16 December 2013

Amalan Sunat Ketika Nazak


Apabila terdapat beberapa tanda-tanda tersebut adalah disunat Ahli keluarga atau orang2 yang terdekat melakukan :
 
                              
          
1 . Ajar mengucap ditelinganya  La ilaha illallah setelah ia mengucap, maka tidak perlu lagi diulangi melainkan jika ia diselangi pula dengan ucapan keduniaan.
Sabda Nabi s.a.w. maksudnya :
"Ajarkanlah orang yang hampir mati itu La ilaha illallah."
 
2 . Membaca Surah Yaasin
Sabda Nabi s.a.w. maksudnya : 
"Kamu bacakanlah Yaasin kepada orang yang hampir mati."
 
3 . Titik air ke dalam mulutnya
Basahkan muka dan dadanya dengan air. Kerana Nabi s.a.w. ketika hampir wafat meminta semangkuk air dan membaca Surah Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas, lalu dibasuh muka dan menyapu dadanya.
 
Sumber:Jakim

No comments: