28 February 2013

Terkini Dari Lahad Datu



Lahad Datu 28 Feb – Pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini berada di sini dalam usaha terakhir menamatkan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata rakyat Filipina yang kini masuk hari ke-15 dengan berkubu di Kampung Tanduo, sebuah perkampungan pesisir pantai, kira-kira 130km dari sini.
Pada masa sama, jumlah anggota keselamatan yang ditempatkan di daerah itu terus ditingkatkan bagi memastikan kawalan keselamatan sepenuhnya, manakala bekalan makanan dihantar menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi keperluan anggota bertugas.
Antara pegawai tinggi yang berada di sini termasuk Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar; Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar; Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid; dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib.
Bercakap kepada pemberita selepas taklimat itu, Khalid berkata insiden pencerobohan kumpulan yang mengaku Askar Diraja Kesultanan Sulu itu masih di bawah tanggungjawab Polis Diraja Malaysia & isu berkenaan masih ditangani sebagai isu keselamatan negara dan operasi turut melibatkan beberapa agensi keselamatan lain.
“Keadaan di sini masih seperti biasa dan tujuan lawatan saya pagi ini semata-mata untuk menemui anggota saya di lapangan,” katanya. Perlu ditegaskan bahawa kita adalah pasukan bersama dengan penguatkuasan yang lain, namun PDRM masih diberikan kuasa dan dipertanggungjawab sebagai pihak berkuasa utama dalam menyelesai dan menangani isu ini”.
Ketika diminta mengulas laporan bahawa kumpulan terbabit masih tidak mahu berganjak dari Kampung Tanduo, Khalid enggan mengulas lanjut mengenai perancangan pihaknya dalam mengatasi masalah itu.
“Saya minta maaf, saya tidak boleh memaklumkan apa yang kita buat dalam menangani isu ini,” katanya.
Khalid juga menegaskan pihaknya tidak akan membenarkan mana-mana pihak terutama dari luar mencampuri urusan berkenaan.
“Ini urusan dalam negara kita, jadi kita tidak perlu campurtangan luar dan sudah tentunya hal itu tidak akan dibenarkan sama sekali,” katanya.
Beliau memberi jaminan bahawa insiden pencerobohan itu akan ditamatkan secepat mungkin. Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya tidak bimbang.
Ditanya tindakan yang akan diambil selepas tamatnya tempoh yang diberi pihak berkuasa kepada kumpulan itu Ahad lepas, Khalid sekadar berkata: “Tunggu dan lihat”.
Katanya, tindakan boleh diambil pada bila-bila masa terhadap 150 orang penceroboh yang masih bertahan dan enggan keluar dari Kampung Tanduo. Kita akan tamatkan stand-off sekarang ini. Cuma saya menasihati orang ramai supaya jangan bimbang dan jangan ragu-ragu. Insya-Allah, kita selesaikannya dengan secepat mungkin,” katanya.
Keadaan seperti hari sebelumnya,tiada laporan yang mengatakan kumpulan bersenjata Sulu akan meninggalkan daerah pantai timur Sabah (Kampung Tandou) sepertimana yang dikehendaki
Malah kumpulan itu masih dengan pendirian mereka iaitu mempunyai hak dan kedaulatan ke atas Sabah
Dalam laporan media Filipina,The Global Nation yang melaporkan kenyataan isteri kepada Sultan Jamalul Kiram III berkata,kedatangan pengikut Sultan Sulu ke Sabah bukan untuk menimbulkan kekacauan tetapi sebaliknya mereka diumpamakan seperti hendak berkelah di sana
“Ini bukan pemberontakan. Saya anggap ia sebagai lawatan. Orang kami ke sana hanya untuk berkelah, “Fatima tersenyum kepada pemberita di sidang media di rumah Kiram
Dia turut menyuarakan sikap acuh tidak acuh kerajaan Filipina yang dikatakan tidak mengambil berat tentang penjuangan mereka dalam usaha untuk mendapatkan pemilikan ke atas Sabah
Selain itu,dia turut mengatakan kumpulan yang seramai 235 orang diketuai Raja Muda Azzimudie Kiram yang menceroboh Sabah bukan atas perintah suaminya tetapi secara sukarela …
Sumber: sabahluv

No comments: