15 August 2013

Lelaki Pukul Isteri Serah Diri

15/08/2013 6:58pm

KUANTAN - Lelaki yang memukul isteri dalam lif di sebuah hospital swasta di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada Isnin lalu menyerah diri kepada polis di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, lelaki tersebut menyerah diri di Balai Polis Kuantan pada pukul 3.30 petang.
Menurut beliau, suspek yang berasal dari Jerantut kini ditahan di balai polis berkenaan dan akan diserah kepada polis Pulau Pinang.
Beliau menambah, polis Pulau Pinang telah dimaklumkan penahanan tersebut dan dibawa ke negeri itu malam semalam untuk siasatan.
"Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan 18A Akta Keganasan Rumah Tangga," kata beliau semasa dihubungi pemberita di sini semalam.
Penahanan tersebut dibuat berikutan satu klip video berdurasi 2.20 minit telah dimuat naik ke laman Facebook memaparkan perbuatan seorang lelaki membelasah isteri di hadapan anak-anak mereka ketika di dalam lif yang dirakam melalui televisyen litar tertutup (CCTV). - KOSMO!

Hakcipta terpelihara

No comments: