -- adalah antara lima lelaki yang disyaki terlibat dalam beberapa kes samun dan curi kereta di sekitar Lembah Klang sejak setahun lepas.

    "Hasil risikan, polis mendapat maklumat mengenai trak Mitsubishi Triton yang dinaiki lima lelaki terbabit pada pukul 1.40 pagi di Selayang dan polis berjaya mengesan kenderaan itu di Batu Caves," kata Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah.

    Beliau berkata polis mengejar kenderaan dinaiki suspek sejauh kira-kira 30 kilometer sehingga ke kawasan Rawang dan berpatah balik ke Selayang hingga di persimpangan Lebuh Raya Latar (Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor).

    "Suspek melepaskan satu das tembakan ke arah kereta peronda polis namun tersasar. Polis terus mengejar suspek hingga ke Jalan Ipoh namun trak mereka menghimpit kereta peronda polis sehingga terbabas," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Abdul Rahim berkata kelima-lima lelaki terbabit meloloskan diri daripada polis, tetapi tiga daripada mereka yang berusia antara 22 dan 26 tahun, termasuk ketua kumpulan itu berjaya ditahan dalam serbuan di sebuah unit pangsapuri di Taman Pinggiran Batu Caves pada 4.19 pagi semalam.

    Ketiga-tiga mereka kini direman sehingga 19 Ogos, katanya dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai dua lagi lelaki yang diburu itu tampil atau hubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

    "Kami akan teruskan pencarian berpandukan risikan polis, mereka semua dah cari tempat persembunyian baru disebabkan kawan-kawan mereka sudah ditahan," katanya. - Bernama

Tabarruj

Pengertian Tabarruj

Tabarruj ialah mendedahkan kecantikan rupa paras, samada kecantikan itu dibahagian muka atau di anggota-anggota badan. Al Bukhari Rahmatullahi ‘Alaihi ada berkata :
“ Tabarruj, iaitu seseorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.”

Untuk menjaga masyarakat dari bahaya pendedahan aurat dan disamping menjaga kehormatan wanita dari sebarang gangguan maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang telah berakal lagi baligh dari bermake-up (tabarruj)

Larangan Tabarruj Dan Kaitannya Dengan Wanita Islam

Maka dengarlah wahai wanita-wanita Islam semua, segala suruhan Allah swt andainya anda semua beriman denganNya, Allah ada berberfirman :

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. ”

( QS An Nur : 31)



Ketahuilah bahawa kain tudung yang dimaksudkan Allah dan dalam firmanNya yang bermaksud : Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya..






Bukanlah terhenti di bahagian kepala dan leher sahaja malahan menutupi bayangan mutiara yang tersisip di dada juga disuruh. Pastikan kain tudung itu mestilah besar sehingga menutup ke dada. Wanita-wanita Arab pada zaman Jahiliyah dahulukala ada yang berkelumbung kepala dan menutup bahagian leher mereka.Tetapi muka mereka terdedah, bahagian depan leher mereka dan dada mereka juga terdedah . Kadang kala baju kurung yang dipakai oleh wanita Melayu walaupun sudah dikancing biasa juga menampakkan sebahagian kecil daripada dada, dan masih menzahirkan bentuk buah dada dengan menonjol.Oleh itu wajiblah ditutup dengan kain tudung atau kelumbung yang besar, dan jangan pandang remeh terhadap perkara ini.Sesiapa yang mendedahkan bahagian kepala atau bahagian dadanya maka sudah jelas ia bukan dari seorang yang menghormati suruhan Allah swt. Akibat dari kecuaian dan kelalaian tersebut sudah pasti seseorang itu menerima azab yang pedih di hari akhirat kelak.

Awas ! Wahai golongan wanita, Allah telah berfirman yang bermaksud :
Janganlah menampakkan perhiasannya

Rasulullah saw bersabda :

Telah berkata Aishah r.a :” Sesungguhnya, Asma’ binti Abu Bakar menemui Nabi s.a.w dengan memakai busana yang nipis.” Maka Nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’, sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh(sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini, sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya.”

“Perempuan itu apabila telah cukup umurnya tidak boleh dilihat daripadanya kecuali muka dan tapak tangannya hingga pergelangan”



Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan dianggota badan atau dipakaian adalah boleh membawa fitnah. Dengan ini Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan seksaan dariNya. Pengertian perhiasan bukanlah tertentu pada alat-alat solek atau fesyen-fesyen pakaian sahaja, malahan perhiasan yang paling istimewa adalah terletak pada tubuh badan seseorang wanita itu. Sekiranya kecantikan rupa paras seperti ini didedahkan kepada orang lelaki, maka perbuatan ini juga dinamakan TABARRUJ.

Ada pula dikalangan wanita yang bertudung disamping tudung ini diletakkan pula diatasnya sulaman bunga dan corak yang menarik, manakala rambutnya yang dibahagian hadapan sengaja dihulurkan keluar dari kain tudung dan terjuntai menutupi sebahagian dahi . Andainya angin meniup lalu, sudah jelas rambut tadi terlambai-lambai mengikut arus bayu.






Ada fesyen pula rambutnya disanggul dan dihias pula laksana mahkota, selepas itu diletakan dengan kain tudung semakin jelas bentuk tubuh dan keindahan mahkotanya.

Idea dan usaha ini dilakukan supaya tambah menarik setiap mata memandang dan kononnya supaya dianggap orang bahawa ia juga seorang yang mentaati Allah di samping pandai pula menyesuaikan diri dengan berbagai-bagai fesyen pakaian mengikut keadaan zaman.

Sebenarnya maksud dan usaha anda sedemikian adalah salah. Allah swt lebih mengetahui segala persoalan yang tersirat di dalam otak anda. Penzahiran tindakan ini beerti kamu menipu diri sendiri. Akhirnya anda juga tergolong di dalam golongan wanita-wanita yang bermake-up .






Ada pun di kalangan wanita bertudung sudah sempurna menutupi dada dan bahagian tubuhnya yang lain, tetapi mengenakan seluar panjang seperti ‘jean’ dan berbagai fesyen seluar di pasaran . Dengan hanya memakai baju lengan panjang separa bawah pinggul dan memakai seluar sebenarnya masih belum sempurna menutup aurat dan perbuatan ini boleh diistilahkan sebagai bertabarruj, sedangkan tabarruj itu haram. Ini kerana orang masih boleh melihat rentak dua kaki anda ketika berdiri dan ketika kaki dihayunkan ketika berjalan . Tetapi jika anda memakai kain mustahil orang lain dapat memerhatikan hayunan kaki anda. Jadi tidak salah sekiranya anda memakai kain dan memakai seluar panjang di dalamnya.

Kerana rata-rata wanita beralasan bahawa memakai kain atau jubah menyukarkan mereka untuk bergerak apatah lagi melakukan aktiviti yang lasak di era moden ini. Ini adalah pernyataan bagi orang yang beralasan kerana lebih mengutamakan hawa sendiri dari perintah Allah. Sedangkan kita diperintahkan mengutamakan pandangan Allah daripada pandangan manusia.

Seterusnya kita melihat firman Allah : Dan janganlah mereka memukulkan kakinya

Dari kandungan ayat ini, Allah juga melarang setengah golongan wanita (tradisi mereka ini bergelang kaki) dari menghulurkan kaki hingga terlihat perhiasan tersebut. Perempuan beriman dilarang memukul atau menghayun kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan .Ini akan mendatangkan fitnah kepada lelaki ajnabi sekiranya mendengar bunyi gemerincing pada gelang kaki tersebut.

Berikut pula mari kita merenung firman Allah khasnya yang ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

(QS Al Ahzab : 59 )


Dari ayat ini dapatlah difahamkan bahawa suara lemah lembut adalah sebahagian daripada aurat wanita juga. Pengaruh suara wanita ke atas hati lelaki memang diakui juga oleh ahli-ahli psikologi moden. Oleh itu wanita yang beriman hendaklah jangan melunakkan suara mereka kepada lelaki ajnabi ketika ketika mereka sedang bermuamalah. Tetapi apa yang berlaku sekarang muda mudi kita kebanyakkan berebutan untuk menjadi penyanyi dan pelakon. Berbagai bentuk rancangan realiti tv diperkenalkan bagi mencungkil bakat yang terpendam seperti menyanyi , berlakon dan bidang peragaan. Apakah yang dikejar? Populariti yang tidak pasti atau Redha Allah yang berkekalan?






Selain itu, wanita dilarang sama sekali mengenakan bau-bauan atau perfume ketika keluar dari rumah . Di mana Rasulullah saw bersabda

“Wanita apabila memakai wangi-wangian kemudia berjalan melalui majlis(laki-laki) maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur” (Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)

Pendedahan perhiasan yang dilakukan oleh wanita dengan mempamerkan kejelitaan tubuh mereka dianggap sebagai satu penipuan yang besar terhadap lelaki.Pendedahan tersebut boleh menimbulkan berahi setiap lelaki terutama bagi mereka yang mempunyai syahwat hayawaniyyah. Perbuatan tadi umpama membentangkan juadah makanan dihadapan mereka.Andainya makanan yang enak terbentang dihadapan mereka, mata siapakah tidak terbeliak? Selera siapakah tidak terbuka? Natijah daripada ini pula Allah swt tidak ketinggalan untuk memerintahkan kaum lelaki supaya mereka memelihara penglihatan mereka daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan. Larangan tersebut terdapat di dalam firmanNya :

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
(QS Annur : 30)


Demikian juga Allah menyuruh wanita supaya menahan pandangan mereka dalam surah An Nur , ayat 31.
 
kredit:ukhtinur