SHAH
ALAM - Persatuan Veteran VAT69 Komando menyelar tindakan sebahagian
ahli politik pembangkang yang mengangkat kematian bekas pemimpin Parti
Komunis Malaya (PKM), Chin Peng sebagai gugurnya seorang pejuang negara.
Ahli jawatankuasa persatuan itu, Halim Ishak berkata, biarpun PKM menentang penjajah seperti Jepun dan British, namun PKM mempunyai agenda tersendiri.
Katanya, perjuangan PKM bukan untuk kemerdekaan negara tetapi menjadikan Tanah Melayu sebagai negara komunis.
"Agenda mereka sudah jelas. Jika PKM ingin membantu Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan, mengapa pasukan Polis Hutan turut dibunuh?
"Adakah kumpulan ini perlu diangkat sebagai pejuang negara? Sudah tentu
tidak kerana keperitan yang ditanggung oleh ahli keluarga yang
kehilangan orang tersayang tidak dapat digambarkan," katanya kepada
Sinar Harian, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai
mengulas tindakan segelintir pemimpin pembangkang yang mengangkat
kematian Chin Peng sebagai pahlawan.
Mengulas perkara sama,
Halim berkata, semua pihak seharusnya menjaga sensitiviti keluarga
mangsa kepada kerakusan PKM sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan,
biarpun bersifat peribadi.
"Sebagai ahli politik, mereka
sepatutnya tahu keperitan ditanggung oleh keluarga mangsa terutamanya
pasukan keselamatan yang menggadaikan nyawa demi kedaulatan negara.
"Saya berpandangan, golongan ini perlu mengikuti program anjuran
Veteran VAT69 Komando supaya beliau boleh 'disekolahkan' semula
berhubung sejarah perjuangan pasukan keselamatan," katanya.
Semalam, Chin Peng dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di
Bangkok pada kira-kira 6.20 pagi kerana sakit tua, sebulan sebelum
tarikh ulang tahun ke-89 kelahirannya. Chin Peng dilahirkan pada 21
Oktober 1924.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment