08 November 2013

Laman Web Pejabat PM Singapura DiGodam

 Laman web pejabat PM Singapura digodam
SINGAPURA - Laman web Pejabat Perdana Menteri Singapura (PMO) Lee Hsien Loong dan Istana digodam semalam dan hari ini oleh anggota kumpulan aktivis 'Anonymous'.
  
Penggodaman terbaru itu berlaku selepas Lee berikrar pihak berkuasa tidak akan menghentikan usaha mengheret dalang yang 'melancarkan perang siber' di negara itu ke muka pengadilan.
 
Peringatan itu dikeluarkan selepas satu video dimuat naik ke YouTube memberi amaran akan melancarkan perang siber ke atas pihak berkuasa Singapura.
  
Dalam kenyataan hari ini, Pihak Berkuasa Pembangunan Infocomm (IDA) berkata: Carian 'subpage' laman web PMO dan Istana terjejas masing-masing pada Khamis pukul 11.17 malam dan Jumaat pada 12.20 pagi.    
  
Menurutnya subpage telah diceroboh apabila ia memaparkan halaman daripada sumber lain.
 
Menurut IDA, kelemahan pada sistem komputer ini dikenali sebagai 'cross-site scripting'.
  
Memberitahu perkara itu kini dalam siasatan, IDA menyatakan laman web PMO dan Istana masih beroperasi, dan "kami akan memulihkan semula halaman yang diceroboh secepat mungkin".
  
IDA berkata ia akan terus meningkatkan tahap keselamatan semua laman web kerajaan.
  
Ini termasuk melakukan pemeriksaan dan memulihkan serta mengatasi kelemahan pada sistem komputer dan perisian. 
  
Ia kini dalam proses pelaksanaan dan pengunjung ke laman web kerajaan mungkin menghadapi masalah untuk akses, bagaimanapun masalah itu akan diselesaikan dengan segera, menurut IDA. - Bernama

CUEPAC - Gesa Kaji Semula Elaun Dan Insentif

Omar Osman
IPOH - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini menggesa kerajaan mempercepatkan kajian semula semua jenis elaun serta insentif baharu penjawat awam di seluruh negara memandangkan kos sara hidup yang semakin membebankan.
  
Presidennya Datuk Omar Osman berkata kongres itu telah menyerahkan maklumat berkaitan kepada Perbendaharaan awal tahun ini bagaimanapun sehingga hari ini Cuepacs tidak pernah dipanggil untuk memberi penjelasan berhubung permintaan itu.
  
"Perbendaharaan perlu mempercepatkan kajian mengenai perkara ini sebab semasa pembentangan Bajet 2014, pengumuman mengenai permintaan kita supaya elaun perumahan ditambah, bantuan sara hidup diselaraskan serta kajian pinjaman perumahan tidak dinyatakan," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan warga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Perak di sini hari ini.
  
Beliau berkata pinjaman perumahan kepada penjawat awam pada masa sekarang yang dibuat mengikut kadar gaji dilihat tidak berpatutan dengan harga rumah yang semakin meningkat dan memaksa mereka membuat pinjaman dengan pihak swasta bagi menampung perbezaannya.
  
"Penjawat awam yang bergaji RM1,200 tidak dapat buat pinjaman RM150,000 kerana ikut gaji dia layak RM80,000 jadi macam mana nak beli rumah bernilai RM150,000, terpaksa buat pinjaman bank yang faedahnya lain, sudah dua kali hutang, kos sara hidup tinggi," katanya.

Selain itu Omar berkata Cuepacs dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengadakan siri jelajah bersama ke seluruh negara mulai Jumaat depan untuk memberi penjelasan kepada penjawat awam selepas kerajaan bersetuju 81 skim perkhidmatan awam ditambah baik di bawah Bajet 2014.
  
"60 peratus daripada 1.3 juta penjawat awam belum terlibat, jadi kita berharap ia dapat diselesaikan dalam tahun ini juga mengikut cadangan kita supaya mereka dapat menikmati skim di bawah Sistem Saraan Transformatif," katanya.
  
Beliau berkata kertas kerja khas dan kertas kerja ringkas telah diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) untuk melihat kesemua skim, sesuai dengan bebanan serta risiko tugas terutama skim yang melibatkan penguatkuasaan.
  
"Penjelasan ini supaya mereka faham kerana ada penjawat awam yang mendakwa Cuepacs tidak melakukan apa-apa, tidak prihatin dengan skim mereka, kenapa 81 skim sahaja. Bukan Cuepacs tidak buat apa-apa, kita ada bincang dan JPA sedang membuat skim secara menyeluruh, beri sedikit masa kepada JPA," katanya.
  
Dalam perkembangan lain, Omar berkata beliau tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan jawatankuasa baharu yang dijadual berlangsung sempena Konvensyen Tahunan Cuepacs pada 17 hingga 19 Dis ini di Menara PGRM di Cheras, Kuala Lumpur.
  
"Sudah tujuh tahun saya sebagai presiden sejak 2006, bagi saya cukuplah, biarlah pemimpin yang baharu dan muda dengan idea-idea baharu untuk membawa Cuepacs ke arah yang lebih maju. Setiap pemimpin itu ada gaya tersendiri," katanya.
  
Beliau berharap perwakilan akan membuat keputusan terbaik untuk memilih barisan kepimpinan kongres itu yang mampu mengetengahkan isu perkhidmatan awam kepada Perdana Menteri dan KPPA.
- Bernama

Hina Islam - Remaja Di Tahan

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang remaja lelaki di Bandar Hilir Melaka semalam, bagi membantu siasatan berkaitan kes menghina Islam dengan menulis kata-kata mencerca Allah SWT dalam statusnya di laman Facebook baru-baru ini.
  
Ketua Polis Daerah Dang Wangi,  Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, suspek berusia 17 tahun dari Petaling Jaya itu ditahan pukul 3 petang semalam sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini untuk diambil keterangan.
  
Remaja itu kemudian dibebaskan tengah malam tadi, dengan ikat jamin polis, katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
  
Remaja itu disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 susulan satu laporan polis diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi terhadap tindakan remaja berkenaan.
  
Zainuddin berkata, remaja tersebut sudah berhenti sekolah selepas peperiksaan PMR dua tahun lepas dan tagih dengan permainan komputer.  - Bernama

Suspek Parah DiBelasah

Suspek parah dibelasah jiran
KUALA LIPIS - Suspek yang memecah masuk rumah penduduk di Kampung Berchang, di sini pagi kelmarin dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh untuk rawatan lanjut.

Sebelum ini, suspek yang juga warga asing berusia 30an menerima rawatan di Hospital Kuala Lipis akibat parah di kepala dan badan ketika bergelut dengan jiran mangsa.

Difahamkan, semasa memecah masuk rumah mangsa, suspek bersama dua lagi rakan memakai baju dan seluar dalam serta mengikat tangkal di bahagian pinggang bagi melindungi diri.

Sinar Harian semalam melaporkan kejadian rompakan di rumah kedai milik Kamarudin Yusof, 42, di Kampung Berchang.

Dalam kejadian jam 3 pagi Rabu lalu, tiga suspek dipercayai warga asing bertindak memecah masuk rumah kedai yang didiami empat sekeluarga dalam satu kejadian rompakan bersenjata.

Ketua Polis daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, suspek dipercayai memotong bahagian besi tingkap sebelum memecah masuk rumah dan mencederakan mangsa menggunakan kayu dan parang.

Menurutnya, suspek yang tidak sempat menggeledah rumah mangsa bertindak melarikan diri setelah bunyi bising dari arah halaman rumah.

Beliau berkata, seorang daripada suspek bergelut dengan jiran mangsa yang datang membantu dan dalam pergelutan itu suspek serta jiran mangsa mengalami kecederaan.

“Dua lagi suspek dipercayai melarikan diri ke kawasan semak berhampiran dan polis menggunakan khidmat anjing pengesan (K9) untuk mengesan suspek,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun hingga mendatangkan kecederaan.

Saksi kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis untuk membantu siasatan.

Sumber-sinarharian

07 November 2013

Seorang Lagi Calon SPM Meninggal

sekI JERTEH: Seorang lagi calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meninggal dunia di Hospital Daerah Besut, Khamis.
Norsuwana Safawa, 17, pelajar Sekolah Menengah Agama Ittifakiah di sini meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang dan lelah yang dihidapinya sejak beberapa tahun lepas kira-kira 5.12 pagi ini.
Pegawai Pendidikan Daerah Besut Ab Halim Hassan ketika mengesahkan perkara itu berkata Norsuwana yang merupakan pelajar harapan sekolahnya sempat menduduki kertas Bahasa Melayu 1 dan 2 di hospital itu semalam.
Katanya pelajar itu sepatutnya menduduki tiga kertas hari ini iaitu Kertas Bahasa Inggeris 1 pada 8 pagi, kertas Bahasa Inggeris 2 pada 10.20 pagi dan kertas Pendidikan Al-Quran dan Sunnah pada sebelah petang.
Jenazahnya dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Alor Lintang dekat sini selepas solat Asar hari ini.
Semalam dua calon SPM iaitu di Dungun dan Pasir Putih, Kelantan meninggal dunia.
Mohd Nor Allif Harun, 17, pelajar SMK Sultan Omar di Dungun meninggal dunia awal pagi semalam setelah koma sejak seminggu lalu setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Nur Syazwani Ariffin, 17, pelajar Sekolah Menengah Agama Mahaad Saniah, Pasir Putih tiba-tiba pengsan ketika sedang menjawab kertas Bahasa Melayu 1 kira-kira 8.25 pagi semalam sebelum meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Anis Pasir Putih untuk rawatan. – BERNAMA

06 November 2013

Bahayanya WhatsApp

Bayangkan "anda" menyakiti isteri anda tanpa mengetahui akaun Whatapps anda di godam dan pengodam menggoda isteri anda (atau kenalan anda) dengan ayat-ayat yang mengoda atau menyakitkan hati?



PENDEDAHAN mesti baca sini (klik):


Calon SPM Meninggal Dunia

PASIR PUTEH - Seorang pelajar Maahad Saniah di sini meninggal dunia selepas pengsan ketika sedang menduduki peperiksaan kertas satu Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pagi tadi.
Kematian Nursyazwani Arifin, 17, disahkan oleh doktor sejurus diberi rawatan kecemasan di Hospital Tengku Anis kira-kira 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, pihaknya kini menunggu keputusan bedah siasat unit forensik Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengetahui punca kematiannya kerana Nursyazwani dikatakan tidak mempunyai rekod penyakit kronik.

Bapanya Arifin Deraman, 48, seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut membawa Nursyazwani ke hospital selepas diberitahu mengenai insiden itu kira-kira 8.45 pagi, katanya kepada pemberita ketika ditemui di hospital berkenaan hari ini.

Sementara itu, Arifin ketika ditemui berkata Nursyazwani pernah mengalami pening kepala, sakit belakang dan dada selama seminggu sebelum ini.

"Ketika itu doktor hanya mengesahkan Allahyarham mengalami gastrik tetapi dalam sehari dua ini beliau didapati sihat seperti biasa.

Pagi tadi, sebelum peperiksaan beliau ceria dan sempat mencium tangan saya," katanya.

Beliau berkata, Nursyazwani anak keempat daripada enam beradik adalah antara pelajar terbaik sekolah itu dan menyasarkan keputusan 10A.

"Arwah bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah," katanya yang berasal dari Kampung Kemudu Bongkok, Gaal.

Anggota Dewan Undangan Negeri Semerak, Zawawi Othman antara yang menziarahi jenazah Allahyarham di hospital. - Bernama

27 Pekeliling Perkhidmatan


Sumber dari Web JPA




[ICO] Pekeliling Perkhidmatan Tarikh Kuat Kuasa Bilangan
[   ] Pindaan Skim Perkhidmatan Jururawat Dengan Memperuntukkan Perbekalan Kenaikan Pangkat Ke Kumpulan Pengurusan Tertinggi 1 Jun 2013 Bil. 9 Tahun 2013
[   ] Pindaan Terma Dan Perubahan Had Umur Kenaikan Pangkat Secara Lantikan 1 Julai 2013 Bil. 10 Tahun 2013
[   ] Penjumudan Skim Perkhidmatan Juruteknik Dan Pindaan Skim Perkhidmatan Pelukis Pelan, Penolong Jurutera, Penolong Pegawai Seni Bina Dan Penolong Juruukur Bahan 1 Julai 2013 Bil. 11 Tahun 2013
[   ] Penjumudan Skim Perkhidmatan Juruteknik Ukur, Juruteknik Landskap Dan Juruteknik Perancang Bandar Dan Desa Serta Pindaan Skim Perkhidmatan Penolong Juruukur, Penolong Arkitek Landskap Dan Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa 1 Julai 2013 Bil. 12 Tahun 2013
[   ] Penjumudan Skim Perkhidmatan Pembantu Pertanian Dan Pindaan Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Pertanian, Pembantu Veterinar Dan Penolong Pegawai Veterinar 1 Julai 2013 Bil. 13 Tahun 2013
[   ] Skim Perkhidmatan Pensyarah Farmasi 1 November 2013 Bil. 14 Tahun 2013
[   ] Penggabungan Perkhidmatan Galian, Kimia Bumi Dan Kaji Bumi Kepada Perkhidmatan Geosains Di Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia 1 November 2013 Bil. 15 Tahun 2013
[   ] Perubahan Nama Klasifikasi Perkhidmatan Mahir/Separuh Mahir/Tidak Mahir (R) 1 November 2013 Bil. 16 Tahun 2013
[   ] Pindaan Skim Perkhidmatan Operator Loji, Pemandu Kenderaan dan Penghantar Notis 1 November 2013 Bil. 17 Tahun 2013
[   ] Pindaan Skim Perkhidmatan Pemandu/Operator Jentera Pemunggah dan Pembantu Perawatan Kesihatan 1 November 2013 Bil. 18 Tahun 2013
[   ] Skim Perkhidmatan Pembantu Operasi dan Pembantu Awam 1 November 2013 Bil. 19 Tahun 2013
[   ] Penjumudan Skim Perkhidmatan Pemandu Enjin (Keretapi Bukit Bendera) 1 November 2013 Bil. 20 Tahun 2013
[   ] Pindaan Skim Perkhidmatan Penjaga Jentera Elektrik 1 November 2013 Bil. 21 Tahun 2013
[   ] Skim Perkhidmatan Pembantu Kemahiran 1 November 2013 Bil. 22 Tahun 2013
[   ] Pertukaran Pelantikan Pegawai Dalam Skim Perkhidmatan Jumud Kepada Skim Perkhidmatan Yang Berkuat Kuasa 1 November 2013 Bil. 23 Tahun 2013
[   ] Pindaan Skim Perkhidmatan Pegawai Kebudayaan, Penerbit Rancangan, Artis Budaya, Ahli Muzik, Ahli Fotografi, Jurusolek, Pereka Dan Pegawai Berita 1 November 2013 Bil. 24 Tahun 2013
[   ] Pindaan Skim Perkhidmatan Pembantu Hidupan Liar Rendah Dan Pembantu Hidupan Liar 1 November 2013 Bil. 25 Tahun 2013
[   ] Skim Perkhidmatan Pembantu Pentadbir Tanah/Penolong Pentadbir Tanah Bagi Pemakaian Di Sabah Dan Sarawak 1 November 2013 Bil. 26 Tahun 2013
[   ] Penjumudan Skim Perkhidmatan Pembantu Kawalan Trafik Udara 1 November 2013 Bil. 27 Tahun   2013
[   ] Pindaan Skim Perkhidmatan Guru Bahasa 1 November 2013 Bil. 28 Tahun 2013
[   ] Perubahan Nama Dan Pindaan Syarat Lantikan Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bahasa Dan Penolong Pegawai Perancang Bahasa 1 November 2013 Bil. 29 Tahun 2013
[   ] Pindaan Skim Perkhidmatan Pegawai Rancangan Tanah 1 November 2013 Bil. 30 Tahun 2013
[   ] Pindaan Skim Perkhidmatan Pemandu Lokomotif 1 November 2013 Bil. 31 Tahun 2013
[   ] Pindaan Skim Perkhidmatan Pembantu Wartawan/Wartawan 1 November 2013 Bil. 32 Tahun 2013
[   ] Pindaan Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Perpustakaan 1 November 2013 Bil. 33 Tahun 2013
[   ] Pindaan Skim Perkhidmatan Pegawai Pertahanan Awam, Penolong Pegawai Pertahanan, Pembantu Pertahanan Awam, Penolong Penguasa Imigresen/Penguasa Imigresen Dan Pegawai Imigresen 1 November 2013 Bil. 34 Tahun 2013
[   ] Tambahan Syarat Indeks Jisim Badan (Body Mass Index) Dalam Perbekalan Ukuran Fizikal 1 November 2013 Bil. 35 Tahun 2013

Pekeliling Perkhidmatan Awam Dikeluarkan

Pekeliling perkhidmatan 2013 : Akhirnya, baru sebentar tadi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan pekeliling perkhidmatan awam 2013 bagi semakan 81 skim kakitangan awam yang ditunggu-tunggu selama ini. Apa intipati dalam surat perkeliling perkhdimatan 2013 yang terbaru ini?

Semakan Surat Pekeliling Perkhidmatan Awam (JPA) : 81 Skim Kakitangan Awam?

Anda boleh semak sendiri senarai 27 pekeliling perkhidmatan awam (JPA) bagi penambaikan 81 skim kakitangan awam sepertimana yang diumumkan oleh Perdana menteri, datuk Seri Najib Razak semasa berlangsung pembentangan Bajet 2014 (SEPERTI DI SINI) dengan cara KLIK LINK di bawah ini :
kredit:beritasemasa

05 November 2013

Pelajar Sekolah Cekup Pencuri

Panjat bumbung cekup pencuri 
  •  Beberapa remaja menunjukkan tempat suspek menyembunyikan diri di sebelah tangki air sebelum berjaya ditangkap

LUKUT - Seorang lelaki berkelakuan mencurigakan kerana berada di atas bumbung rumah penduduk di Taman Selasih berjaya dicekup sembilan remaja berusia 12 hingga 16 tahun, kira-kira jam 5 pagi, Ahad lalu.

Abdullah Yusof Mazman, 16, berkata, ketika kejadian, dia bersama lapan rakannya sedang bersembang di beranda rumahnya sebelum salah seorang daripada mereka memberitahu terlihat kelibat seseorang di atas bumbung rumah jirannya.

"Kami segera ke rumah jiran untuk memeriksa keadaan. Terkejut dengan kehadiran kami, lelaki berkenaan terus melarikan diri dengan melompat dari bumbung ke bumbung rumah yang lain sebelum menyembunyikan diri di tepi tangki air yang terletak di atas bumbung salah sebuah rumah di taman perumahan ini.

"Seorang rakan saya bertindak memanjat bumbung rumah berkenaan dan menangkap lelaki itu sebelum menyerahkan kepada pihak polis," katanya.

Menurut Abdullah, keesokan harinya, mereka dimaklumkan besi tingkap rumah jirannya bengkok kemungkinan disebabkan cubaan lelaki berkenaan untuk melakukan jenayah.

Sementara itu, bapa Abdullah, Mazman Mansor, 50, berkata, sekitar jam 4 pagi, dia melihat ada tiga lelaki sedang menunggang motosikal berlegar-legar di kawasan perumahan tersebut selepas pulang dari rumah rakannya.

"Saya memberitahu anak saya agar memerhatikan keadaan sekeliling kerana melihat kelakuan tiga lelaki itu mencurigakan sebelum masuk tidur.

"Tidak lama kemudian, Abdullah mengejutkan saya dan memberitahu ternampak seseorang di atas bumbung jiran dan saya mengarahkan mereka mengepung lelaki berkenaan serta dalam masa sama saya menghubungi polis," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Abd Wahab Harun, mengesahkan kejadian tersebut dan pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengesan rakan suspek yang berjaya melarikan diri.

Abd Wahab menasihatkan orang ramai untuk segera menghubungi polis jika melihat sebarang tindakan mencurigakan dari mana-mana individu.


Sumber:SH

SIARAN MEDIA PERJUMPAAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA CUEPACS 1 NOVEMBER 2013


PUTRAJAYA  1 Noveber 2013 – Berikutan daripada  pembentangan Baget 2014 YAB Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan seperti  yang diumumkan oleh YBhg Tan Sri Dr. Ali Hamsa Ketua Setiausaha Negara, baru-baru ini.. Penambahnbaikan kepada 81 skim perkhidmatan awam akan dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang melibatkan 613,732 penyandang. Penambahbaikan ini merupakan salah satu Teras Transfomasi Perkhidmatan AwamPerlaksanaannya adalah bersesuaian dengan setiuasi semasa agar perkhidmatan awam kekal relevan bagai mencapai hasrat Kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju, nerpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

“ Kajian terhadap 81 skim-skim perkhidmatan awam berkenaan te;ah dilaksanakan secara rundingan di antara JPA, Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan, CUEPACS dan Kesatuan/Persatuan tiga(3) Majlis Bersama Kebangsaan iaitu ahli Majlis Bersama Kebangsaan Bagi Pekerja-Pekerja Pengurusan dan Profesional (MBK P&P), ahli Majlis Bersama  Kebangsaan Bagi Pekerja-Pekerja Sains dan Teknologi (MBK S&T) dan ahli Majlis Bersama Kebangsaan Bagi Pekerja=Pekerja Am (MBK Am) agara penambahbaikan skim perkhidmatan tersebut mendapat persetujuan pihak kata YBhg Tan sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam selepas pertemuan khas bersama pihak CUEPACS pada hari ini.

Pihak CUEPACS telah menyambut baik usaha Kerajaan ini dan bersedia untuk turut sama dalam program turun padang JPA ke seluruh negara bagi memberi taklimat tentang perlaksanaan ini, CUEPACS juga berpendapat bahawa masnya adalah amat sesuai serta dapat melonjakkan lagi kretibiliti penjawat awam.

“Berikutan pendapat 81 skim perkhidmatan ini, maka Kerajaan berjaya mengurangkan bilangan skim perkhidmatan  sedia ada dari 274 kepada 249 pada 1 Januari 2014 ’ kata Zabidi lagi.

Selaian dari CUEPACS, JPA juga akan mengadakan satu taklimat khas bagi memberi taklimat tentang perlaksanaan penambahbaikan ini pada 4 November 2013 kepada Ketua Perkhidmatan yang terlibat, ahli-ahli MBK S&T dan MBK Am serta kesatuan-kesatuan perkhidmatan yang berkaitan.

Skim-skim perkhidmatan awam yang telah sedia untuk dilaksanakan adalah :
a)                   Pengubalan skim perkhidmatan baharu iaitu Pensyarah Farmasi bagi menarik bakat dan calon terbaik untuk menyertai profesion ini serta memastikan laluan kemajuan kerjaya Penyarah Farmasi standing dengan Pegawai Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia.

b)                      Kenaikan taraf skim perkhidmatan Gred 1 – Gred 10 kepada Gred 11 berikutan penetapan kelayakan masuk minimum ke dalam perkhidmatan awam adalah Penilaian Menengah Rendah (PMR)

c)                      Pengabungan 19 skim perkhidmatan kepada 7 skim perkhidmatan dengan tujuan mengembangkan kepakaran/kemahiran yang perbagai penambahbaikan peluang kemahuan kerjaya dan mobility pegawai.

Contoh pengabungan:

               Tukang K1 Gred R17,R24                =         Pembantu Kemahiran
                 Tukang K2 Gred R11, R22                         Gred  H17,H22, H26
                 Tukang K3 Gred R9, R14                          


d)                    Pengabungan 9 skim perkhidmatan kepada 5 skim perkihmatan bagi mrnambahbaik peluang kemajuan kerjaya berasaskan kesinambungan perkhidmatan:

Contoh:

·         Pembantu Veterinar                                    Pembantu Veterinar/
·         Penolong Pegawai Veterunar      =         Penolong Pegawai Veterinar


e)                 Pindaan perbekalan 25 skim perkhidmatan seperti nama skim perkhidmatan, nama  dan kod klasifikasi perkhidmatan, perubahan lapisan gred jawatan, pindaan syarat-syarat kelayakan masuk, perubahan syarat dalam pengesahan  perkhidnatan, perubahan syarat kenaikan pangkat, peruntukan kenaikan pangkat ke kumpulam pengurusan tertinggi, perubahan terma dan syarat umur Peningkatan Secara Lantikan (PSL) dan peruntukan Syarat Indeks Jisim Badan (BMI)/ peruntukan syarat fizikal.

f)                     Penjumudan 7 skim perkhidmatan Juruteknik, Juruteknik Ukur dan Pembantu Pertanian bagi mengurangkan lapisan penyelia dalam organisasi.


PASUKAN KOMUNIKASI
Jabatan Perkhidmatan Awam
1 November 2013
Sumber:cuepac

04 November 2013

Stesen Minyak Menipu. Hati Hati Ketika Mengisi Minyak !!!

kpdn
Mohd Zulkifli (kiri) bersama pegawai penguatkuasa PPDNKK Putrajaya menunjukkan cara mengesan penipuan yang dilakukan menggunakan silinder penyukat cecair bahan api.

IPOH – Dalam bahasa mudah, pengguna sepatutnya menerima 70 liter petrol untuk RM100, tetapi sebaliknya hanya menerima 65 liter sahaja. Itu penipuan yang berlaku di tiga stesen minyak sekitar Silibin dan Chemor didapati mengubah suai pam pengagih minyak (pump dispenser) bagi mengaut keuntungan dengan cepat sejak beberapa bulan lalu.
Daripada tiga stesen diserbu, hanya satu daripadanya disita secara keseluruhannya kerana kesemua 26 pam pengagih minyak telah diubah suai dan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan Metrologi Corporation Malaysia (MCM) Sdn Bhd.
Penipuan itu dikesan selepas pengguna kenderaan mendapati sukatan petrol atau diesel kurang dengan harga sebenar dan mereka bertindak membuat aduan ke Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri.
Penolong Pengarah Kanan Unit Metrologi Sah Bahagian Penguatkuasaan PPDNKK Putrajaya, Mohd Zulkifli Saidi berkata, berdasarkan aduan yang diterima, beliau bersama 10 pegawai penguat kuasa menjalankan pemeriksaan di stesen minyak berkenaan sejak jam 3 petang kelmarin.
Menurutnya, dalam Ops Sekat Minyak itu, pihaknya berjaya mengesan sebuah stesen minyak yang menjalankan kegiatan tersebut selepas membuat pemeriksaan menggunakan silinder penyukat bahan api.
sukatan minyak
“Malah, sebuah lagi stesen minyak turut dikesan melakukan perkara yang sama ke atas tiga pam di premis mereka,” katanya ketika ditemui semalam.
Katanya, premis yang gagal menepati kehendak kementerian disita supaya pam pengagih minyak tersebut dapat memperbaharui penentusahan semula dengan MCM Sdn Bhd.
“Sepatutnya, pengusaha stesen minyak perlu memperbaharui penentusahan semula pam tersebut genap 12 bulan bagi memastikan alat timbang dan sukatnya tepat.
“Kita menggesa semua pengusaha stesen minyak mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Zulkifli berkata, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 16 Akta Timbang dan Sukat 1972 yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda RM4,000 bagi setiap sukatan yang diselewengkan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Katanya, operasi diperluas ke seluruh negara bagi memastikan pengusaha tidak mengambil kesempatan mengaut keuntungan lebih. – Sinar.

Pengguna Media Sosial Harus Tingkat Kawalan Kendiri - SKMM

CYBERJAYA, 4 Nov (Bernama) -- Pengguna media sosial di negara ini harus mempertingkat kawalan kendiri agar lebih bertanggungjawab dalam mengakses dan menggunakan kandungan multimedia.

Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan Industri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Zulkarnain Mohd Yasin berkata kawalan kendiri penting untuk menangani penyalahgunaan media sosial yang semakin serius di negara ini.

Beliau berkata pengguna harus dididik agar tidak menggunakan media sosial untuk mencetuskan sentimen perkauman, menabur fitnah, meracuni fikiran masyarakat sehingga merosakkan ketenteraman awam.

"Walaupun tiada kawalan kandungan atau tapisan undang-undang dalam media sosial, pengguna media sosial seperti Facebook dan Twitter harus mengamalkan kawalan kendiri terhadap kandungan dan maklumat yang dikongsi serta tidak menghantar sesuatu kandungan negatif.

"Kini, orang ramai terdedah kepada kandungan multimedia yang lebih luas maka semua harus memainkan peranan dan mengamalkan kawalan kendiri dalam memastikan masyarakat kita, khususnya generasi muda bebas daripada kandungan negatif dan berbahaya," katanya kepada Bernama.

Zulkarnain berkata ibu bapa perlu memainkan peranan melatih anak-anak untuk mengamalkan kawalan kendiri ketika mengakses internet.

"Zaman sekarang kanak-kanak didedahkan kepada liputan kandungan yang lebih luas. Maka, kawalan kendiri harus bermula di rumah agar ibu bapa boleh memantau aktiviti pelayaran internet dan membimbing anak-anak untuk menggunakannya ke arah kebaikan," katanya.

Zulkarnain berkata pengguna media sosial juga perlu menguasai kemahiran untuk melaporkan terus kepada pengendali mengenai kesalahan-kesalahan dalam media sosial bagi melindungi diri dan penguna lain daripada menjadi mangsa jenayah siber.

"Tahap kemahiran mengendalikan kandungan masih belum memuaskan...sehubungan itu kerajaan telah melancarkan kempen 'Klik dengan Bijak' untuk mendidik dan memberi kesedaran berterusan kepada masyarakat agar bertanggungjawab, beretika dan mengutamakan keselamatan ketika melayari internet," katanya.

Selain itu, Zulkarnain berkata pengguna harus berwaspada dan meneliti sumber maklumat di media sosial bagi memastikan kesahihannya sebelum berkongsi dan disebarkan.

"Berdasarkan satu kajian, 35 peratus responden percaya kandungan yang disiarkan dalam Facebook adalah tepat dan benar. Ini merupakan satu angka yang membimbangkan kerana ramai masih tidak boleh bezakan apa yang benar dan betul," katanya.


-- BERNAMA

Berita Baik !!!

Terbaru, daripada 1.4 juta kakitangan awam, sejumlah 600,000 penjawat awam akan terlibat sama akan menrima “durian runtuh” apabila bakal menerima kenaikan gaji kakitangan awam naik yang mana akan melibatkan 81 skim perkhidmatan awam kesemuanya. Antaranya :

Senarai 81 Skim Yang Terlibat Dalam Kenaikan Gred Dan 2 Tangga Gaji:-

  1. Pembantu Kawalan Trafik Udara
  2. Pemandu Lokomotif Sabah
  3. Pereka
  4. Pegawai Kebudayaan
  5. Ahli Fotografi
  6. Jurusolek
  7. Pegawai Galian
  8. Pegawai Kimia Bumi
  9. Pegawai Kaji Bumi (Geofizik/Kaji Bumi)
  10. Penolong Pegawai Galian
  11. Penolong Pegawai Kimia Bumi
  12. Pembantu Galian
  13. Pembantu Kaji Bumi
  14. Pegawai Makmal Filem
  15. Penolong Pegawai Makmal Filem
  16. Pembantu Makmal Filem
  17. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
  18. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma
  19. Pensyarah Perubatan
  20. Pensyarah Pergigian
  21. Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/
  22. Penolong Pegawai Latihan Vokasional/
  23. Pegawai Latihan Vokasional
  24. Pengajar Kraf
  25. Pembantu Pertanian
  26. Pembantu Veterinar
  27. Renjer Hutan
  28. Pengajar Membalak
  29. Pengawas Hutan
  30. Pembantu Hidupan Liar
  31. Pembantu Hidupan Liar Rendah
  32. Tukang K1
  33. Tukang K2
  34. Pemandu/ Operator Jentera Pemunggah
  35. Operator Loji
  36. Pekerja Awam Khas
  37. Pekerja Awam
  38. Penyelamat
  39. Pelukis Pelan
  40. Juruteknik Landskap
  41. Juruteknik
  42. Juruteknik Ukur
  43. Juruteknik Perancang Bandar dan Desa
  44. Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera
  45. Penguasa Bekalan Air
  46. MerinyuTali Air
  47. Pegawai Perhubungan Preman
  48. Penyelia Jeti
  49. Penghantar Notis
  50. Pembantu Kamera
  51. Pemandu
  52. Pemandu Kenderaan
  53. Pembantu Am Pejabat
  54. Pengurus Stesen
  55. Penyelia Jurupakaian
  56. Peniup Kaca
  57. Pegawai Khidmat Pelanggan
  58. Pengawas Pemulihan
  59. Pegawai Penerbitan
  60. Penolong Pegawai Penerbitan
  61. Pembantu Penerbitan
  62. Operator Kamera Offset
  63. Pembuat Plat
  64. Penolong Operator Kamera
  65. Penolong Pegawai Penyelidik Sosial
  66. Pembantu Penyelidik Sosial
  67. Pengurus Asrama
  68. Penolong Pengurus Asrama
  69. Penyelia Asrama
  70. Penolong Pegawai Tadbir Tanah
  71. Pembantu Tadbir Tanah
  72. Pegawai Pemeriksa Paten
  73. Pemandu Enjin (Keretapi Bukit Bendera)
  74. Pembantu Pemuliharaan
  75. Jurulatih Kawad
  76. Pembantu Wartawan/Wartawan
  77. Atendan Kesihatan
  78. Penolong Pegawai Penaksir
  79. Pegawai Aktuari
  80. Pegawai Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
  81. Askar Laskar Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
Senarai 81 skim seperti di atas termasuk dalam Bajet 2014 yang mana anda semua akan mula menrima surat tawaran opsyen bermula November 2013 ini.

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Naik dan Kenaikan Gred

  1. November 2013 : Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mula dikeluarkan. Mula terima surat tawaran opsyen bagi kenaikan gaji & gred kakitangan awam daripada ketua jabatan masing-masing
  2. Disember 2013 : Penjawat awam perlu beri jawapan. Terima atau tidak.

Faedah Dari Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Naik Dan Kenaikan Gred 81 2013

  • kenaikan taraf skim perkhidmatan gred 1 hingga 10 kepada gred 11
  • pemberian dua tambahan kenaikan mata gaji
  • pertukaran nama beberapa skim seperti diminta Cuepacs dan kesatuan berkaitan
Jika skim anda belum tersenarai lagi untuk menerima kenaikan gaji dan gred dalam tempoh terdekat ini, Cuepacs sedang berusaha keras untuk membolehkan lebih banyak skim menerima tempias penambaikan dan kenaikan.
Termasuklah  Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta pihak berkuasa tempatan.
Skim-skim yang lain tetap akan ada harapan untuk menerima berita kenaikan gaji selepas ini. Nantikan berita gembira tersebut tidak lama sahaja lagi. Apa respon kakitangan awam mengenai berita kenaikan gaji yang terbaru ini?
SUMBER: Beritaterkini

Sumber dari http://cuepacs.blogspot.com/    pula ...


PUTRAJAYA 1 Nov. - Lebih 600,000 penjawat awam akan mendapat faedah perkhidmatan baharu berikutan langkah kerajaan melaksanakan penambahbaikan kepada 81 skim perkhidmatan awam sedia ada.Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, antara faedahnya ialah kenaikan taraf skim perkhidmatan, pemberian dua tambahan kenaikan mata gaji dan penggabungan serta pindaan nama beberapa skim perkhidmatan.
“Serentak itu, 613,782 penyandang skim perkhidmatan awam terbabit akan diberikan surat tawaran melalui jabatan masing-masing dalam bulan ini.“Mereka diberikan tempoh selama sebulan selepas menerima surat tawaran itu untuk membuat keputusan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di sini hari ini.
Yang turut hadir Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.
Langkah penambahbaikan itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2014 di Parlimen pada bulan lalu.Berikutan penambahbaikan itu, kerajaan berjaya mengurangkan bilangan skim perkhidmatan sedia ada daripada 274 kepada 249 mulai 1 Januari depan.Mohamad Zabidi berkata, JPA akan memaklumkan pelaksanaan tersebut kepada Ketua Setiausaha kementerian dan ketua jabatan yang berkaitan dalam tempoh terdekat ini.
“Kita juga akan mengadakan perjumpaan dengan semua bahagian sumber manusia kementerian dan jabatan untuk menerangkan langkah penambahbaikan itu," katanya.

03 November 2013

Pengawal Samun Kedai Emas Di Tangkap

KUALA LUMPUR: Pengawal keselamatan warga Filipina yang merompak kedai emas di pusat beli belah di Setapak 31 Oktober lalu ditahan polis di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) jam 7 pagi tadi.
Suspek ditahan bersama seorang lagi rakannya ketika berada di restoran makanan segera di lapangan terbang berkenaan dipercayai ketika menunggu penerbangan bagi meninggalkan negara ini.
Penahanan lelaki terbabit disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah.
Menurutnya, pihaknya turut merampas sepucuk pistol dan lima butir peluru di sebuah rumah di Pandan Jaya susulan penahanan pengawal keselamatan berkenaan.


Sumber:harianmetro

Semporna - Dua Penjenayah Di Tembak



TAWAU - Dua penjenayah cedera ditembak kerana cuba menyerang anggota polis dengan senjata tajam dalam dua kejadian berasingan di Semporna dekat sini awal hari ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kejadian pertama berlaku pada 3 pagi di kawasan perumahan Semporna Central membabitkan seorang lelaki tempatan berumur sekitar 20-an ketika sepasukan polis menjalankan operasi cegah jenayah.
"Ketika operasi, suspek dilihat dalam keadaan mencurigakan. Tiba-tiba suspek mengeluarkan pisau rambo dan cuba menyerang anggota polis menyebabkan polis melepaskan tembakan dan terkena bahu suspek,” katanya ketika dihubungi di sini.
Dalam kejadian kedua kira-kira tiga jam kemudian di pekan Semporna, Hamza berkata seorang lelaki tempatan ditembak di betis selepas cuba menyerang polis dengan gunting.
Beliau berkata, kedua-dua suspek ditahan dan dihantar ke Hospital Tawau untuk rawatan. - Bernama

Senjata Perang Dunia Ke II Di Temui

 
Senjata dan peluru lama dipercayai tinggalan tentera Jepun pada Perang Dunia Kedua yang ditemui di Jalan Kota Tinggi-Mersing baru-baru ini.

JOHOR BAHRU – Sekumpulan lelaki tidak menyangka objek-objek pelik yang pada mulanya mereka sangka ranting-ranting kayu, rupa-rupanya senjata peninggalan zaman Jepun.

Sebelum itu, mereka ke sebuah kawasan lapang di tepi jalan Batu 14 Jalan Kota Tinggi-Mersing, Kota Tinggi petang Jumaat baru-baru ini.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian mereka terkejut apabila tiba-tiba ternampak kelibat seperti dahan-dahan kayu di situ.

“Setelah didekati, rupa-rupanya ada sebanyak 18 batang besi berkarat bersalut tanah yang merupakan senjata lama,’’ kata Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Mohd. Shariff di sini semalam.

Menurut Mokhtar, ketika ditemui pada pukul 4.30 petang kesemua senjata berbentuk laras senapang itu masih boleh digunakan.

Bagaimanapun, tiada kejadian tidak diingini berlaku ketika kumpulan lelaki itu menemuinya.

Difahamkan, lokasi tersebut merupakan tempat persembunyian penduduk tempatan membuat serangan hendap terhadap tentera Jepun pada Perang Dunia Kedua.

Menurut Mokhtar lagi, turut ditemui di sekitar tempat tersebut ialah 20 butir peluru lama di sebuah lubang.


kredit:VAT69-perjuangansemalam

Pengawal Warga Asing - Apa Yang Perlu Di Buat


Sudah hampir seminggu kejadian kes pengawal keselamatan warga Indonesia menembak mati pegawai Ambank berlaku. Setakat ini, pembunuh itu masih lagi bebas dan diburu oleh polis.

Biarpun memiliki ratusan ribu ringgit wang tunai di tangan, penjenayah itu tetap manusia. Dia pastinya runsing, isterinya seorang daripada 3 individu diberkas oleh polis pada 23 Oktober lalu. Pasti banyak maklumat telah dikumpulkan oleh pihak berkuasa Malaysia dalam usaha gigih untuk memberkas suaminya. Tatkala dalam pelarian, pembunuh berstatus ayah itu tentu mengenangkan nasib 3 anaknya yang masih kecil, tinggal di negara mangsa menjadi korban kekejamannya.

Barangkali setiap saat, dia terbayang-bayangkan wajah anak bongsunya, menjadi mangsa keadaan berikutan tindakan ganasnya di negara berdaulat ini. Apapun, anak itu masih lebih beruntung kerana mempunyai ibu dan ayah. Tidak seperti 2 anak mangsa bunuh, Norazita Abu Talib, kehilangan ibu mereka kasihi buat selamanya.

Tidak dapat dinafikan, kes ini mencetuskan kesedaran di kalangan masyarakat dan pihak berkuasa di Malaysia. Betapa kita berada dalam situasi bahayanya, jika kehadiran pengawal keselamata warga asing tidak dikawal serta dipantau secara rapi.

Namun saya percaya masyarakat mampu membantu.

Apakah tindakan paling wajar perlu kita lakukan jika masih terserempak pengawal warga asing di tempat kerja atau di sekitar kawasan tempat kita tinggal?

1. Tanya pengawal itu, di manakah negara asalnya? Jika dia BUKAN berasal dari Nepal, pengawal keselamatan itu ternyata bekerja secara haram dan melanggar undang-undang.

2. Hubungi nombor telefon kecemasan, '999' dan minta pihak pengendali talian untuk menghantarkan kereta peronda polis ke lokasi.

3. Jika ditanya, kes apa? Nyatakan secara jelas, terdapat pengawal keselamatan bukan warganegara Malaysia atau Nepal di kawasan berhampiran.

"Mengikut surat pekeliling dikeluarkan oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, KDN, pengawal keselamatan ini bertugas secara haram sekaligus melanggar Akta Imigresen 1959/63 kerana dia bukan warganegara Malaysia atau Nepal. Justeru sebagai rakyat Malaysia yang sah, saya mohon dia ditangkap".

Itu ayat paling sesuai untuk diungkapkan.

Pihak polis akan bergegas ke lokasi kejadian dan melaksanakan tugas mereka dengan penuh dedikasi.

Jika pengawal keselamatan disyaki bertugas secara tidak sah mendakwa warga Indonesia berstatus penduduk tetap, dia juga tidak layak bekerja sebagai pengawal keselamatan kerana bukan warganegara Malaysia.

Itu undang-undang dan bukan bersifat selective.

"Saya berasal dari Sabah/Sarawak"

Jika itu dakwaannya, secara hormat minta dia memaklumkan, siapakah Perdana Menteri Malaysia pertama?

Semua rakyat Malaysia lazimnya tahu nama Tunku Abdul Rahman. Jika dia masih lagi terpinga-pinga, suruh dia menyanyikan lagu kebangsaan, Negaraku.

Kalau kantoi, kita tahu siapakah dia sebenarnya.

Sila sebarkan informasi ini. - BERSAMA MAZIDUL AKMAL

Berwaspada Ketika Anda Mengisi Minyak Kereta



Di bawah ini sukatan minyak RON95 (Liter) yang anda patut dapat bergantung kepada wang yang anda bayar.

Bawah RM10

RM1 — 0.476 Liter
RM2 — 0.952 Liter
RM3 — 1.429 Liter
RM4 — 1.905 Liter
RM5 — 2.381 Liter
RM6 — 2.957 Liter
RM7 — 3.333 Liter
RM8 — 3.810 Liter
RM9 — 4.286 Liter
RM10 — 4.762 Liter

RM10 dan ke atas

RM10 — 4.762 Liter
RM20 — 9.524 Liter
RM30 — 14.286 Liter
RM40 — 19.048 Liter
RM50 — 23.810 Liter
RM60 — 28.571 Liter
RM70 — 33.333 Liter
RM80 — 38.095 Liter
RM90 — 42.857 Liter
RM100 — 47.619 Liter
RM110 — 52.381 Liter
RM120 — 57.143 Liter
RM130 — 61.905 Liter
RM140 — 66.666 Liter
RM150 — 71.429 Liter
RM160 — 76.190 Liter
RM170 — 80.952 Liter
RM180 — 85.714 Liter
RM190 — 90.476 Liter
RM200 — 95.238 Liter

Perhatikan meter RM dan Liter semasa mengisi minyak di stesen minyak.

Jika anda dapat kurang daripada sukatan yang sepatutnya, sila laporkan kepada pihak berkuasa!
kredit:milosuam