23 March 2013

Permohonan KPLSPM2013 Kini Di Buka


permohonan kplspm 2013
Permohonan KPLSPM 2013 Ambilan JUN : Keputusan SPM telah pun diketahui (DI SINI). Jadi kepada kalangan pelajar lepasan SPM yang berminat memasuki bidang perguruan, anda sebenarnya sudah boleh menghantar borang permohonan KPLSPM 2013 bermula semalam (22 Mac 2013).
Berapa ramai yang berminat untuk memohon KPLSPM 2013? Jika ada di antara anda yang menunggu iklan permohonan KPLSM (Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia) 2013 Ambilan Jun ini berita baik untuk anda….
Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) 2013 atau Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2013
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menerusi portal rasmi  KPM (http://www.moe.gov.my) telah membuka peluang dan mempelawa kepada anda semua pelajar lepasan SPM 2012 untuk menghantar borang permohonan KPLSPM 2013 ambilan JUN secara online dengan cara menyertai program Ijazah Sarjana Muda Perguruan PISMP sesi 2013.

Senarai Iklan Permohonan KPLSPM 2013 AMBILAN JUN?

  1. PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) AMBILAN JUN 2013
  2. PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN BAGI LULUSAN UNIFIED EXAMINATION CERTIFICATE (UEC) AMBILAN KHAS JUN 2013
  3. PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN BAGI LULUSAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) / SIJIL MENENGAH UGAMA (SMU) AMBILAN KHAS JUN 2013
kplspm 2013

Maklumat Permohonan KPLSPM 2013 Ambilan Jun 2013

  • Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
  • Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
  • Mod Kursus : Sepenuh Masa
  • Program Persediaan Dua Belas (12) Bulan/Dua (2) Semester
  • Program Ijazah Empat (4) Tahun/Lapan (8) Semester

Syarat Permohonan KPLSPM 2013 Ambilan Jun

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2013 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1993.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran: Dan, sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran yang berikut iaitu Bahasa Melayu; Sejarah; Satu (1) mata pelajaran yang lain; serta lulus Bahasa Inggeris. Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.
KPLSPM 2013
Sumber : KPLSPM 2013

Cara Hantar Borang Permohonan KPLSPM 2013 Secara Online?

  1. Permohonan KPLSPM 2013(Kursus Perguruan Lepasan SPM) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun boleh dibuat secara online melalui http://www.moe.gov.my atau klik pada Aplikasi Permohonan KPLSPM 2013 bermula pada 22 Mac 2013.
  2. Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan sahaja.
  3. Permohonan KPLSM 2013 ambilan JUN boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan KPLSPM 2013 ambilan Jun yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
  4. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan anda bagi kemasukan ke bidang perguruan akan ditolak.
  5. Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mac 2013 (11.59 malam)
  6. Sila simpan nombor rujukan setelah selesai buat permohonan.
permohonan kplspm 2013
Contoh Permohonan KPLSPM 2013 Ambilan JUN (Lepasan SPM)
kplspm 2013
Pastikan anda telah membuat semakan KPLSPM 2013 untuk melakukan pengesahan permohonan anda di APLIKASI KPLSPM 2013 sebelum sebelum 31 Mac 2013 (11.59 malam). Kemaskini yang baru kami terima, laman aplikasi KPLSPM 2013 telah pun mula dibuka kepada umum untuk anda menghantar  borang permohonan KPLSPM 2013 ambilan JUN secara online dengan cara KLIK LINK ini

No comments: