BRAVO LAH
@PDRM. Tiga lelaki yang sebelum ini bertindak mengepung dan merompak
seorang mangsa wanita di Klang Selatan pagi tadi, tidak sempat untuk
membelanjakan wang itu apabila mereka mati ditembak polis ketika cuba
melarikan diri.
Timbalan Ketua
Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar ketika mengesahkan kejadian itu
berkata ketiga-tiga lelaki yang berusia dalam lingkungan 20 hingga ke 30
tahun itu, merupakan sebahagian daripada anggota kumpulan yang merompak
sejumlah RM2,000 daripada mangsa mereka itu.
Abdul Rahim berkata
kumpulan tersebut dipercayai telah memerhati dan mengekori wanita yang
memasuki sebuah bank untuk mengeluarkan duit sekitar pukul 10 pagi.
“Apabila wanita itu
keluar dengan wang dan menaiki keretanya, perompak-perompak itu yang
menaiki tiga buah kereta bertindak mengepung kereta wanita itu.
“Sejurus kemudian,
seorang lagi lelaki yang bermotosikal menghampiri kereta wanita itu
sebelum memecahkan cermin kereta dan merampas wang itu,” kata Abdul
Rahim .
Beliau berkata pihak polis yang kebetulan berada di kawasan kejadiannya kemudiannya telah mengejar perompak-perompak itu.
“Mereka meninggalkan salah sebuah kereta di tempat kejadian dan melarikan diri menggunakan dua kereta lain dan sebuah motosikal.
“Mereka kenudiannya
berpecah arah. Polis berjaya mengejar salah sebuah kereta, iaitu Proton
Wira berwarna hitam. Semasa berada di Lebuhraya Duke menghala ke
Sentul, perompak-perompak itu melepaskan tembakan terhadap pihak polis
dan polis bertindak melepaskan tembakan balasan,” katanya.
Abdul Rahim berkata
ketiga-tiga lelaki yang belum disahkan kewarganegaraan itu, mati serta
merta. Pihak forensik turut menemui sepucuk pistol di dalam kereta
mereka - Astro Awani
No comments:
Post a Comment