SEMPORNA:
Pasukan Polis Marin (PPM) di sini berjaya menumpaskan dua cubaan bot
pam menyeludup keluar minyak petrol bersubsidi sebanyak 1,650 liter ke
negara jiran di perairan Pulau Larapan kira-kira jam 9.30 malam Selasa
lepas.
Menurut Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohammad Madun
kejayaan terbaharu itu direkodkan oleh lima anggota PPM Semporna yang
menjalankan Op Landai menggunakan Bot Ronda PSC54.
“Selain bahan
bakar itu, kita juga berhasil merampas empat unit enjin bot dan dua bot
pam menjadikan nilai keseluruhan rampasan kita berjumlah kira-kira
RM12,665 bersama empat suspek warga asing (20an hingga 50an) yang turut
diberkas,” katanya di sini kelmarin.
Mohammad berkata hasil
pemeriksaan lanjut mendapati kesemua suspek warga asing berkenaan tidak
mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan tidak ada sebarang
dokumen yang membenarkan mereka membawa bahan bakar bersubsidi terbabit.
Beliau
berkata kejayaan itu dicatatkan selepas pasukannya memintas kedua-dua
bot pam terlibat yang berada dalam keadaan mencurigakan dan sedang
bergerak keluar dari perairan negara menuju ke sempadan negara.
“Kesemua
minyak petrol ini kita temui disimpan di dalam 50 tong plastik (30 dan
25 tong plastik) di kedua-dua bot pam terbabit,” katanya sambil
menegaskan siasatan dibuka di bawah Akta Kastam atas kesalahan
menyeludup.
BorneoPost
No comments:
Post a Comment