12 August 2013

Polis Rampas Pistol

  
                  Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR - Polis merampas sepucuk pistol tiruan jenis 'Clark' daripada dua lelaki tempatan yang ditahan ketika memandu kereta dalam keadaan mencurigakan di Seri Kembangan, dekiat sini, Jumaat lepas.

Pemangku Ketua Polis Selangor DCP Datuk A. Thaiveegan berkata kedua-duanlelaki berusia 33 dan 41 tahun itu ditahan oleh pasukan peronda polis pada pukul 10.30 malam dan hasil pemeriksaan, polis menemui pistol tiruan di dalam beg sandang seorang daripada mereka.

"Berlaku sedikit pergelutan ketika polis memeriksa beg lelaki berkenaan, bagaimanapun pihak kami berjaya menahan suspek tersebut dan merampas pistol itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata hasil ujian saringan air kencing terhadap dua lelaki itu didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan lelaki berusia 33 tahun itu memilik tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Mereka ditahan reman sehingga esok (Selasa) dan kes disiasat mengikut Seksyen 32 Akta Senjata Api 1960, katanya.

Dalam perkembangan lain, Thaiveegan berkata pihaknya menahan lima lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah di Taman Kembangan Sari dekat sini, Jumaat lepas.

Beliau berkata kesemua suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

"Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya berjaya menahan dua lelaki tempatan dan merampas sebuah kereta jenis Honda Accord yang dipercayai dicuri di Seberang Perai, Pulau Pinang.

Katanya, kedua-dua suspek berusia 27 dan 34 tahun itu ditahan di Taman Universiti Indah, dekat sini, ketika cuba meninggalkan kawasan itu. - Bernama

No comments: