26 April 2013

Uzur - Bila Nak Dapat Yang Baru





SMK Wallace Bay Tawau, memang tidak asing lagi bagi penduduk Kepulauan Sebatik. Di sekolah inilah pelajar2 dari beberapa kampung Kepulauan Sebatik meneruskan pelajaran mereka. Pelajar2 tersebut datangnya dari Kg Mentadak Baru, Kg Wallace Bay, Kg Tamang, Kg Bergusung dan Kg Sungai Tongkang.

Manakala tenaga pengajarnya pula terdiri dari anak2 tempatan dan juga dari tanah besar ( Tawau ). Terdapat juga tenaga pengajar yang berasal dari Tanah Semenanjung.

Sekolah tersebut telah di bekalkan dengan sebuah bot laju, untuk memudahkan guru2 @ pelajar sekolah tersebut mengikuti aktiviti yang di anjurkan oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah Tawau.

Namun apa yang membimbangkan pihak pengurusan sekolah, guru guru dan juga ibu bapa pelajar sekolah tersebut, keadaan bot laju yg sedia ada sudah tidak selamat untuk digunakan lagi. Ini adalah kerana enjin bot tersebut seringkali mengalami kerosakan.

Keadaan ini bukan saja menjejaskan keselamatan guru, pelajar sekolah tersebut, bahkan ianya boleh mengakibatkan guru atau pelajar sekolah tersebut gagal untuk menghadiri sesuatu program yang diadakan di tanah besar ( Tawau ).

Permohonan untuk mendapatkan sebuah bot baru sudah pun di ajukan kepada pihak yang berkenaan. Namun sehingga kini pihak sekolah belum mendapat sebarang jawapan daripada pihak berkenaan.

 



No comments: