01 August 2013

Enam Pegawai Agama Islam Maut

PASUKAN Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mayat enam pegawai agama Islam yang terbabit kemalangan di Jalan Sri Aman - Betong, Sarawak kira-kira pukul 4.30 petang ini. - UTUSAN
KEADAAN kenderaan MPV dinaiki enam pegawai agama Islam yang terlibat terbabit kemalangan dan mengorbankan nyawa mereka di Jalan Sri Aman - Betong, Sarawak kira-kira pukul 4.30 petang ini. - UTUSAN
 
SRI AMAN 1 Ogos - Enam pegawai agama Islam yang dalam perjalanan ke majlis berbuka puasa maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori treler di Jalan Sri Aman - Betong kira-kira pukul 4.30 petang ini.
Kesemua mangsa, masing-masing terdiri daripada tiga ustaz dan tiga ustazah bertugas di Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Difahamkan, empat daripada mereka maut ditempat kejadian manakala dua lagi maut dalam perjalanan ke hospital. - UTUSAN ONLINE

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments: