PUTRAJAYA – Dua warga Filipina ditahan selepas
didapati menggunakan kad pengenalan Malaysia untuk membolehkan mereka
bekerja sebagai pengawal keselamatan di salah sebuah premis di sini.
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Jariah Mohd.
Said berkata, mereka ditahan dalam operasi khas yang dijalankan
pihaknya semasa memeriksa kad pengenalan pengawal keselamatan
terbabit.
“Dua warga Filipina itu telah didakwa di Mahkamah Majistret Sepang
hari ini selepas didapati menggunakan kad pengenalan palsu.
“Kita masih menyiasat di mana mereka memperoleh kad pengenalan ini
sama ada dicuri, terjumpa atau lain-lain,” katanya dalam sidang akhbar
di pejabatnya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment