01 March 2013

Sabah - Lombong Tembaga Mamut ( Antara Yang Terbesar Di Dunia )


Lombong Mamut satu ketika dahulu.
1. Pada tahun 1975, sebuah lombong tembaga di Mamut, Sabah telah memulakan pengeluarannya. Lombong ini antara yang terbesar di dunia ketika itu. Mamut adalah sebuah kawasan yang terletak tidak jauh dan ke utara dari Ranau. Kerja-kerja perlombongan yang dijalankan di kawasan ini dikenali dengan cara lombong terdedah.
2. Dalam tahun pertama iaitu 1975, hasil pengeluaran lombong ini ialah sebanyak 21, 613.8 metrik ton yang bernilai $11.5 juta telah dieksport keluar negeri. Adalah dianggarkan kira-kira 122,400 metrik ton pati tembaga (copper concentrates) akan dikeluarkan pada setiap tahun oleh lombong ini.
Mamut sekarang.
3. Tembaga amat berguna dan sesuai sekali terutamanya untuk membuat barang-barang elektrik. Usaha-usaha untuk melombong di kawasan ini telah dikelolakan oleh satu pergabungan antara syarikat-syarikat Jepun dan Malaysia.
4. Industri tembaga di Mamut  terpaksa di tutup kerana berlaku limpahan air bercampur tembaga mengalir ke sawah, merosakkan tanaman dan membunuh haiwan peliharaan dan berhektar-hektar tanah rosak. Akibat pencemaran dari lombong ini, ramai petani yang kehilangan kebun dan rumah. Lombong ini akhirnya muflis kerana terpaksa membayar pampasan yang banyak kepada penduduk terlibat.
5. Bagi yang tidak berkesempatan untuk melihat lombong ini kerana sudah diberhentikan operasinya, anda bolehlah datang ke Muzium Sabah untuk melihat sendiri ruang pameran berkenaan dengan Lombong Mamut ini.
Antara yang dipamerkan di Galeri Pameran Lombong Tembaga mamut.
6. Amat sayang jika kawasan lombong ini tidak dimajukan dan terbiar begitu sahaja. Mungkin jika dimajukan, mana tau jika satu hari nanti, Ranau akan mempunyai tarikan terbarunya, siapa tau.

No comments: