25 March 2013

Pergi Mu Tiada Ganti


Al Fatihah....

Beliau merupakan ulamak yang cukup saya kagumi, antara ulamak yang menentang tuduhan mereka yang tidak bertanggungjawab, konon mengatakan bahawa Malaysia ini negara sekular.

Al Fatihah. Dukacita dimaklumkan bahawa Al Syeikh Dr Uthman El Muhammady telah pulang ke Rahmatullah sebentar tadi di rumahnya di ISTAC, IIUM KL Campus, Taman Duta, Kuala Lumpur.

Jasa dan bakti beliau tiada tolok bandingnya di dalam menyebarkan ilmu keislaman. Tentunya kita masih terbayang, bagaimana beliau dengan penuh kesederhanaan menjawab segala persoalan yang diajukan kepada beliau di dalam rancangan al-kuliah ( tv3 ) .

semoga rohnya ditempatkan bersama para mujahid Islam
 

No comments: