08 February 2014
Jambatan Terpanjang Di Dunia
Jambatan terpanjang di dunia sepanjang 41.5 kilometer (km) telahpun siap dibina di China.
Jambatan itu telah dinamakan Jambatan Qingdao Haiwan yang memakan masa empat tahun untuk dibina dan menghubungkan bandar raya Qingdao di wilayah Shandong, timur China dengan sebuah daerah bernama Huangdao.
Kerja-kerja pembinaan jambatan itu dimulakan oleh dua kumpulan kontraktor yang masing-masingnya menjalankan kerja pembinaannya di Qingdao dan Huangdao, sejak tahun 2006 lagi.
"Model komputer dan semua pengiraan berjalan lancar tetapi kami hanya berasa lega selepas kedua-dua sisinya dicantumkan," kata seorang jurutera projek itu.
Selepas selesai pembinaan jambatan tersebut, struktur jambatan berkenaan telahpun menghubungkan tiga buah bandar pesisir pantai di wilayah Shandong.
Sebelum ini, gelaran jambatan terpanjang di dunia dipegang oleh Laluan Tasik Pontchartrain sepanjang 38.42km di selatan negeri Louisiana, Amerika Syarikat (AS).- Sumber
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment