Untuk panduan kita bersama especially to all parents and parents-to-be
SOURCE : Haji Dato Dr. Mohd Fadzilah Kamsah
Sebenarnya tiada suatu pun formula yang ideal dalam usaha membentuk
anak-anak untuk menjadi orang yang cemerlang kerana setiap anak itu
memiliki keistimewaannya yg tersendiri yang telah dianugerahkan oleh
Allah
s.w.t.
Merujuk kepada satu hadith sahih dari Rasulullah s.a.w, mathumnya :
Ada 4 tahap dalam mendidik anak-anak iaitu :
Dari bayi hingga ke usianya 7 tahunPada masa ini, anak hendaklah disayangi dengan sepenuh hati oleh
ibubapa. dibelai dengan penuh kasih sayang, diajak bermain,
Bergurau dan seumpamanya dijaga seperti menatang minyak yang penuh.
Natijahnya agar anak sentiasa sedar dan fikir bahawa ibu bapa
Adalah rujukan terbaik bagi mereka dalam semua hal yang mereka hadapi.
Dari usia 8 hingga 14 tahunDalam pada anak diasuh dengan penuh kasih sayang, anak mesti
Dididik dengan penuh disiplin dan diajarkan tentang pengagihan
Tanggungjawab tak kira di rumah atau pun di sekolah.
Dari usia 15 hingga 21 tahunKetika ini anak hendaklah didekati secara berkawan. Ibu bapa tidak
lagi boleh marah-marah yang melampau pada anak kerana jiwa remaja
mereka akan memberontak.
Jangan sesekali mengherdik apalagi memukul anak-anak tersebut.
Dari usia 21 ke atasBerikan kebebasan kepada anak dalam membuat keputusan sendiri atas
apa yang ingin mereka kerjakan. Dalam pada itu, ibu bapa mesti
sentiasa pantau, pesan, doa dan nasihat anak tersebut semoga hala
tuju mereka betul.
Hasil dari rujukan kepada Al-Quran, As-Sunnah dan kajian-kajian
Yang telah dilakukan oleh pakar-pakar dalam bidang ini, di bawah
disenaraikan 21 kaedah terbaik dalam membentuk anak-anak kita
Menjadi orang yang cemerlang.
1. Mendidik anak dengan pesanan dan arahan setiap hari bersesuaian
dengan tindak tanduk dan amalan yang ibu bapa inginkan. Jangan
sesekali bosan dalam memberi pesanan kepada anak-anak. Menurut
Satu kajian, standard memberi pesanan dan arahan pada anak-anak pada
setiap hari adalah sebanyak 200 kali. Barulah anak tersebut akan
dapat dibentuk rutin kehidupannya mengikut apa yang ibu bapa mahu.
2. Banyakkan bercerita dengan anak-anak atas apa jua perkara yang
baik-baik. Boleh mengambil iktibar dari Quran, kisah para rasul
Dan para sahabat. Malah ibu bapa pun boleh mereka cerita mereka
sendiri. Yang pentingnya, ianya mestilah punya natijah yang boleh
Diteladani dan jangan sesekali bercerita tentang hal yang melalaikan.
3. Selalu bersoal jawab dengan anak-anak secara istiqamah
(berterusan). Bertanya kepada anak tentang hal yang telah
Dilaluinya sepanjang hari dan apa pula yang telah dilakukannya. Dan bila anak
bertanya pula, ambil kira setiap soalan yang diajukan dan sentiasa
berusaha menjawab semua soalan tersebut secara hikmah.
4. Mendidik anak dengan merujuk kepada pengalaman yang telah lalu
yang pernah dirasai oleh ibu bapa. Juga boleh mengambil iktibar
Dari pengalaman orang lain baik yang negatif mahupun positif. Ini akan
lebih mudah menjelaskan mesej yang hendak disampaikan kepada
anak-anak.
5. Mengasuh anak-anak melalui nasihat dan teguran . Nasihat dan
teguran berlainan sedikit dengan pesanan dan arahan yang perlu
dilakukan setiap hari. Nasihat dan teguran dibuat sesekali sahaja
supaya anak tidak cepat bosan. Mungkin dalam seminggu sekali atau
Dua kali sahaja. Nasihat dan teguran adalah lebih menjurus kepada
pembentukan: Aqidah anak-anak tersebut
Ibadah dan amalan hariannya
Akhlaknya
Kerjasama di dalam dan di luar rumah
Tanggungjawab yang perlu ada dalam dirinya
Kesihatannya
Sangka baik dalam diri
Suci hatinya pada Maha Pencipta dan makhluk disekelilingnya
6. Banyakkan bermain dan bergurau dengan anak-anak dan sentiasa
selitkan unsur-unsur nasihat yg bermanfaat di dalamnya.
7. Banyakkan memberikan latihan dan tugasan kepada anak-anak
termasuklah dalam kerja-kerja di rumah. Tugasan diberikan mengikut
usia, tahap kemampuannya dan bersesuaian dengan jantina anak itu.
Kerja tersebut juga hendaklah diberikan mengikut waktu yang sesuai
dan kena pada tempatnya. Sentiasa pantau kerja yang dilakukannya
Dan segera perbetulkan mana-mana kesalahan atau tabiat yang tak elok.
Jangan kutuk anak kalau mereka buat salah dalam tugasannya dan
Jika memuji anak biar berpada-pada.
8. Amalan dan tindak tanduk ibu bapa menjadi contoh kepada
anak-anak.
Ibu pada yang sederhana memberitahu anak-anak apa yang
Mereka perlu lakukan.
Ibu bapa yang baik memberikan penjelasan tentang apa yang
Dia minta anak dia buat.
Ibu bapa yang cemerlang memberikan contoh tentang sesuatu
perkara yang diberitahu dan dijelaskan kepada anaknya.
Manakala ibu bapa yang mithali, sentiasa menggerakkan
anak-anaknya untuk menjadi manusia cemerlang.
9. Sentiasa memberikan galakan dan amaran pada anak-anak iaitu
dorongan ke arah yang positif dan berikan hukuman bila anak buat
kesalahan dengan hikmah. Menurut kajian pakar-pakar psikologi,
galakan diberikan 80% dan 20% lagi untuk amaran. Galakan yang
Banyak akan jadikan anak-anak lebih ceria dan anak-anak yang ceria lebih
menjurus ke arah individu yang cemerlang.
10. Lakukan suruhan dan gesaan pada anak-anak dengan tidak perlu
berulang-ulang kali memberikan peringatan. Gesaan dilakukan pada
Anak dengan sekali arahan sahaja. Ibu bapa perlu ada tindak susul pada
anak atas apa yang diminta lakukan. Jika ibu bapa perlu beritahu
Anak banyak kali dalam sesuatu hal pada sesuatu masa, ia ditakuti akan
boleh menjadikan anak seorang yang degil
11. Ambil berat kebajikan anak-anak. Ibu bapa perlu tunaikan
hak-hak anak yang sewajarnya. Ibu bapa mesti menyediakan keperluan yang
munasabah untuk anak-anak yang mana anak tersebut layak terima dan
sesuai dengan kemampuan ibu bapa tersebut.
12. Ibu bapa gunakan firasat dan gelombang minda dalam mendekati
anak-anak. Tak perlu tunggu anak menceritakannya pada ibu bapa
Bila berdepan dengan sesuatu masalah. Praktikalnya amat penting
Terutama bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sensitif yang mudah
tersentuh hatinya. Allah berikan kehebatan ini pada ibu
Terutamanya dalam menyelami hati budi seseorang anak. Gunakan juga kaedah ini
untuk menasihati anak-anak pada sepanjang masa.
13. Menjana keyakinan dan kekentalan diri anak. Ulama dan ahli
psikologi menyarankan bahawa antara perkara yang boleh dilakukan
Dan dilatih pada anak-anak termasuklah :
ajar anak-anak menyimpan rahsia latih anak-anak berpuasa bentuk kemahiran sosial anak, contohnya dalam cara berkawan
yang betul luaskan ruang lingkup pembacaannya supaya pengetahuan amnya
hebat dengar pendapat anak ajarkan anak cara membuat keputusan yang baik dalam sesuatu
Hal memberikan pujian pada anak-anak berpada-pada
ajar mereka cara berniaga
14. Kenalpasti kecenderungan dan minat anak-anak. Selain dari
memerhatikan sendiri anak- anak tersebut, boleh juga bertanya
Kepada guru atau rakan tentang hobi anak-anak, mungkin ada yang ibu bapa
terlepas pandang. Pupuk minat mereka supaya mereka selalu gembira
kerana anak yang ceria mudah jadi orang yang cemerlang.
15. Pilih waktu yang sesuai dalam menasihati anak-anak . Waktunya
termasuklah ketika :
masa rehat dan bersantai dengan anak-anak
beriadah atau berikreasi dengan anak-anak
di dalam perjalanan anak hendak tidur, sedang tidur atau ketika baru bangun dari
Tidur selepas waktu mandi selepas solat bersama anak-anak
selepas anak-anak membaca Al-Quran
ibu bapa membaca Al-Quran, ditiupkan pada kepala anak dan
dinasihatkannya
16. Ibu bapa hendaklah bertahap-tahap dalam mendidik anak-anak
mengikut tahap intelektual dan usia anak-anak berkenaan. Didikan
Pada anak juga hendaklah singkat, padat, bermanfaat dan tidak
membosankan.
17. Pastikan anak-anak mematuhi perintah Allah dan meneladani
Sunnah yang dibawa dan diajarkan oleh junjungan besar Rasulullah s.a.w.
Ibu bapa sentiasa memperbaiki amal ibadah dalam keluarga selaras
Dengan tuntutan agama.
18. Isi waktu lapang anak-anak dengan perkara-perkara dan
kegiatan-kegiatan yang berfaedah . Jauhkan sama sekali dari
Melakukan hal-hal yang melalaikan.
19. Beri ruang kepada anak-anak untuk berdialog dengan ibu bapa
secara terbuka tetapi dalam keadaan dan situasi yang penuh hikmah.
20. Rangsang kecerdasan minda anak-anak dengan pemakanan yang
seimbang. Pastikan :
adanya diet yang betul dan vitamin tambahan yang
bersesuaian. makanan adalah halal , bersih dan tiada unsur-unsur subahat.
banyak beriadah/bersenam untuk menjaga tahap kecergasan
Badan ajar teknik belajar dan berfikir yang betul
21. Doakan mereka berterusan secara positif sampai bila-bila dari
mereka kecil hingga ke akhir hayatnya. Ibu bapa perlu sentiasa
Ingat bahawa apa yang ibu bapa fikirkan dan cakapkan pada anak-anak
Adalah doa yang sangat mustajab

koleksi:bacaanilmiah
No comments:
Post a Comment