20 December 2013

Jika IniLah Takdirnya ...

 
 
Letih rasanya membilang hari
semakin ditunggu hari
semakin lambat pula masa berjalan dan menjelma
kadang aku letih tuk terus berjuang
namun aku tidak bisa menoleh selagi aku hidup di sini
Ya Tuhan Ku YAng ESa

tabah lah hati ini
aku tahu manusia itu sentiasa diuji
kerana itu kau ciptakan kami hamba-hamba Mu
jangan biarkan
aku hanyut dengan kealpaan ini
aku tahu tanpa bimbingan Mu
aku gagal YA Allah

izin kan ku berada pada jalan Mu
walaupun perit yang sering melanda
jangan biarkan aku terduduk terus
gagah kan ku untuk terus berdiri dan berlari
dan jangan biarkan aku berada terlalu lama dipersimpangan
untuk menentukan arah yang harus ku tuju
biarkan setiap pilihan bagi setiap jawapan adalah tepat untuk ku

=cebisansekepinghati=

Tulang Rusukku

 
 
Andai tulang rusukku hilang ,
Aku berharap Allah mempertemukanku denganmu..
Akan ku bimbingmu agar menjadi wanita yang solehah ,
Yang nantinya akan menjadi bidadariku disyurga ,
Kerana aku ingin kita disatukan di dunia dan akhirat.....
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~
 
Andai tulang rusukku mampu ku bentuk ,
Ku percaya kau lah ibu yang terbaik untuk anak2ku...

Akan ku didik agar zuriatku menjadi anak2 yang soleh dan solehah ,
Yang bisa membahagiakan kita orang tuanya ,
Yang boleh menjunjung tinggi Agama Allah.....
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~
 
Andai engkau adalah tulang rusukku ,
Akan ku imamkan mu dan zuriat2ku...
Akan ku jadi pemimpin yang baik dalam rumahtangga kita ,
Dan menyintaimu seadanya aku ,
Dan menerima segala kekuranganmu dengan penuh kebijaksaanku...
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~
 
Andai engkau adalah tulang rusukku ,
Akan kutegur dan ajarimu dengan penuh kelembutan,

Akan ku belai rambutmu dengan penuh kasih sayang ,
Agar aku bisa menjauhkan mu dari sifat amarah ,
Dan menjadikan mu suri tauladan untuk zuriatku .....
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~
 
Tulang rusukku yang kucari,
Ku tahu dirimu mengharapkan ku ,
Untuk membimbingmu , menjagamu dan mengasihimu ,
Demi menuju ke syurgaNYA bersamamu
Akan ku laksanakan amanah ini bersama semangat ,
kasih , doa dan kesetiaanmu Tulang Rusukku...
InsyaAllah........Amin Ya Rabbal Alamin
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~
 
=cebisansekepinghati= 

19 December 2013

Sumayyah - Wanita Pertama Syahid

 
 
Sumayyah binti Khabath adalah hamba Abu Huzaifah bin Mughirah. Tuannya mengahwinkan Sumayyah dengan Yasir bin Amir, perantau dari Yaman ke Mekah. Apabila Allah mengurniakan mereka seorang anak yang diberi nama Amar, Abu Huzaifah pun membebaskan Sumayyah daripada menjadi hambanya.

Apabila Islam mula tersebar, keluarga Yasir antara golongan pertama memeluk agama suci itu. Sumayyah tidak gentar dengan amaran musyrikin Quraisy yang menyeksa dan membunuh sesiapa yang memeluk Islam.
Apabila bangsawan Quraisy mengetahui Sumayyah sudah memeluk Islam, mereka menyerbu rumahnya. Keluarga Amar ditangkap dan dibawa ke khalayak untuk diseksa.

“Mereka sudah menyahut ajaran Muhammad walaupun ditegah oleh pihak atasan Quraisy. Kamu akan menerima balasan kerana ingkar perintah kami,” kata Abu Jahal kepada pengikutnya sambil menarik keluarga Yasir yang terikat ke kawasan padang pasir di luar kota Mekah.

“Mereka tidak serik dengan hukuman kita walaupun pengikut agama yang dibawa Muhammad telah diseksa oleh kita,” kata seorang bangsawan Quraisy yang berjalan di sebelah Abu Jahal.

“Kali ini saya tidak akan bebaskan mereka bertiga sehingga mereka mengaku berhala-berhala kita sebagai tuhan mereka,” tegas Abu Jahal yang mengacah tombaknya ke arah keluarga Yasir yang diseret secara kasar oleh pengikut Abu Jahal.

Mereka berhenti di kawasan lapang yang dipenuhi bongkah batu besar. Yasir, Amar dan Sumayyah ditanggalkan pakaian mereka lalu diikat pada bongkah batu yang panas mendidih dipanah matahari padang pasir.
Kaki dan tangan mereka diikat ketat sehingga tidak dapat bergerak seinci pun. Abu Jahal, pembesar Quraisy dan pengikut setianya ketawa melihat penderitaan ketiga beranak itu.

“Kamu akan diseksa dengan lebih teruk seandainya kamu tidak mahu meninggalkan agama yang dibawa oleh Muhammad. Kamu akan dibebaskan jika kamu sanggup mengaku berhala-berhala di kota Mekah ini sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal mula mengambil tali sebat bagi menakutkan Yasir, Sumayyah dan Amar.

“Kami tidak akan mengaku berhala-berhala itu sebagai tuhan kami. Hanya Allah Tuhan kami,” balas Yasir dengan tenang.

“Saya beriman dengan Allah sahaja,” kata Sumayyah pula.

“Berani kamu melawan kata-kata saya,” api kemarahan Abu Jahal semakin membara mendengarkan kata-kata Sumayyah itu tadi.

“Ini balasan kepada kamu kerana enggan menerima berhala-berhala sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal dan pengikutnya mula menyebat tubuh Yasir, Sumayyah dan Amar dengan kejam. Hinggakan darah mengalir daripada tubuh mereka yang terikat pada bongkah batu yang panas dipanah matahari tengah hari.

Berita penyeksaan keluarga Yasir sampai ke pengetahuan Nabi SAW sehingga baginda dan Abu Bakar keluar bagi menyelamatkan keluarga tersebut daripada seksaan kejam Abu Jahal dan pengikutnya. Namun, mereka dihalang oleh orang-orang Quraisy yang menyaksikan seksaan terhadap keluarga Yasir.

Hati Abu Jahal semakin sakit melihat reaksi Yasir, Sumayyah dan Amar yang masih enggan menerima berhala sebagai tuhan mereka. Dia mengarahkan pengikutnya memakaikan baju besi kepada ketiga-tiga ahli keluarga tersebut agar bahang matahari semakin menyeksa mereka.

“Kita lihat berapa lama kamu boleh menahan seksa di tengah-tengah kepanasan matahari ini,” sindir Abu Jahal sambil memandang wajah Yasir dan Sumayyah dengan bengis.

“Tiada tuhan melainkan Allah,” kata Yasir, Sumayyah dan Amar merintih dalam kesakitan memakai baju panas.

“Letakkan batu besar ke atas badan Yasir,” arah Abu Jahal lagi kerana geram mendengar kata-kata Yasir sekeluarga.

Seksaan demi seksaan ke atas Yasir menyebabkan fizikalnya menjadi lemah kerana usianya yang sudah lanjut. Akhirnya, Yasir menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan menyebut nama Allah tanpa menerima agama berhala Abu Jahal.

Walaupun hati Sumayyah hancur melihat suaminya mati akibat seksaan Abu Jahal yang kejam, dia gembira kepada suaminya mati dalam menegakkan agama Allah.

“Kamu pun mahu mati seperti suami kamu. Lebih baik kamu terima tawaran saya sebelum ajal kamu tiba!” Abu Jahal mahu menunjukkan yang seksaannya mampu mengubah pendirian pengikut Nabi Muhammad kepada ajaran berhala.
“Jangan kamu berharap saya akan menurut kata-kata kamu itu. Tiada tuhan melainkan Allah,”. Hati Sumayyah keras seperti batu teguh pada keimanannya pada Allah.

“Kamu sudah semakin degil dan melawan kata-kata saya!” Abu Jahal mengambil tombak dari tangan kanannya lalu dicucuk ke dalam alat sulit Sumayyah.

“Allahu Akbar”. Begitulah kata terakhir Sumayyah sebelum menghembuskan nafasnya akibat tikaman tombak Abu Jahal itu.

Kematian Sumayyah dengan nama Allah di mulutnya demi mempertahankan keimanan pada Allah adalah peristiwa penting dalam sejarah pengembangan agama Islam. Sumayyah adalah wanita pertama mati syahid dalam sejarah Islam.

Sumber - cahayaketenanganku

BONUS : 2 Januari 2014 Tarikh Pembayaran Kepada Kakitangan Awam



Berita baik untuk semua penjawat awam yang layak. Bonus setengah bulan atau minimum RM500 untuk penjawat awam yang diumumkan oleh Perdana Menteri akan dibayar pada 2 Januari 2014.

Ini sedikit sebanyak mengurangkan beban penjawat awam terutama mereka yang terlibat dengan bencana banjir baru-baru ini.

Memetik dari berita laporan akhbar Berita Harian 30 Nov 2013, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkata " ini merupakan sumbangan kepada kakitangan awam yang banyak membantu dalam melaksanakan misi dan visi kerajaan "

Semoga dengan pembayaran ini dapat meringankan beban kepada mereka yang menerima.

Kerana Sebiji Tembikai


 

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhi r.h telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?."

Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: " Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga.

Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya."

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.



sumber - koleksibacaanilmiah