Gambar Hiasan
KOTA KINABALU: Penahanan seorang
lelaki Cina warga tempatan berusia 31 tahun membawa penemuan dadah jenis
kokain seberat dua kilogram (Kg) dianggarkan bernilai lebih kurang
RM500,000 yang disembunyikan di pehanya ketika melalui pemeriksaan
keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Terminal Dua di sini,
kelmarin.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, siasatan lanjut ke
atas suspek, polis berjaya mengesan tiga lagi rakan suspek yang dalam
perjalanan ke Hong Kong.
"Hasil maklumat itu, pihak kita melalui Jabatan Siasatan Jenayah
Narkotik (JSJN) Bukit Aman menyalurkan maklumat berkenaan kepada polis
Narkotik Hong Kong.
"Ketiga-tiga suspek termasuk seorang perempuan berjaya ditahan dan
merampas empat Kg dadah jenis kokain dianggarkan bernilai RM1 juta yang
menggunakan cara yang sama," katanya dalam satu sidang media di Ibu
Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini, hari ini.
No comments:
Post a Comment