08 December 2013

Suami Idaman ...

 


Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tak kekal lama, para wanita perlulah sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan hidup. Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...

1-Kuat agamanya
Walau terlalu sibuk sekalipun, solat fardhu tetap dilaksanakan pada waktunya. Utamakanlah pemuda yang kuat amalan agamanya. Ingatlah bahawa Rasulullah SAW menerima pinangan Saidina Ali k.w.j. buat puterinya Fatimah r.a. kerana ketaqwaannya yang tinggi walaupun beliau hanya seorang pemuda yang miskin.

2-Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata menggambarkan peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua jelas ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah
Dia tegas mempertahankan maruah agama dan keluarga. Tidak menghabiskan masanya di tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.


 

4-Amanah
Dia tidak pernah mengabaikan tugas yang diberikan secara sengaja atau mengkhianati apa-apa yang diamanahkan kepadanya terutamanya yang melibatkan hak-hak fakir miskin dan anak yatim.




5-Tidak boros
Dia bukanlah kedekut atau pemboros tetapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang diterima akan dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya
Dia biasanya menundukkan pandangan terhadap wanita-wanita yang lalu lalang di hadapannya.

7-Terbatas pergaulannya
Dia tidak mengamalkan pergaulan bebas. Pergaulannya biasanya hanya terbatas kepada golongan yang cenderung kepada agama. Singkat perbualannya dengan orang-orang yang kurang berakal.

8-Rakan pergaulannya
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya iaitu golongan yang mengutamakan akhirat lebih daripada dunia. Dia menjauhi orang-orang yang zalim, yakni orang-orang tidak meletakkan agama pada tempatnya.



https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTuGzA01YLy-TCk_S4JPSpEpRNJ30u69YR7H0VAbwzr3_g2aHkEEw

9-Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur melalui sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibubapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedangkan dia senang lenang, nyatalah dia tidak bertanggungjawab.

10-Tenang wajahnya
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya sentiasa tenang, sama ada sewaktu dia bercakap atau bertindak.

Berbahagialah wanita jika diintai calon yang demikian sifatnya...
.

No comments: