25 March 2013

Dua Kampung Di Sahkan Selamat


LANGKAWI 25 Mac - Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanduo yang diceroboh oleh kumpulan pengganas Kiram hari ini disahkan 'bersih' daripada ancaman pencerobohan tersebut.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, sehubungan itu penduduk Kampung Tanjung Batu sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pagi ini.
"Penduduk Kampung Tanduo yang sebelum ini terpaksa berpindah atas faktor keselamatan, akan dibenarkan pulang ke rumah mereka esok," katanya pada sidang akhbar di atas kapal KD Seri Kelantan sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2013 di sini hari ini. - UTUSAN
 
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments: