DUA
PENGODAM DIBERKAS: Tindakan dua lelaki menyalahgunakan kepakaran mereka
dalam bidang komputer untuk menggodam dua laman web rasmi kerajaan
mengundang padah apabila kedua-duanya
ditahan di sebuah bilik hotel di Jalan Raja Laut di sini Selasa lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed
Ismail Syed Azizan berkata, kedua-dua suspek berusia 28 dan 33 tahun itu
disyaki menggodam laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan
Jabatan Penerangan Malaysia (JPM). Katanya, dalam kes yang melibatkan
JPN, kedua-dua suspek telah menyamar sebagai anggota jabatan tersebut
dan menghantar beberapa notis palsu kepada cawangan JPN di seluruh
negara menggunakan e-mel rasmi. Suspek kini direman sehingga Sabtu ini
bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 51 Akta Jenayah Komputer 1997.
Sumber: Kosmo
No comments:
Post a Comment