16 August 2013

Mesir - Keselamatan Rakyat Malaysia Di Pantau


 
 MARAN - Keselamatan rakyat Malaysia sama ada pelajar mahupun yang bekerja di Mesir akan sentiasa dipantau pihak kedutaan, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abdul Mutalib.

Justeru, beliau menasihati anggota keluarga atau saudara mara agar tidak gusar dengan keadaan keselamatan saudara mereka di negara bergolak itu kerana Kedutaan Malaysia di Kaherah akan terus memantau keadaan keselamatan rakyat Malaysia.

"Di sesetengah negara, seperti Indonesia atau Switzerland, kita ada atase buruh yang menjaga hal ehwal rakyat Malaysia, tetapi macam Mesir kita tidak ada atase buruh, maka pihak kedutaan yang bertanggungjawab menjaga mereka termasuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia yang bekerja di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis ramah mesra Aidilfitri serta meraikan persaraan guru Majlis Guru Pendidikan Islam Pahang 2013 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jengka di sini hari ini. - Bernama

No comments: