(Klik SINI : Guru Tertekan)
PBS Online Sesekolah Menengah &
Rendah : Ya…Berita Semasa tidak nafikan sama sekali lagi kejayaan sistem
seperti ini di negara-negara maju yang lain. Apa salahnya bukan meniru
kejayaan di negara lain, jikalau kita berkemampuan untuk
mengendalikannya. Mengapa tidak bukan? Persoalannya….
Persoalannya sekarang ini adakah
Malaysia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berjaya merencana
dan menyediakan sistem seumpama itu di Malaysia dengan jayanya :
Hakikatnya….
“Anggur yang sesuai ditanam di Perancis belum tentu sesuai ditanam di Cameron Highlands”
Cuti sekolah akhir tahun bakal bermula
minggu hadapan. Biasanya kalangan guru-guru di Malaysia akan turut
bergembira merancang percutian bersama anak-anak dan keluarga. Tetapi….
Tetapi cuti sekolah kali agak menekan.
Semuanya…..dek kerana sistem baru Kementerian Pendidikan Malaysia Sistem
PBS online Sekolah Menengah (Pentaksiran Berasaskan Sekolah)
Sistem PBS Online 2013 Bebankan Guru? Benarkah?
Jikalau diikutkan pelan perancangannya & tujuan PBS Online Sekolah Menengah semuanya baik-baik sahaja :
- Sistem PBS Online Sekolah Menengah diperkenalkan setelah bermesyuarat beberapa kali dengan mengambil aspek kepentingan guru, murid dan kepentingan pendidikan Malaysia
- Sistem PBS Online Sekolah Menengah 2013 bertujuan membuat penilaian potensi pelajar daripada sudut yang berbeza tetapi pratikal
Hasilnya?
Pelbagai rungutan dan aduan demi aduan yang diterima sejak :
- Pengenalan PBS Sekolah Rendah bermula 2011
- Pengenalan PBS Sekolah Menengah Tingkatan 1, Tingkatan 2 bermula 2012
Antara Kelemahan Sistem PBS Online Sekolah Menengah & Rendah :
Berita Semasa telah mencuba sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini dan mendapati beberapa masalah seperti berikut :
- Sistem yang disediakan oleh Kemnterian Pendidikan Malaysia (KPM) sekarang ini tidak mampu “comply” dengan beban data semasa akhirnya ramai kalangan guru yag terpaksa berjaya sehingga ke larut malam.
- Ada guru yang terpaksa bangun pada jam 3 pagi semata-mata untuk memasukkan data. Jadi kata saya, sistem PBS ini mungkin sesuai di negara lain, tapi belum tentu sesuai di negara kita.
- Besoknya pula perlu bersiap sedia untuk mendidik guru. Adakah mutu pengajaran guru pada ketika ini ditahap yang terbaik?
- Guru lebih banyak menghabiskan masa memasukkan pelbagai data bagi sistem “e”, berbanding tugas hakiki mereka sebagai seorang guru
- Guru juga terpaksa menyiapkan kerja-kerja PBS sendiri seperti membina instrumen soalan, menanda dan menyemak kertas soalan.
- Guru perlu mengadakan aktiviti bilik darjah untuk menyelesaikan segala keperluan kurikulum dan kemahiran insaniah yang lain.
- Guru kadang-kadang terpaksa lepaskan murid ke aras band yang lebih tinggi biarpun arasnya belum dicapai.
- Selain itu, guru perlu mengurus fail pelajar yang mungkin mencecah angka ribu dan puluhan unit almari untuk penyimpanan fail berkenaan serta memasukkan ratusan band pelajar ke dalam sistem.
Guru
mengeluh dengan betapa teruknya sistem PBS Online Sekolah Menengah
& Sekolah Rendah kepada mereka bukan bermakna mereka tida “love
teaching”.
Tetapi kalangan guru Malaysia cukup
kesal dengan sistem PBS online sekolah rendah sekolah menengah yang
membebankan & tidak mesra pengguna.
- Bayangkan bagaimana susah dan tertekannya guru jika internet hang?
- Bayangkan bagaimana lelahnya guru setelah disemak semula dalam sistem, data yang dimasukkan sebelum ini tidak ada dalam pangkalan?
- Maka dari sinilah, guru selalu bertanya, siapakah yang membangunkan sistem ini?
- Mengapa diberi kepada pembekal yang tidak berkelayakan untuk menyediakan sistem ini kepada sekolah dan guru?
- Mengapa kerajaan boleh melaksanakan sistem ini dikala sistem ini masih belum mesra pengguna? Bilakah mutu sistem ini akan dipertingkatkan? Dan bermacam persoalan lagi.
Berita Semasa berharap jika kerajaan
benar-benar komited untuk teruskan juga sistem PBS online sekolah
Menagah & sekolah Rendah ini, teruskanlah dengan membaiki dan
meningkatkan sistemnya supaya para guru tidak lagi tertekan dengan
sistem yang tidak mesra pengguna ini.
P/S : Tugas mengajar ini seronok dan
mulia. Sepatutnya, jangan bebankan para guru dengan perkara yang tidak
sepatutnya dan lebih fokuskan tugas hakiki guru yang sebenarnya. Apa
kata guru-guru dengan prestasi sistem PBS online sekolah menengah ketika
ini?
sumber:beritasemasa
No comments:
Post a Comment