28 March 2013

Semangat Polis Tetap Utuh


ISMAIL OMAR
 
POLIS Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menyambut ulang tahun ke-206. Ketika hampir menginjak usia ke 206 tahun, siapa sangka pasukan itu diuji dengan insiden pencerobohan militan di Sabah. Peristiwa mencatat sejarah itu berlaku selepas lebih 20 tahun negara bebas daripada ancaman komunis. Ia turut menjadi detik hitam kepada PDRM apabila lapan anggota polis terkorban manakala dua lagi dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Lebih menguji PDRM apabila ada pihak tertentu yang memperlekehkan peranan PDRM.
Kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, TAN SRI ISMAIL OMAR menegaskan perjuangan dan pengorbanan anggotanya yang gugur tidak sia-sia. Di sebalik semua itu, pasukan itu jugalah membolehkan Malaysia mencatat kadar bilangan kes jenayah jauh lebih baik daripada United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Ikuti wawancara khas wartawan Utusan Malaysia, AZRAI MOHAMMAD bersama Ismail sempena Hari Polis ke-206 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi mengupas komitmen perjuangan PDRM dalam menjaga keamanan serta keselamatan tanah air.

No comments: