JAMALUL KIRAM TELAH KEMBALI PULANG "KAMPUNG ASALNYA".
INNALILLAHI WAINNA ILLAHI ROJIUN..
http://www.rappler.com/
_______________________________________________________
KUALA LUMPUR: Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu telah meninggal dunia awal pagi ini.
Dia berumur 75 tahun ketika menghembuskan nafas terakhir.
Perkara ini disahkan oleh anak perempuannya Jacel Kiram menerusi laman Facebooknya.
Jacel berkata ayahnya meninggal pada pukul 4 pagi.
Menurut laporan Inquirer Global Nation, Jamalul meninggal dunia kerana kegagalan organ dalaman
Laporan yang mengungkap kata-kata Jacel itu, berkata ayahnya sudah lama menghidapi penyakit itu.
"Pemergian ayah saya bukanlah begitu sukar untuk diterima oleh keluarga saya kerana ayah saya telah menerapkan mesej bahawa segala yang berlaku adalah "kehendak Allah," katanya.
Walaubagaimanapun, Jacel berkata perjuangan ayahnya untuk merampas kembali Sabah akan diteruskan.
Kiram dijangka akan dikebumikan dalam masa 24 jam di Jolo, Sulu.
Pada Februari lalu, Kiram dilaporkan telah menghantar sekumpulan pengikutnya ke Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah bagi merampas Sabah yang diakui miliknya sebagai Sultan Sulu.
Berikutan peristiwa itu, pertempuran berlaku di antara pasukan keselamatan negara dan pasukan pengganas Sulu.
Pertempuran yang berlangsung berbulan-bulan lamanya menyaksikan ramai di antara perwira negara mati ditembak oleh kumpulan pengganas tersebut.
Ramai diantara kumpulan pengganas itu turut terbunuh dalam pertempuran berdarah itu.

No comments:
Post a Comment