05 May 2013

Amaran PDRM

KUALA LUMPUR 5 Mei - Polis memberi amaran kepada 'Kumpulan 505' yang aktif menyebarkan artikel melalui media sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS) mengajak orang ramai berkumpul di pusat-pusat undi tertentu sebelum berarak ke Putrajaya hari ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya sudah mengenal pasti pihak terlibat dan sedang memantau aktiviti mereka bagi mengelak berlaku kekecohan.
Difahamkan, kumpulan tersebut menghasut orang ramai supaya menyertai perarakan dari Masjid Putrajaya ke pejabat Perdana Menteri setelah pusat undi ditutup kononnya bagi meraikan kemenangan jika berpihak kepada pembangkang. - UTUSAN ONLINE

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments: