19 July 2013

Biskut Coklat Urai / Chocolate Rice Cookies

 
Bahan A
125gm mentega
50gm gula ising
1 biji kuning telur
1 sudu teh coklat emulco (Maisya guna serbuk koko yang ditambah sedikit air)

Bahan B
120gm tepung gandum
25gm tepung kentang(Maisya tak guna tepung kentang, ganti dengan tepung gandum)
25gm tepung jagung
10gm susu tepung
50gm badam kisar (sangai dahulu)
50gm coklat urai(Disebabkan choc rice masa tu ada 40g je so Maisya tambah serbuk oreo lebihan buat biskut Oreo Black Beauty..kebetulan ada extra 10g)

Hiasan : Coklat cips secukupnya

Cara-cara :
1. Pukul mentega dan gula hingga berkrim, masukkan kuning telur dan coklat emulco, putar hingga sebati.
2. Masukkan ke dalam bahan B dan uli hingga sebati. Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle bentuk bintang dan picit ke atas dulang pembakar yang di leser dengan marjerin/shortening.(Maisya bulat-bulatkan je kemudian lorek-lorek sikit bagi corak)
3. Bakar pada suhu 160C selama 20 - 25 minit.(Maisya bakar dengan suhu 160 C, api atas dan bawah, selama 15 minit. Pusingkan tray selepas 10 minit)


** Lebih mudah jika menggunakan nozzle yang lebih besar dan boleh ditekan dengan jari. Selepas beberapa ketika doh akan menjadi keras dan sukar di picit menggunakan piping bag.


kredit:resepicitarasawan

No comments: