09 March 2013

Jangan Le Wat !!!



SEMPORNA 8 Mac - Penduduk di daerah ini diingatkan supaya jangan sesekali bersubahat dengan melindungi mana-mana individu yang boleh mengugat keselamatan negara, meskipun mempunyai kaitan keluarga atau talian darah.

Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, setiap rakyat wajib menentang keganasan sekali gus mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.

"Sebarang maklumat yang boleh menggugat keselamatan dan kedaulatan negara hendaklah segera disalurkan kepada pihak polis," katanya yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Shafie meminta seluruh masyarakat Semporna bersatu hati dan tidak memandang serong terhadap masyarakat Suluk tempatan di daerah tersebut.

"Tidak semua orang Suluk itu jahat. Ramai juga yang tidak bersetuju dengan tindakan pengganas Sulu itu malah ramai juga yang menyokong tindakan kerajaan dan pasukan keselamatan untuk menghentikannya.

No comments: