08 March 2013

Patut Le Ikan Mahal....

Nelayan Di Larang Turun Laut

Kuantan: Nelayan sekitar perairan Lahad Datu dan Semporna diminta mematuhi arahan pihak keselamatan dengan tidak menjalankan sebarang aktiviti tangkapan hasil laut sehingga kawasan berkenaan diisytihar selamat. 

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Johari Baharum (gambar), berkata pencerobohan pengganas dari selatan Filipina itu menjejaskan penanaman rumpai laut di Semporna berikutan penduduk tidak dapat menuai hasil. 
“Majoriti penduduk yang tinggal sepanjang kawasan pantai di Lahad Datu dan Semporna mencari rezeki sebagai nelayan dan mengusahakan tanaman rumpai laut. 

“Sejak diarah meninggalkan rumah mereka, kegiatan ekonomi terbabit tidak dapat dijalankan dan ini menjejaskan pendapatan mereka. 

Tunggu keadaan pulih 

“Namun, saya dimaklumkan keadaan di sana semakin terkawal, penduduk tidak perlu bimbang dan kita berharap keadaan pulih semula bagi membolehkan penduduk kembali menjalankan aktiviti mereka,” katanya. selepas menghadiri majlis penyampaian Bantuan Sara Hidup Nelayan dan Penyerahan Lesen Sampan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, di sini, semalam. 

Pada majlis itu seramai 967 nelayan di sini menerima bantuan sara hidup RM200 pemberian kerajaan dan tambahan RM100 sumbangan kerajaan negeri manakala 50 daripada mereka menerima lesen sampan. Selain itu, Johari berkata, nelayan laut dalam yang menjalankan aktiviti tangkapan ikan berhampiran perairan Sabah turut diminta sentiasa berhati-hati serta dinasihat menjalankan aktiviti secara berkumpulan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.


Sumber Berita Harian

No comments: