24 May 2012

Klon Atau Banjir

Klon dan Banjir

Banjir adalah ulangan teks, simbol, arahan ctcp dan sebagainya secara berterusan yang boleh mengakibatkan seseorang itu terputus sambungannya dari IRC. Bukan sahaja ia menganggu ketenteraman, malah ia juga boleh menimbulkan masalah kepada operasi pelayan- pelayan MIRC.

Klon pula adalah sambungan berlebihan kepada DALnet yang lazimnya menggunakan pelbagai perisian untuk berbuat demikian. Klon biasanya digunakan untuk membanjir ( Flood ).

Semua kes klon dan banjir harus dilaporkan kepada seorang Operator IRC dengan serta merta kerana ia boleh menimbulkan masalah kepada operasi SERVER. Operator IRC tersebut akan memasuki channel tersebut dan akan mengambil tindakan. Jika anda adalah seorang operator channel itu, anda boleh menggunakan arahan /mode #channel +R (yang membenarkan hanya nama samaran berdaftar sahaja untuk memasuki channel tersebut) yang kerap kali digunakan untuk menghalang klon kerana kebanyakkan nama samaran yang digunakan oleh penyerang klon tidak berdaftar. Anda juga boleh menghadkan bilangan pengguna serta mengawal channel (moderate) dengan menggunakan /mode #channel +ml 2 dimana hanya operator dan penerima 'voice' sahaja boleh bertutur dan menghadkan bilangan pengguna kepada 2. Barulah anda boleh mendapatkan maklumat penting mengenai serangan tersebut untuk dilaporkan.

Kebanyakkan channel mempunyai mod- mod ini dikunci melalui MLOCK dan tidak boleh digunakan. Dalam hal ini, anda bolehlah berbincang dengan pemilik channel tersebut untuk mengawal banjir channel. Terdapat juga beberapa skript kawalan banjir yang boleh didapati dari http://www.scriptheaven.net. Maklumat lanjut mengenai mod- mod channel dan MLOCK boleh didapati dari dokumen http://docs.dal.net/docs/modesmy.html.

Jika anda bukan operator channel dan anda menggunakan mIRC, anda boleh cuba menggunakan arahan /ignore nick 2 yang boleh menghalang klon daripada membanjiri anda. Jika klon- klon itu membanjir anda melalui tingkap mesej, gunakan arahan /close -m yang akan menutup semua tetingkap query/ mesej yang terbuka.

No comments: