02 February 2014

Gempa Bumi Kecil Di Ranau Sabah

Satu gempa bumi berkategori “lemah” iaitu berukuran 4.8 pada skala Ricther telah berlaku dan dikesan di lokasi Pekan Ranau Sabah pada jarak 16km timur laut Ranau, Sabah.

Fenomena alam berkenaan dikesan berlaku pada Sabtu 1 Februari 2014, kira-kira jam 7.35 malam demikian menurut laporan senarai kejadian gempa bumi terkini menerusi Portal Rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia di capaian url www.met.gov.my

gambar gegaran gempa bumi di ranau sabah 2014 gegaran gempa bumi di ranau sabah 1 februari 2014

Kejadian berkenaan turut mendapat perhatian umum, terutamanya di laman media sosial, apabila orang ramai yang berada di sekitar lokasi daerah berkenaan masing-masing berkongsi maklumat mengenai rasa gegaran itu menerusi akaun laman sosial mereka.

Dalam pada itu, menurut pengkongsian maklumat yang diperolehi dari penduduk setempat, memaklumkan rasa gegaran itu hanya berlaku dalam beberapa saat sahaja dan gegaran yang dirasai itu “sangat lemah”, namun kesannya turut membuat rasa pening seketika.

Bagaimana pun, setakat ini tiada laporan mengenai kerosakan mahupun kecederaan dilaporkan ekoran daripada fenomena gempa bumi “lemah” tersebut.

Sebarang maklumat lanjut boleh di dapati di laman sosial rasmi Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia, klik pautan https://www.facebook.com/malaysiamet

kredit:My Sumber  

No comments: