08 July 2013

Bonus 2013



Bonus 2013 : Rasaya, memang ramai kakitangan awam yang tertunggu-tunggu samada mereka mendapat laba bonus kakitangan awam sempena Hari Raya tahun 2013 tidak lama lagi.
Sudah pasti, Presiden CUEPACS,Datuk Omar Osman mendengar rintihan kakitangan awam semua.Maklumlah, dah dekat nak bulan puasa, kemudian nak sambuat Hari Raya pula, jadi duit memang banyak nak pakai.Oleh sebab itu, beliau akan mengadakan mesyuarat esok berkenaan Bonus Raya bagi kakitangan awam yang kemudian akan dibawa kepada pihak kerajaan.
Melaka Tengah: Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mencadangkan kepada kerajaan supaya bonus melebihi sebulan setengah gaji diberikan kepada lebih 1.4 juta kakitangan awam sempena pembentangan Bajet 2014 tahun ini.
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata daripada jumlah itu, pembayaran setengah bulan gaji kepada kakitangan awam terbabit dibuat sebelum menjelangnya perayaan Aidilfitri nanti.
“Bagaimanapun, jumlah sebenar pemberian bonus yang akan dicadangkan itu akan diputuskan dalam mesyuarat Kongres CUEPACS esok (hari ini) yang dianggotai 135 ahli di Wisma CUEPACS sebelum di bawa kepada kerajaan.
“Saya berharap kerajaan akan membayar (bonus) lebih sebulan setengah atau setidak-tidaknya kekal seperti 2012 iaitu sebanyak sebulan setengah gaji,” katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan CUEPACS Bahagian Melaka di sini, semalam.
Yang turut hadir, Setiausaha Agung CUEPACS, Lok Yim Pheng serta Pengerusi CUEPACS Bahagian Melaka, Md Salleh Majid.
Omar berkata, permohonan CUEPACS itu wajar dipertimbangkan kerana memikirkan keperluan kewangan tinggi kakitangan awam setiap kali menyambut musim perayaan.

Memang bertuahlah kakitangan awam, dapat Presiden macam Datuk Omar Osman ni.Walaupun kakitangan awam dah diberikan kenaikan tangga gaji khas seperti yang dikeluarkan oleh pekeliling JPA untuk gaji bulan Julai ini, masih ada lagi usaha pula untuk mendapatkan bonus raya 2013 bagi kakitangan awam sehingga sebulan setengah gaji.
Apa-apa pun, ianya masih di peringkat cadangan dan belum tentu kerajaan akan meluluskan permintaan CUEPACS soal bonus kakitangan awam ni.Maklumlah, bukan kakitangan awam sahaja yang perlu dijaga.Masih banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.Pada pendapat kami, adalah lebih baik Omar Osman hanya fokus untuk menaikkan elaun rumah dan elaun sara hidup (COLA) bagi kakitangan awam sahaja, yang pada fikiran kami, lebih bersesuaian.
Takut nanti, minta macam-macam, naik muak pulak kerajaan dan kakitangan swasta dengan permintaan-permintaan yang asyik melebihi kepada kakitangan awam sahaja.Ianya terpulang kepada Perdana Menteri samada bonus raya bagi kakitangan awam untuk tahun 2013 ini diluluskan atau tidak.Kalau lulus, kami ucapkan tahniah, kalau tidak, jangan berkecil hati.

kredit:agendasemasa

1 comment:

Unknown said...

untung ler org gomen