22 October 2013

Pusat Pemindahan Banjir Di Kedah Meningkat

1375319_168942629973361_1832524432_n 5826_532137453535865_2023263484_n
1376616_532137456869198_360407152_n
1381167_532137483535862_1990046469_n
1391877_532137450202532_395306445_n

Kedah- Gambar-gambar petang semalam di Kg Lubok Buoi, Yan Besar menunjukkan hujan tidak berhenti dan telah menyebabkan banjir di beberapa tempat di kawasan Yan. Jika ini terus berlaku, mungkin memberi rahmat dan cabaran kepada mereka yang berada di Yan yang berkempen untuk Pilihan Raya Kecil DUN Sg Limau N20. Bilangan penduduk yang terjejas akibat banjir di negeri ini telah meningkat kepada 2,176 berbanding 2,019 semalam. Sehingga jam 8 pagi tadi, Kulim adalah paling teruk selepas hujan membanjiri beberapa kampung yang memaksa 1,514 orang dipindahkan ke 10 pusat pemindahan banjir.
Kampung-kampung yang terlibat adalah Kampung Bikan Ulu , Kampung Bikan Atas , Merbau Pulas , Kampung Bukit Banjir, Kampung Permatang Durian dan Kampung Banggol Rasyid . Daerah yang terjejas adalah Baling , Kota Setar , Yan , Kuala Muda dan Pendang. Sehingga pukul 8 pagi tadi, semua mangsa yang ditempatkan di 20 pusat pemindahan di negeri ini. Lebih banyak hujan dijangka turun pada hari-hari akan datang dan anggaran bilangan orang yang terlibat mungkin akan terus meningkat kerana hujan berterusan.
Hujan lebat dijangka berlaku di Kedah kerana musim perantaraan kemarau dan tengkujuh. Bagi tempoh tujuh hari akan datang, hujan dijangka di beberapa kawasan pantai di waktu pagi, manakala hujan lebat juga akan dialami di beberapa daerah bermula petang sehingga malam. Musim perantaraan itu, monsun barat daya kepada monsun utara yang bermula pada 16 Oktober, biasanya akan berlaku lebih daripada sebulan.
Orang ramai diingatkan langkah-langkah berjaga-jaga dalam tempoh ini kerana semua kawasan dikhuatiri terdedah kepada banjir.

kredit:suaragenerasibaru

No comments: