08 July 2013

Kadar Zakat Fitrah 2013

Zakat Fitrah 2013 : Tak berapa lama je lagi  seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut  bulan ramadhan yang mulia.Dalam masa yang sama, kita juga dituntut untuk membayar zakat fitrah dalam tempoh Bulan Ramadhan tersebut.
Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam).
Berikut adalah kadar zakat fitrah seluruh negeri di Malaysia bagi bulan puasa tahun 2013 bersamaan 1434 Hijrah. Untuk tahun ini setiap negeri masih mengekalkan kadar seperti tahun sebelumnya.Anda dinasihatkan membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing.

Zakat Fitrah 2013 : Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negeri Malaysia Tahun 2013

  • Perlis – RM 6.00
  • Kedah – RM 7.00
  • Pulau Pinang – RM 7.00
  • Perak – RM 7.00
  • Selangor – RM 7.00
  • Negeri Sembilan – RM 6.50
  • Melaka – RM 6.50
  • Johor – RM 5.00 / RM 8.00*
  • Pahang – RM 7.00
  • Terengganu – RM 4.50 / RM 7.00 / RM 7.60*
  • Kelantan – RM 7.00
  • Sarawak – RM 6.50
  • Sabah – RM 7.00
  • Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur / Putrajaya / Labuan ) – RM 7.00
*Bagi negeri johor & Terengganu, kadar berbeza mengikut jenis dan gred beras
kredit:agendasemasa

No comments: