11 July 2013

Panduan Pengambilan Ubat Ketika Berpuasa

Panduan Pengambilan Ubat Ketika Berpuasa:
Assalamualaikum semua,
Bersempena bulan Ramadhan, saya cuba mengambil inisiatif untuk menyediakan
panduan berkenaan cara pengambilan ubat ketika berpuasa:

Jika anda perlu mengambil ubat mengikut arahan tersebut anda boleh..
2 Kali Sehari Selepas Makan -
Ambil ubat sekali selepas berbuka puasa dan sekali selepas bersahur
3 Kali Sehari Selepas Makan -
Ambil ubat sekali selepas berbuka puasa, sekali sebelum tidur dan sekali selepas bersahur. Pastikan anda mengambil sedikit makanan sebelum tidur (moreh).
2 Kali Sehari Sebelum Makan -
Ambil ubat sekali selepas berbuka puasa dengan segelas air kemudian solat maghrib dan selepas itu boleh berbuka puasa dengan makan makanan seperti biasa (lebih kurang jangka masa setengah jam).
Pengambilan ubat yang kedua haruslah setengah jam atau satu jam sebelum anda bersahur (hendaklah bersahur pada waktu paling hampir dengan waktu imsak)
3 Kali Sehari Sebelum Makan - 
Ambil ubat sekali selepas berbuka puasa dengan segelas air kemudian solat maghrib dan selepas itu boleh berbuka puasa dengan makan makanan seperti biasa (lebih kurang jangka masa setengah jam).
Pengambilan ubat kedua diambil setengah jam atau satu jam sebelum tidur tanpa moreh.
Pengambilan ubat yang ketiga haruslah setengah jam atau satu jam sebelum anda bersahur (hendaklah bersahur pada waktu paling hampir dengan waktu imsak).
1 Kali Sehari Sebelum/Selepas Makan -
Waktu berbuka puasa atau bersahur, secara konsisten.
4 Kali Sehari -
Minta nasihat doktor akan alternatif lain.

Jenis Ubat yang MEMBATALKAN puasa jika diambil di waktu berpuasa:
1. Ubat Biji
2. Ubat Minum
3. Ubat Titis Mata
4. Ubat Titis Telinga
5. Ubat Titis Hidung
6. Ubat Suppositori
7. Ubat Pesari
8. Ubat Inhaler / rawatan inhaler

Jenis ubat yang TIDAK MEMBATALKAN PUASA kecuali jika melibatkan kawasan rongga terbuka.
1. Ubat Krim
2. Ubat Salap
3. Ubat Losyen
4. Ubat Sapu
5. Ubat Injeksi Bolus
6. Ubat Injeksi Infusi
7. Ubat Kumuran
8. Ubat yang diletakkan di bawah lidah tetapi tidak ditelan.

p/s : Maklumat yang diberikan di atas adalah sebagai panduan umum. Sila patuhi arahan doktor
Rujukan :
1. Jabatan Farmasi, Pusat Perubatan Universiti Malaya.
2. Persatuan Farmaseutikal Malaysia (MPS)
3.  JAKIM : Buku Panduan Puasa Bagi Pesakit

Ketahui HALAL atau TIDAK ubat-ubatan anda di http://www.halalscience.com 

Sumber:halalsains

No comments: