21 March 2013

Perairan Dikawal Ketat ...




Kawalan Ketat Di Perairan Lahad Datu

Pasukan keselamatan mengawal ketat perairan Lahad Datu, terutama di Tungku terhadap pencerobohan.

Satu perjalanan bersama Bot Peronda 'PAC 51' pasukan polis marin ke Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu mendapati bahawa kawasan dikawal sepenuhnya oleh polis marin dan tentera laut.

Marin dan beberapa bot tentera laut juga dilihat di kedua-dua kawasan, memantau sebarang pergerakan dan aktiviti.

Masjid lama di Kampung Tanduo yang telah digunakan oleh pengganas bersenjata sebelum ini didapati kosong dan tiada pergerakan dikesan.

Sementara itu, di Kampung Tanjung Batu, beberapa rumah telah dibakar oleh pengganas, juga sunyi dan tiada pergerakan dikesan.

Menurut pegawai operasi marin, rondaan dijalankan pada setiap masa secara bergilir untuk memastikan keselamatan rakyat di kawasan tersebut. Beliau menambah bahawa semua pasukan keselamatan sentiasa bersedia untuk apa jua keadaan.

No comments: