09 October 2013

Lahad Datu - Lima Batalion ATM Dan PGA

 
LAHAD DATU - Pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) sudah mengenal pasti lokasi untuk membina kem bagi lima batalion Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) di situ.

Ketua Pengarah Esscom Datuk Mohammad Mentek berkata bagi ATM, mereka akan ditempatkan di Kudat, Lahad Datu (Felda Sahabat) dan Semporna manakala untuk PGA, masing-masing satu batalion di Semporna dan Kunak.

"Untuk kem ATM di Felda Sahabat, keputusan sudah dibuat supaya Felda sendiri melalui Felda Global Ventures akan membina kem berkenaan. Lokasi termasuk tanah sudah dikenal pasti, namun pelaksanaannya masih di peringkat perbincangan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Menurut Mohammad, pada masa ini Esscom dengan kerjasama Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri serta kerajaan Sabah sedang berbincang bagi pemerolehan tanah di lokasi yang dikenal pasti.

Beliau berkata setakat ini tempoh siap projek terbabit belum ditetapkan namun dijangka kem ATM di Felda Sahabat akan disiapkan lebih awal berbanding kem-kem lain.

Mengenai cadangan penambahan dua batalion PGA di Esscom, Mohammad berkata perkara itu masih dalam perbincangan.

Beliau turut menegaskan sekalipun kem untuk lima batalion terbabit belum dibina, operasi keselamatan Esscom tidak terjejas kerana dua batalion tentera dan pos kawalan PGA sedia ada beroperasi secara optimum.

Mohammad sebelum itu menerima sumbangan produk minuman kopi daripada Syarikat Mak Okid Sdn Bhd. - Bernama

3 Perompak Di Tembak Mati





BRAVO LAH @PDRM. Tiga lelaki yang sebelum ini bertindak mengepung dan merompak seorang mangsa wanita di Klang Selatan pagi tadi, tidak sempat untuk membelanjakan wang itu apabila mereka mati ditembak polis ketika cuba melarikan diri.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar ketika mengesahkan kejadian itu berkata ketiga-tiga lelaki yang berusia dalam lingkungan 20 hingga ke 30 tahun itu, merupakan sebahagian daripada anggota kumpulan yang merompak sejumlah RM2,000 daripada mangsa mereka itu.

Abdul Rahim berkata kumpulan tersebut dipercayai telah memerhati dan mengekori wanita yang memasuki sebuah bank untuk mengeluarkan duit sekitar pukul 10 pagi.

“Apabila wanita itu keluar dengan wang dan menaiki keretanya, perompak-perompak itu yang menaiki tiga buah kereta bertindak mengepung kereta wanita itu.

“Sejurus kemudian, seorang lagi lelaki yang bermotosikal menghampiri kereta wanita itu sebelum memecahkan cermin kereta dan merampas wang itu,” kata Abdul Rahim .




Beliau berkata pihak polis yang kebetulan berada di kawasan kejadiannya kemudiannya telah mengejar perompak-perompak itu.

“Mereka meninggalkan salah sebuah kereta di tempat kejadian dan melarikan diri menggunakan dua kereta lain dan sebuah motosikal.

“Mereka kenudiannya berpecah arah. Polis berjaya mengejar salah sebuah kereta, iaitu Proton Wira berwarna hitam. Semasa berada di Lebuhraya Duke menghala ke Sentul, perompak-perompak itu melepaskan tembakan terhadap pihak polis dan polis bertindak melepaskan tembakan balasan,” katanya.

Abdul Rahim berkata ketiga-tiga lelaki yang belum disahkan kewarganegaraan itu, mati serta merta. Pihak forensik turut menemui sepucuk pistol di dalam kereta mereka - Astro Awani






kredit:beliabangkit

08 October 2013

SPA - 2 Juta Mohon Kerja




MELAKA  – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)  menerima kira-kira dua juta permohonan jawatan bagi peringkat Persekutuan dalam  tempoh sembilan bulan tahun ini.
Pengerusinya, Tan Sri Mahmood Adam berkata, jumlah itu mencatat sejarah  kerana merupakan tertinggi berbanding yang pernah direkodkan sebelum ini.
Menurut beliau, jumlah itu tidak termasuk permohonan di peringkat negeri  sekali gus menunjukkan jawatan kerajaan kini semakin popular dalam kalangan  pencari pekerjaan.
“Peningkatan ini bagi saya kerana pemohon mempercayai SPA dan kemudahan gaji  yang semakin baik,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Perasmian Persidangan  Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ke-16 di Banda Hilir di sini  hari ini.
Majlis yang disertai sebanyak 150 peserta itu dirasmikan Ketua Menteri, Datuk  Idris Haron.
Menurut Mahmood, permohonan yang diterima meliputi pelbagai kaum iaitu Melayu  sebanyak 1.62 juta orang, Cina (40,892), India (69,865), bumiputera Sabah  (137,562), bumiputera Sarawak (103,410) dan lain-lain (40,877).
Katanya, dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, lebih 40,000 daripada  jumlah keseluruhan 80,000 kekosongan jawatan telah diisi.
Jumlah pelantikan keseluruhan, katanya, adalah sebanyak 43,454 orang meliputi  pelantikan tetap berjumlah 29,009 orang dan pelantikan kontrak (14,445).
“Sekarang ini pun proses pengisian jawatan masih berjalan dan saya percaya  dalam tempoh tiga bulan ini jumlah itu akan bertambah meliputi pelbagai  perkhidmatan termasuk polis dan tentera,” katanya.
Tambahnya, permohonan jawatan daripada kaum Cina bertambah sekali ganda iaitu  daripada 20,000 permohonan kepada 40,000 permohonan bagi tempoh sama.
Katanya, SPA melakukan pelbagai pendekatan bagi menggalakkan permohonan  daripada pelbagai kaum untuk mengisi jawatan dalam kerajaan. – Utusan.

Kudat - Feri Penumpang Di Tahan




FERI penumpang Kudat yang ditahan polis Marin kerana membawa penumpang berlebihan di kawasan perairan Esplanade Sidek Kudat, Sabah, kelmarin.


KOTA KINABALU 6 Okt. - Selain bertindak membawa penumpang berlebihan, sebuah feri penumpang yang beroperasi di daerah Kudat ditahan Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Kudat kerana menumpangkan individu tanpa sebarang dokumen.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Kudat, Asisten Komisioner Mohammad Madun berkata, bertindak atas maklumat, dua buah bot polis Marin telah diarah untuk menahan feri tersebut pada pukul 9.10 pagi kelmarin di kawasan perairan Esplanade Sidek, Kudat.

Menurutnya, selain hasil pemeriksaan mendapati feri tersebut membawa lebih penumpang seramai 135 orang daripada jumlah yang didaftarkan, pasukan polis Marin turut menahan lima individu termasuk seorang kanak-kanak yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Jelasnya, feri penumpang Express Pelican Karakit dari Pulau Banggi ke Kudat itu membawa 340 orang penumpang melebihi daripada senarai penumpang yang dikemukakan oleh nakhoda kapal iaitu seramai 205 orang.

"Feri tersebut telah ditahan atas kesalahan Kaedah Bot 1953 di bawah K 9 (1) iaitu membawa penumpang berlebihan dan diserah kepada Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah cawangan Kudat untuk tindakan lanjut.

"Lima orang penumpang didakwa mengikut Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/1963 kerana berada di negara ini tanpa pas atau permit yang sah. Penumpang tanpa pengenalan diri itu telah diserah ke Jabatan Imigresen Kudat untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu Mohammad berkata, pihak pasukan polis Marin akan meningkatkan lagi pemeriksaan terhadap semua pengangkutan laut untuk mengelakkan kejadian kapal karam seperti yang pernah terjadi pada 2009 berulang.

Selain itu katanya, amaran keras dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap individu yang terlibat dalam membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) dan penyeludupan barang kawalan.

© Utusan Melayu (M) Bhd

07 October 2013

Bom Mortar Di Temui

Dua butir bom mortar ditemui
                  Anggota polis memeriksa keadaan bom yang ditemui orang awam, semalam.

TELOK KEMANG - Dua butir bom mortar ditemui orang awam yang sedang bersiar-siar di Pantai 3 Telok Kemang, kira-kira jam 10.40 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, siasatan mendapati bom berukuran 66 milimeter (mm) itu dipercayai digunakan semasa perang di Tanah Melayu.

Menurutnya, bom itu bagaimanapun dimusnahkan unit pemusnah bom (UPB) diketuai Sarjan Mejar Abas Sadikun di Jeti Nelayan Telok Kemang yang terletak kira-kira dua kilometer dari lokasi ditemui.

“Bom ini dimusnahkan pada jam 2.45 petang. Gerak kerja memindah dan memusnahkan bom berjalan dengan lancar,” katanya.

Abd Wahab turut mengingatkan orang ramai supaya menghubungi pihak polis jika terjumpa objek yang ganjil atau menyerupai bom.

“Jangan bertindak untuk mengendalikan sendiri objek berkenaan kerana sedikit kesilapan akan membawa padah," katanya. 


Sumber:SinarHarian

OPS CANTAS KHAS DI PULAU PINANG: 777 INDIVIDU DITAHAN


  • George Town, 7 Okt - Polis menahan 777 individu di seluruh Pulau Pinang menerusi Ops Cantas Khas sejak pelancarannya pada 17 Ogos sehingga kini.

    Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata mereka merupakan sebahagian daripada 6,616 individu yang diperiksa dalam tempoh berkenaan.

    "Daripada 777 individu yang ditahan, sebanyak 143 individu ditahan kerana dipercayai anggota kongsi gelap yang terlibat dengan aktiviti gengsterisme di negeri ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Beliau berkata lima individu dikenakan tindakan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) dan lapan lagi dalam proses tindakan.

    "Kita juga tahan beberapa individu di bawah Akta Pertubuhan 1966 membabitkan anggota kongsi gelap, dan ada yang ditahan atas kesalahan pelbagai jenayah," katanya.

    Abdul Rahim berkata polis membuka 87 kertas siasatan mengikut Akta Pertubuhan 1966.

    Beliau juga berkata pihak polis masih memburu anggota kumpulan kongsi gelap yang aktif dalam aktiviti jenayah di negeri ini.

    "Dengan adanya Ops Cantas, jumlah kegiatan jenayah di negeri ini berjaya dikawal dan kadar jenayah untuk bulan ini hanya meningkat 2.25 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas," katanya.

    Katanya, peningkatan kadar jenayah itu dilihat rendah berbanding awal Januari lepas yang menyaksikan kadar jenayah meningkat sebanyak 20 peratus. - BERNAMA

Hilang !!!



ORANG HILANG/ KELUAR RUMAH NAMA : MARIANAH BINTI JOHN AJI UMUR : 23 TAHUN BANGSA : DUSUN ALAMAT : KG TVRC KARANAN TAMBUNAN KELUAR DARI ASRAMA KOLEJ SEJAK 30.09.2013 DAN HINGGA HARI INI BELUM DITEMUI SEBARANG MAKLUMAT BOLEH DISALURKAN KE IPD KENINGAU DI 087-332222 ATAU BALAI POLIS TAMBUNAN DI 087-774222

Sumber:VAT69

Penempatan DPLI GSTT 2013 ?



guru dpli gstt 2013
Penempatan Guru DPLI GSTT 2013: Sekarang berlaku masalah penempatan guru di sekolah – sekolah seluruh Malaysia. Contohnya pada tahun 2012, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ada buka kursus Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) atas nama mahu mengatasi masalah kekurangan guru di sekolah Rendah & sekolah Menengah. Tetapi…..
Tetapi malangnya kalangan 6,020 orang graduan Guru Sandaran Tidak Terlatih (DPLI GSTT 2013) yang telah tamat pengajian pada bulan Mei 2013 tahun ini masih belum menerima penempatan sehingga sekarang.
  1. 2,017 orang di bawah kategori Sekolah Rendah
  2. 4,003 orang di bawah kategori Sekolah Menengah.
Di mana silapnya penempatan guru DPLI GSTT 2013?
Berdasarkan semakan Berita Semasa melalui jawapan hansard di Dewan Rakyat oleh Timbalan Menteri Pendidikan :
  • Senarai calon guru DPLI GSTT 2013 telah dihantar ke Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
  • Temuduga DPLI GSTT 2013 pada Oktober 2013
  • Lantikan bermula Januari 2014
  • Tetapi sehingga ke hari ini, masih tiada khabar berita dan notis di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia @ SPP

Masalah Penempatan DPLI GSTT 2013 VS Guru ISMP & Maktab?

Belum campur lepasan ijazah pendidikan tajaan PTPTN yang masih menganggur mengharapkan penempatan guru.
“Alang-alang membuat sistem, biarlah kukuh & sistematik serta tidak menyusahkan ramai pihak”
Kebanyakan yang belajar di Maktab, ISMP pun sekarang ini perlu menunggu sehingga setahun lamanya untuk mendapatkan penempatan. Akhirnya timbul…
  • masalah pengangguran
  • terpaksa menanggung kos sara hidup yang tinggi
  • Adakah Kementerian Pendidikan tidak melakukan kajian sebelum membuat sesuatu perancangan?

Penempatan DPLI GSTT 2013 : Statistik Kekosongan Guru Sekolah?

Realitinya hari ini kalangan guru Malaysia terpaksa mendidik sehingga 40-45 orang pelajar, bagaimana mungkin untuk memberikan tumpuan yang berkualiti kepada pelajar pada satu-satu masa di tambah dengan saiz kelas yang agak terhad.
Sudah sampai waktu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendedahkan statistik terhadap kekosongan guru di semua sekolah bagi memudahkan semua pihak membuat perancangan & tindakan
P/S : Berita Semasa mengharapkan pada masa akan datang 1 guru hanya perlu menjaga maksimum antara 20-25 orang pelajar sahaja seperti yang dapat dilakukan di sekolah SBP & MRSM. Sepatutnya dipelruaskan kepada semua sekolah. Insyaallah murid-murid akan ada kualiti.
PP/S : Berita Semasa sehingga sekarang tidak bersetuju dengan pelaksanaan pencen umur 60 tahun yang telah menutup peluang golongan muda untuk bersama-sama membantu mengerakkan negara dengan lebih cepat lagi. Apa kata graduan DPLI GSTT 2013?

Sumber:beritasemasa

06 October 2013

Ibadah Qurban Menurut Pandangan Islam



SEJARAH ASAL USUL KORBAN

1. Korban Zaman Nabi Adam A.S (Rujuk Surah Al-Maidah : 27- 31)

2. Korban Zaman Nabi Nuh A.S

3. Korban Zaman Nabi Daud dan Sulaiman A.S

4. Korban Zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail A.S

5. Korban Zaman Nabi Musa A.S

6. Korban Bangsa Yunani dan Rom

7. Korban Abdul Mutalib nenda Rasulullah S.A.W

PENGERTIAN KORBAN

Bahasa : Nama yang diberikan terhadap apa yang dikorbankan atau apa yang disembelih pada Hari Raya Adha.

Dinamakan juga sebagai ‘Udhiyyah’ yang berasal daripada perkataan ‘Dhuha’ iaitu waktu Dhuha, kira-kira antara jam 7.00 hingga 11 pagi, kerana korban disyariatkan oleh Allah SWT supaya dilaksanakan setelah selesai Solat Eidul Adha.

Ada juga yang mengatakan ianya berasal daripada perkataan Al-Udhiyyah dan Ad-Dhahiyyah yang dimaksudkan binatang sembelihan seperti unta, lembu, kambing yang disembelih pada hari Raya Korban dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) dengan tujuan untuk mentaqarrubkan diri kepada Allah.

Syarak : Menyembelih haiwan yang tertentu dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah dalam waktu yang khusus (hari-hari Nahar). Ibadah ini telah disyariatkan pada Tahun Kedua Hijriyah sepertimana juga disyariatkan ibadah zakat dan Solat Dua Hari Raya (Eidul Fitri dan Eidul Adha) dan telah dipastikan syariat mengenai berdasarkan al-Quran, Sunnah dan ijma’ ulamak.

DALIL-DALIL MENGENAI KORBAN

i. DALIL AL-QURAN

Firman allah;

Maksudnya;

Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)

Maksudnya ;

“Dan telah Kami (Allah) jadikan untuk kamu unta-unta itu sebagai syiar agama Allah. Kamu banyak memperoleh kebaikan daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya.” ( Al-Haj ; 36)

ii. DALIL HADIS MENGENAI KELEBIHAN KORBAN

Banyak hadis yang membicarakan mengenai ibadah korban, antaranya hadis daripada A’isyah, Rasulullah bersabda;

Maksudnya;

“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)

Para sahabat pernah bertanya Rasulullah SAW : “Ya Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan Udhiyyah?”

Rasulullah Saw menjawab: “ Itulah sunnah bapamu Ibrahim.”

Para sahabat bertanya lagi : “Apakah yang kita akan perolehi daripada ibadah Udhiyyah?”

Baginda menjawab : “ Tiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan) kamu akan mendapat satu kebaikan.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

“Barangsiapa yang diberikan kemudahan, sehingga memampukan dia untuk berkorban, akan tetapi dia tidak mahu berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (masjid) ini.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

(Lihat nas al-Quran Surah al-Haj : 36-37)

iii. DALIL IJMA’ ULAMAK

Para ulamak Islam telah bersepakat mengenai pensyariatan korban berdasarkan ayat dan hadis Rasulullah yang menyatakan bahawa amalan korban merupakan amalan yang paling Allah sukai di Hari-Hari ‘Eidul Adha, di mana binatang yang dikorbankan akan didatangkan di Hari kiamat sepertimana keadaan dan sifatnya ketika disembelih dan diletakkan darahnya yang telah diterima di sisi Allah, sebelum darah tersebut tumpah ke bumi. Korban juga merupakan sunnah yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS berdasarkan firman Allah;

Maksudnya;

“ Dan Kami tebus anak itu (Ismail) dengan seekor sembelihan (kibas) yang besar.” (Surah As-Soffaat : ayat 107)

HUKUM IBADAH KORBAN

Sebahagian ulama berpendapat bahawa korban itu hukumnya wajib, manakala sebahagian yang lain menganggapnya sebagai sunnah.

Alasan yang mengatakan amalan korban itu adalah wajib berdasarkan firman Allah;

Maksudnya;

Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu sembahyanglah engkau pada Hari Raya Haji dan sembelihlah (binatang) korbanmu.” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)

Sabda Rasulullah SAW;

Maksudnya;

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda : “ Barangsiapa yang mempunyai kemampuan, tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia menghampiri tempat solat kami.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Manakala mereka yang berpandangan bahawa amalan korban adalah suatu amalan sunnah adalah berpandukan hadis Nabi SAW;

Maksudnya;

“Aku diperintah untuk melakukan korban dan korban itu adalah sunnah bagi kamu.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW menyatakan;

Maksudnya;

“ Diwajibkan ke atasku supaya berkorban dan tidak diwajibkan ke atas kamu.” (Hadis riwayat Dar al-Qutniy)

Berdasarkan hadis di atas, ibadah atau amalan korban adalah wajib ke atas diri Rasulullah SAW, akan tetapi hanya dianggap sunnah ke atas umatnya.

Terdapat sat Athar sahabat (hadis mengenai sahabat Nabi) bahawa Abu bakar dan Umar, pernah tidak melakukan ibadah korban, sehingga apabila ditanya oleh orang ramai mengenai tindakan mereka berdua itu, maka mereka berdua menyatakan bahawa mereka bertindak demikian kerana khuatir sekiranya mereka berkorban, orang ramai akan menganggapnya sebagai satu amalan wajib, sedangkan asalnya tidak diwajibkan ke atas mereka. (Hadis riwayat Al-Baihaqiy dan lain-laiannya dengan sanad yang baik)

Menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ibadah qurban ialah sunnah muakkad (sunnah yang amat dituntut) menurut kebanyakan mazhab fiqah. Dalam Mazhab Imam Abu Hanifah, amalan tersebut dianggap sebagai ibadah wajib. Wajib di sini ialah sesuatu yang lebih ringan daripada ‘fardhu’ dan lebih berta daripada sunnah. (Imam Abu Hanifah membezakan antara Fardhu dengan wajib, tidak sebagaimana imam-imam yang lain).

Hukum wajib di sini bermakna sesiapa yang meninggalkannya dianggap berdosa sekiranya mereka terdiri daripada golongan yang berkemampuan dan berkedudukan. Rasulullah pernah ditanya mengenai amalan qurban tersebut, lantas baginda menjawab;

“Itulah sunnah daripada bapa kamu, Ibrahim…” (Hadis riwayat At-Tirmizi dan Al-Hakim)

Sehubungan denga itu, ibadah korban dikira sama ada Sunnah Muakkadah atau wajib. Mazhab lain, selain Imam Abu Hanifah menghukumkan ‘makruh’ jika seseorang yang mempunyai kemampuan tetapi tidak melakukan ibadah korban.

Menurut Mazhab Imam As-Syafi’ie, hukumnya adalah ‘Sunnah muakkadah’ iaitu sebagai ibadah tambahan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika baginda masih hidup. Baginda dilaporkan pernah berkorban dengan dua ekor biri-biri yang besar bagi dirinya, keluarganya dan seluruh umatnya yang tidak sempat atau tidak mampu untuk berkorban.

Namun begitu kebanyakan ulamak berpendapat ibadah korban adalah amalan yang sunnah sahaja. Seseorang itu tidak akan dianggap berdosa besar sekalipun tidak pernah melakukan ibadah korban seumur hidupnya. Jika dia tidak berkorban, lantaran tidak berkemampuan, anggaplah bahawa nabi terlah berkorban bagi pihak umatnya.

Berpandukan kepada amalan korban yang dilakukan oleh Rasululah SAW yang menyembelih dua ekor biri-biri bagi pihak dirinya, keluarga dan umatnya, maka para ulamak berpendapat adalah memadai jika seseorang ketua dalam sesebuah keluarga seperti suami bagi isteri atau bapa bagi anak-anaknya.

Bagi yang mampu digalakkan memilih binatang ternakan yang terbaik, sihat dan gemuk. Imam Muslim meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik, menyatakan bahawa Rasulullah SAW menyembelih korban dengan dua ekor kibas yang terbaik dengan tangannya sendirinya dengan membaca ‘Bismillah’ dan ‘Bertakbir’ dan meletakkan kakinya di atas rusuk di sebelah tengkuk kedua-dua kibas tersebut.

HIKMAH DI SEBALIK PENSYARIATAN IBADAH KORBAN

1. Mengenang dan mencontohi pengorbanan besar yang tidak ada tolok bandingnya, yang dilakukan oleh Nabi ibrahim AS yang digelar sebagai ‘Abu al-Anbiyak’ (bapa para nabi) yang sanggup mengorbankan anaknya Ismail sebagai kemuncak dalam melaksanakan ketaatannya di atas perintah Allah SWT, namun begitu Allah menggantikannya dengan seekor kibas. Selain daripada itu sebagai mengenang dan mencontohi pengorbanan Nabi Ismail yang sanggup mengorbankan dirinya bagi mematuhi dan mentaati perintah Allah Azza wa Jalla.

2. Sebagai satu ibadah yang boleh mendekatkan seoarang hamba dengan Tuhannya, melalui bukti pengorbanan yang dilakukan. Ianya juga dianggap sebagai simbolik kesedian hamba untuk mengorbankan apa sahaja demi kerana Allah, termasuklah sanggup mengorbankan dirinya demi menegakkan agama Allah yang ytercinta. Di samping itu melatih diri kita supaya sentiasa ikhlas dalam beribadah.

3. Melatih diri agar sentiasa bersedia untuk berkorban bila-bila masa diperlukan demi menegakkan agama Allah.

4. Memulia serta mengagongkan satu syiar dari syiar-syiar agama Allah sebagai memenuhi tuntutan Allah;

Maksudnya;

“Demikianlah perintah Allah dan barangsiapa yang mengagongkan syiar-syiar agama Allah, maka (perbuatan) itu timbul dari ketaqwaan hati.”

(Surah al-Haj : ayat 32)

5. Untuk melahirkan rasa syukur di atas segala nikmat Allah yang terlalu banyak ke atas diri kita dan yang masih menghidupkan kita.

6. Sebagai penghapus kepada segala kesalahan dan dosa yang kita lakukan, sama ada melakukan kemungkaran dan maksiat atau mengabaikan suruhan Allah.

7. Untuk memberikan kegemberiaan kepada keluarga yang melakukan korban dan orang-orang lain yang mendapat bahagian daripada daging korban tersebut, di mana mereka dibenarkan untuk memakan, mensedekahkan atau menyimpan daging tersebut untuk dimakan dalam jangka masa yang lama.

8. Sentiasa mengingatkan kita, bahawa hidup ini amat memerlukan kepada pengorbanan, untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan yang hakiki dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Tanpa pengorbanan, tiada nilainya sebarang usaha yang kita lakukan.

SYARAT KORBAN DAN BINATANG YANG DIKORBANKAN

1. Binatang yang hendak dijadikan qurban itu, hendaklah dari binatang yang tidak cacat seperti pincang, sangat kurus, sakit, terpotong telinganya, terpotong ekornya. Umur yang disarankan bagi binatang yang akan diqurbankan itu adalah seperti berikut;

i. Kambing atau domba yang telah berumur satu tahun lebih atau sudah berganti gigi

ii. Kambing biasa yang telah berumur dua tahun lebih.

iii. Unta yang telah berumur lima tahun lebih.

iv. Sapi, kerbau atau lembu yang telah berumur dua tahun lebih.

v. Sekiranya ternakan betina, pastikan ternakan tersebut tidak bunting ketika hendak dikorbankan. Bagaimanapun, korban tetap dianggap sah, jika selepas disembelih didapati  haiwan ternakan itu sedang bunting.

Sabda Rasulullah SAW;

Maksudnya;

Daripada Barra’ bin ‘Azib, Rasulullah SAW bersabda;

“ Empat jenis binatang yang tidak sah dijadikan qurban, yang rosak matanya, yang sakit, yang pincang dan yang kurus dan tidak mempunyai isi.” (Hadis riwayat Muslim)

Seekor kambing hanya untuk korban satu orang diqiaskan dengan denda meninggalkan wajib haji. Akan tetapi seekor unta, lembu, kerbau  boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian menurut pandangan Syafi’iyyah.  Sabda Rasulullah SAW;

Daripada Jabir , beliau berkata :

“Kami telah menyembelih korban bersama dengan Rasulullah SAW, pada Tahun Hudhaibiyah, seekor unta untuk tujuh orang dan seekor lembu untuk tujuh orang.” (Hadis Riwayat Muslim)

Maksudnya;

Daripada Abbbas, kami pernah bersama-sama dengan Rasululah SAW dalam satu perjalanan, ketika itu masuk hari raya qurban, maka kami bersama-sama menyembelih seekor lembu untuk tujuh orang dan seekor unta untuk sepuluh orang.” (Hadis riwayat At-Tirmizi dan An-Nasa’i)

2. Korban dilakukan pada waktu yang telah ditetapkan.

Dalam Mazhab al-Maliki ditambah dua syarat lagi, iaitu;

1. Penyembelih mestilah terdiri dari seorang muslim, oleh yang demikian tidak sah sembelihan seorang kafir yang telah diwakilkan oleh tuan korban kepadanya. sekiranya dia ahli kitab, maka harus memakan daging sembelihannya.

2. Tidak boleh berkongsi beberapa orang dalam membayar harga binatang korban, kecuali mereka terdiri daripada kaum kerabatnya yang terdiri daripada anak-anak, adik-beradik dan anak bapa saudaranya dan termasuk juga isteri atau suami dan ke semua mereka tinggal serumah dengannya.

WAKTU MELAKUKAN QURBAN

Waktu menyembelih qurban adalah bermula daripada matahari setinggi tombak, pada hari Raya Haji sehingga terbenam matahari pada 13 bulan Zulhijjah.

Sabda Rasulullah SAW;

“Barangsiapa yang menyembelih korban sebelum solat Hari Raya Haji, sesungguhnya dia menyembelih untuk dirinya sendiri dan barangsiapa menyembelih korban sesudah solah Hari Raya dan dua khutbahnya, sesungguhnya dia telah menyempurnakan ibadahnya dan telah menepati sunnah atau aturan umat Islam.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Maksud ‘Solat Hari Raya Haji’ dalam hadis di atas adalah waktunya, bukannya solatnya, kerana mengerjakan solat tidak menjadi syarat kepada sembelihan korban.

Sabda Rasulullah SAW;

Maksudnya;

“Semua hari tasyrik (iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah), adalah waktu yang dibolehkan untuk menyembelih qurban.” (Hadis riwayat Ahmad)

PERKARA YANG DISUNATKAN KETIKA MENYEMBELIH KORBAN

1. Menurut Mazhab Hanafi, sunat bagi orang yang hendak berkorban mengikat binatang yang akan dikorbankannya beberapa hari sebelum hari korban, untuk menunjukkan bahawa ketika bersedia untuk melakukan ibadah yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah dan menzahirkan rasa bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya. Di samping itu juga dimakruhkan sekiranya kita menggunakannya untuk menunggang, mengambil susunya, bulunya dan sebagainya.

2. Sunat disembelih sendiri oleh mereka yang berkorban, kerana boleh mendekatkan dirinya kepada Allah.

3. Sunat dihadapkan binatang yang akan disembelih ke arah kiblat, sepertiman yang dilakukan oleh Rasulullah SAW berdasarkan hadis Anas bin Malik yang diriwayatkan oleh semua imam.

4. Sunat kepada orang yang berkorban menyaksikan binatang korbannya, sepertimana Rasulullah SAW berkata kepada Fatimah:

Maksudnya;

Daripada Imran bin Husain, Rasulullah SAW bersabda;

“Bangunlah menuju tempat binatang korbanmu dan saksikanlah, kerana ia akan menyebabkan dosamu terampun bagi setiap titisan darah yang tumpah, bagi setiap satu dosa yang pernah engkau lakukan…” (Hadis riwayat Al-Hakim, Al-Baihaqiy dan At-Tabraniy)

1. Membaca Basmalah (Bismillahirrahmani rrahim) sepertimana yang diriwayatkan oleh Jabir menyatakan bahawa kami telah menunaikan solat al-Adha bersama Rasulullah SAW, selepas selesai daripada solat tersebut, dibawa dihadapan baginda seeokor kibas, maka baginda menyembelihnya dan baginda membaca;

Maksudnya;

“ Dengan nama Allah dan Allah Maha besar, Ya Allah ini adalah (korban) dariku dan daripada mereka yang tidak mampu untuk berkorban dari kalangan umatku.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan At-Tirmizi)

2. Membaca salawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
3. Takbir (Menyebut Allahu Akbar)
4. Mendo’akan agar sembelihan tersebut diterima oleh Allah, seperti berkata “ YA Allah, ini adalah amalan yang Engkau perintahkan supaya aku kerjakan keranaMu, terimalah amalku ini)
5. Binatang yang disembelih itu hendaklah dihadapkan ke arah kiblat di atas rusuk kirinya, sekiranya binatang tersebut terdiri daripada lembu dan kambing.Sabda Nabi SAW;

Maksudnya;

Daripada Anas bahawa Rasulullah SAW telah melakukan korban dengan dua ekor kambing yang baik-baik, beliau menyembelihnya sendiri, beliau membaca bismillah dan beliau bertakbir.” (Hadis riwayat Bukhari danMuslim)

Ketika melakukan korban Rasululah membaca;

Maksudnya;

“Ya Allah terimalah kurban Muhammad, ahli kelurganya dan umatnya.” (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

1. Memastikan bahawa binatang yang akan dikorbankan itu terdiri daripada binatang yang terbaik dari semua sudut, kerana binatang tersebut merupakan korban untuk mendapat ganjaran di akhirat.

2. Memastikan alat yang digunakan untuk menyembelih terdiri daripada alat yang tajam yang diperbuat daripada besi.

3. Menunggu sebentar selepas menyembelih sehingga binatang tersebut dipastikan benar-benar telah mati.

4. Menurut pandangan Mazhab Syafi’e, Malikiy dan sebahagian daripada Mazhab Hambali, disunatkan kepada mereka yang ingin melakukan ibadah korban, apabila masuknya hari ke sepuluh daripada bulan Zulhijjah, supaya tidak mencukur rambut dan memotong kuku sehinggalah selesai ibadah korban. Pendapat ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW;

Maksudnya;

“ Sekiranya kamu melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang dari kamu mahu melakukan korban maka biarkan (jangan dipotong) rambut dan kuku-kukunya.” (Hadis diriwayatkan oleh semua Imam kecuali Bukhari)

PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN
1. Terdapat dua pandangan

i . Jumhur Fuqahak (Mazhab Hanafi, Malikiy dan Hambali)

Menurut Mazhab Hanafi, harus memakan daging korban yang disunatkan, manakala korban nazar atau korban wajib diharamkan untuk memakannya.

Menurut Mazhab Malikiy dan Hambali pula memakan daging korban nazar dibolehkan sama seperti korban sunnah dan disunatkan supaya mencampurkan kedua-dua korban tersebut sama ada untuk dimakan, disedekahkan dan dijadikan sebagai hadiah. Namun begitu mereka menghukumkan makruh sekiranya kita memakan atau menyimpan kesemua daging tersebut melebihi tiga hari.

1.
1. Mengikut amalan sunnah (terutama Mazhab Hanafi dan Hambali) dalam pembahagian daging korban ialah 1/3 untuk diri dan keluarga, 1/3 untuk kaum kerabat, teman-teman, jiran tetangga walaupun mereka terdiri daripada golongan kaya, manakala 1/3 untuk golongan fakir dan miskin.  Kenyataan ini berdasarkan firman Allah;

Maksudnya;

“ Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lain) berikanlah untuk dimakan oleh orang-orang sengsara lagi fakir.” (Surah Al-Haj : Ayat 28)

FirmanNya lagi;

Maksudnya;

Dan berilah makan kepada orang yang redha dengan apa yang ada pada dirinya (orang yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta-minta.” (Surah Al-Haj: ayat 36)

Namun begitu, sekiranya disedekahkan ke semuanya kepada orang lain, terutama fakir miskin, maka dianggap lebih baik dan sempurna. Walau bagaimanapun digalakkan kepada orang yang berkorban untuk mengambil sedikit daging korban untuk dirinya dan keluarganya sebagai ‘Tabarruk’ (mengambil bekat dari ibadah korban tersebut).

Tambahan : Menurut Mazhab daging korban juga boleh diberikan kepada orang-orang yang bukan Islam, terutama mereka yang diharapkan akan memeluk agama Islam, selepas pemberian tersebut, untuk menunjukkan kebaikan dan pengiktirafan Islam kepada mereka sebagai manusia.

BEBERAPA KESILAPAN DALAM IBADAH KORBAN

1. Ada beberapa golongan masyarakat yang melakukan kesilapan dengan melakukan ibadah korban pada malam hari raya. Amalan ini tidak menepati sunnah dan sekiranya dilakukan juga, sembelihan tersebut tidak dikira sebagai ‘Ibadah Korban’, kerana para ulamak mengaggap perbuatan tersebut sebagai ‘Makruh’.

2. Begitu juga dalam masalah pembahagian daging korban. Masih ada amalan di mana daging yang telah dikorbankan dibahagi kepada tujuh bahagian, manakala bahagian tertentu (biasanya kepala, bahagian rusuk, batang pinang) diperuntukkan atau dikhususkan kepada tukang sembelih sebagai upah. Tindakan ini sama sekali tidak dibenarkan, kerana setiap bahagian daging korban adalah sedekah dan sedekah sama sekali tidak boleh dijadikan sebagi upah. Sekiranya kita masih ingin memberikan upah kepada tukang sembelih, pihak yang berkongsi korban, boleh membayar lebih sedikit daripada harga sebenar binatang korban dan menyerahkan lebihan wang tersebut kepada tukang sembelih.

3. Melaksanakan ibadah korban dengan tujuan untuk menunjukkan kepada orang ramai akan kemampuan dirinya untuk melakukan korban, supaya dengan itu mereka akan dipandang mulia, dihormati dianggap sebagai orang yang hebat di sudut kemampuan kewangan, sedangkan dia sepatutnya insaf bahawa hanya korban yang disertakan dengan keikhlasan dan ketaqwaan sahaja yang diterima di sisi Allah. Firman Allah SWT;

Maksudnya;

“Daging-daging korban dan darahnya itu, sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, akan tetapi (keikhlasan) yang lahir dari ketaqwaan darimulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah memudahkan bagimu (binatang korban itu) untuk kamu supaya kamu mengagongkan Allah lantaran petunjukNya kepadamu dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang melakukan kebaikan.”

(Surah al-Haj : ayat 37)

4. Pembaziran daging korban. Di mana terdapat daging korban yang lambat diagih-agihkan menyebabkan daging tersebut menjadi busuk. Di samping sikap sebahagain daripada kita yang terlalu tamak menghimpunkan daging korban, tetapi akhirnya menjadi busuk dan rosak, apabila ruang peti ais rumah kita tidak mampu memuatkan semua daging korban yang kita bawa pulang.

5. Pembahagian daging korban yang hanya ditentukan kepada kumpulan-kumpulan atau puak-puak tertentu sahaja, dengan mengenepikan hak orang lain terutama yang tinggal sejiran, sekampung atau setaman dengan kita.

6. Kedatangan ke masjid, ke surau atau ke tempat sembelihan, semata-mata untuk mendapatkan bahagian dari pembahagian daging korban, namun begitu tidak mensyukuri nikmat Allah setelah memakan dan menikmati daging korban tersebut, dengan cara melaksanakan segala perintahnya dan menjauhi segala larangannya. Malah ada di antara mereka yang tidak pernah menjejakkan kaki ke suarau dan ke masjid atau bermuamalah dengan penduduk setempat.

SILA RUJUK :

1. Al-Quran dan terjemahannya

2. Al-Fiqh al-Islamiy wa Adillatuha : Dr. Wahbah Az-Zuhailiy

3. Fiq As-Sunnah : Syeikh Sabiq

4. Tarbiyatul Aulad : Dr. Abdullah Nasih Ulwan

5. Al-Fiqh al-Islamiy : Haji Sulaiman Rasyid

6. Tuntutan Qurban : Prof. Dr. T.M Hasbi As-Siddiqiy

7. Hukum Qurban dan Sembelihan : Kiyai Haji Abdurrahman

Aidil Adha - 15 Oktober


makkah4-613x460
KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada Selasa, 15 Oktober ini.
Pengumuman itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad pada malam Sabtu.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1434 Hijrah ialah pada 6 Oktober 2013 Masehi.
“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Selasa, 15 Okt 2013 Masihi,” katanya.
Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM). - BERNAMA

Piala Malaysia 2013 - JDT Kena Baham


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi_6eQ23vL5zCAv4mpqQMcts3o4sMmlKbTywy9c16wlgP9jUY2Ao7iuGlLP09gCEO5sLxsoBpdS9dnL_MOtvm3f2UPpxdyRnp7RQJBOfO1koGEKxDouuQTkNs8QdEoN8lr6_nTVF52snxOZ/s1600/Kelantan+vs+Johor+Darul+Takzim.jpg

KUALA LUMPUR — Juara bertahan, Kelantan dan Sarawak mengesahkan slot ke separuh akhir Piala Malaysia selepas berjaya menundukkan lawan masing-masing pada suku akhir kedua, malam ini.
Kelantan mencatatkan kemenangan besar 6-1 ke atas Johor Darul Takzim (Johor DT) untuk mara dengan keputusan agregat 8-5 manakala Sarawak menumpaskan Sime Darby FC dengan agregat 3-1.

Pada saingan separuh akhir, Kelantan akan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) manakala Sarawak berdepan dengan Pahang.

Perlawanan separuh akhir pertama akan diadakan pada 18 dan 19 Okt ini dan perlawanan timbal balik pada 25 dan 26 Okt ini.

Pada aksi di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu, Kelantan membuka tirai jaringan pada minit ke-19 menerusi rembatan kencang Muhammad Norfarhan dalam kotak penalti, sekali gus menyemarakkan sokongan padu 25,000 penonton.

Kapten Kelantan, Mohd Badri Mohd Radzi menggandakan jaringan untuk skuad kendalian Bojan Hodak selepas beliau menyudahkan hantaran lambung daripada Muhammad Norfarhan pada minit ke-32.

Johor DT berjaya merapatkan jurang jaringan menerusi Mohd Safee Sali padaminit ke-42 sebelum pemain pertahanan, Obinna Nwaweri menambah gol ketiga untuk Kelantan, dua minit kemudian.

Pada babak kedua, Kelantan terus ‘bernafsu’ untuk menambah jaringan dan hasilnya, Dickson Nwakaeme meledak gol keempat untuk pasukan ‘The Red Warriors’ pada minit ke-46.

Muhammad Norfarhan terus menambah derita skuad ‘Harimau Selatan’ dengan gol peribadi kedua pada minit ke-62 selepas beliau menyudahkan hantaran lintang daripada Indra Putra Mahayuddin.

Indra Putra memastikan tiket separuh akhir menjadi milik Kelantan dengan gol keenam pada minit ke-89 selepas beliau menyudahkan hantaran Dickson.

Juara Liga Perdana Sarawak menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri dengan sepenuhnya untuk mengecewakan Sime Darby FC di Stadium Negeri, Petra Jaya, Kuching.

Bagaimanapun, Sarawak tersentak seketika apabila Sime Darby FC membuka tirai jaringan seawal minit ketiga menerusi Mohd Yusof Zainal Abidin.

Namun, Sarawak mula mengatur strategi dan melancarkan serangan sebelum pemain import Muamer Salibasic muncul wira skuad ‘Ngap Sayot’ dengan jaringan hatrik masing-masing pada minit ke-27, 55 dan 85.

Pada suku akhir pertama, Sabtu lepas, kedua-dua terikat seri tanpa jaringan.

Semalam, ATM menempah slot separuh akhir dengan kemenangan agregat 4-2 ke atas Lions XII dari Singapura manakala Pahang menang agregat 5-2 ke atas pasukan PKNS FC Selangor.– BERNAMA

Ops Cantas: 14,511 Anggota Kumpulan Kongsi Gelap Dan Samseng Ditahan



AYER KEROH: Sehingga semalam seramai 380,343 diperiksa dalam Ops Cantas yang mula dilaksanakan pada 17 Ogos lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, daripada jumlah itu seramai 178,217 merupakan kaum Melayu, Cina (77,104); India (73,505) dan lain-lain (51,517).

“Daripada jumlah itu, polis berjaya menahan seramai 14,511 anggota kumpulan kongsi gelap dan samseng,” katanya pada sidang media sempena Majlis Taklimat Keselamatan bersama pemimpin masyarakat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, hari ini.

Sehingga jam 12 tengah hari semalam, seramai 133,417 individu diperiksa di Johor dan tangkapan tertinggi melibatkan Selangor (6,191), Johor (2,682), Kuala Lumpur (1,185) dan paling kecil iaitu Perlis yang hanya melibatkan 12 orang.

Bagi negeri Melaka sahaja, Ahmad Zahid berkata seramai 2,600 individu diperiksa dan mereka yang didapati terlibat dalam kes jenayah akan dibawa ke mahkamah dan beliau turut berpuas hati dengan tindakan polis Melaka dalam membanteras jenayah bagi memastikan negeri yang terkenal dengan destinasi pelancongan itu berada dalam keadaan selamat.

Menurut Ahmad Zahid, Ops Cantas berkenaan akan terus dilaksanakan dan kemungkinan akan ditukar kepada nama lain.

Tambah beliau lagi, pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 dalam memastikan pengukuhan kuasa Polis Di Raja Malaysia (PDRM) rentetan pemansuhan beberapa akta sebelum ini adalah untuk menangani kegiatan jenayah di Malaysia.

Katanya, polis sentiasa bersiap siaga memerangi jenayah dan pindaan akta berkenaan memberikan ‘taring baru’ serta memulihkan semangat pegawai dan anggota polis untuk berkhidmat menjaga keselamatan negara.

Polis turut tidak akan berkompromi dengan mana-mana ahli kongsi gelap yang menuntut wang perlindungan atau ugutan sehingga membawa kepada kecederaan dan membunuh.

05 October 2013

Lata Tembakah - Ragut Nyawa

Tragedi Lata Tembakah  
  • Pasukan penyelamat mengusung turun mayat Janarthen.
BESUT - Kegembiraan sekumpulan 18 penuntut Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mandi-manda di Air Terjun Hutan Lipur Lata Tembakah, Hulu Besut, bertukar tragedi apabila tiga daripada mereka lemas, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1 petang ketika mangsa, Janarthen Umabathy, Vikneswaran Balakrishnan dan Mohana Raj Mathandra mandi di tingkat ketujuh yang merupakan kawasan perkelahan paling tinggi di air terjun berkenaan.

Semua mangsa berusia 22 tahun itu adalah penuntut tahun tiga kursus Teknologi Bio Industri UMK kampus Jeli, Kelantan.

Rakan mangsa yang mahu dikenali sebagai Kalai Selvan, 22, berkata, mereka mendaftar di hutan lipur itu pada jam 10 pagi sebelum mendaki ke tempat kejadian kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Menurutnya, pada awalnya mereka bercadang mandi di tingkat kedua, namun mangsa mengajak mereka naik ke tingkat lebih tinggi.

“Sampai di tingkat ketujuh berjarak 1.5 kilometer dari kaki bukit, kami terus mandi. Kami berpecah dan duduk dalam beberapa kumpulan. Namun, mereka bertiga tiba-tiba pergi ke arah air terjun sebelum lemas,” katanya, di sini, hari ini.
Kalai berkata, dia dan rakan-rakan cuba membantu, tetapi arus deras dan air dalam menyebabkan mereka tidak mampu berbuat apa-apa.

Menurutnya, dia kemudian turun ke tapak perkelahan di tingkat bawah untuk menghubungi pasukan penyelamat.


Dua ditemui terapung, seorang di dasar sungai
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, mayat Vikneswaran yang berasal dari Sungai Petani, Kedah dan Janarthen dari Ipoh, Perak, ditemui terapung kira-kira 10 meter dari lokasi kejadian, kira-kira jam 2.20 petang.

“Manakala, mayat Mohana Raj ditemui pasukan skuba JPAM serta bomba dan penyelamat di dasar air terjun sedalam kira-kira enam meter, kira-kira jam 4.27 petang,” katanya.

Beliau berkata, mayat Vikneswaran dibawa turun pasukan penyelamat dan orang ramai di pejabat pentadbiran hutan lipur pada jam 4 petang, manakala Janarthen sejam kemudian.

Sementara itu, katanya, mayat Mohana Raj pula dibawa turun pada jam 6 petang sebelum semua mayat dihantar ke Hospital Besut untuk bedah siasat.

“Operasi ini membabitkan pasukan penyelamat terdiri daripada bomba dan penyelamat termasuk unit skuba, JPAM, kakitangan Pejabat Perhutanan dan orang awam," katanya.

Kes pertama tahun ini
Sementara itu, Renjer Hutan Kanan, Pejabat Perhutanan Besut, Maliki Ismail berkata, kejadian itu adalah kes lemas pertama tahun ini dan lazimnya berlaku di tingkat tiga serta empat.

Menurutnya, pelajar terbabit mendaftar di Pusat Hutan Lipur Lata Tembakah sebelum naik ke tempat kejadian.

“Setakat hutan lipur ini dibuka, kejadian hari ini pertama kali berlaku babitkan tiga mangsa lemas kerana sebelum ini, seorang dua sahaja,” katanya.

Maliki juga berkata, pengunjung tidak digalak mandi di situ kerana agak jauh dari tempat perkelahan lain, malah papan tanda amaran kedalaman paras air turut dipasang.

Dalam pada itu, usaha menurunkan mangsa terakhir difahamkan memakan masa lama kerana saiz badan agak besar.

Kejadian lemas terakhir dicatatkan berlaku di Lata Tembakah pada 9 Oktober tahun lalu babitkan seorang lelaki di tingkat ketiga.

Tahun lalu sahaja, dua mangsa maut dan semuanya adalahpengunjung dari luar daerah.


Laman Sosial - Akan Di Sekat



"Menyekat Facebook bukanlah satu pilihan yang baik. Ini kerana kita tahu ia banyak membawa faedah berbanding penyalahgunaan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Kerajaan tidak akan menyekat akses akaun laman sosial Facebook atau laman-laman web yang lain kerana ia memberi banyak faedah kepada masyarakat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, walaupun terdapat pihak yang menyalahgunakan laman web atau laman sosial seperti Facebook untuk menyebar fitnah tetapi bukan semua terbabit dengan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

"Di negara kita ada 16 juta pemilik akaun Facebook dan antara pemilik akaun itu ialah pelajar berumur lapan tahun, dan mereka ini tidak terlibat dalam penyalahgunaan media sosial seperti Facebook untuk melemparkan fitnah atau tohmahan kepada pihak lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di projek pemasangan gentian optik untuk jalur lebar sepanjang 10,000 kilometer dari Cherating ke Jepun oleh firma Time.com Berhad di Pelabuhan Kuantan di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Time.com, Afzal Abdul Rahim. - Bernama

04 October 2013

Tragedi Tanduo - Banduan Filipina Di Siasat

lahad datu 

KOTA KINABALU: Seorang banduan warga Filipina, yang kini menjalani hukuman penjara kerana menceroboh hutan simpan di Sabah sedang disiasat, berkemungkinan mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Sulu dalam pencerobohan di Lahad Datu pada Februari lalu.
Lelaki berusia 43 tahun itu dijatuhi hukuman penjara 18 bulan pada 9 September lalu kerana menceroboh hutan simpan di daerah pantai timur Lahad Datu di Sabah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, SAC Omar Mammah berkata, perkara tersebut didedahkan apabila mahkamah memerintahkan rumah yang diduduki lelaki itu sebelum penahanannya supaya dirobohkan.
“Semasa proses perobohan itu, pegawai-pegawai menemui dokumen mengesan suspek sebagai tentera Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), serta kelengkapan ketenteraan termasuk beret dan lencana Komando,” katanya.
SAC Omar berkata, polis masih menentukan sama ada banduan itu adalah sebahagian daripada kumpulan dan pencerobohan.
“Kami juga mengetahui apakah motif beliau berada di negara ini,” katanya.
Omar berkata, kertas siasatan baru mengenai lelaki itu telah dibuka pada 25 September lalu, dan pihak polis mencadangkan kepada Peguam Negara untuk menahan beliau di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012. – Mstar.

Pesawat Airbus Military TUDM Pertama Malaysia Dijadual Tiba 2015


a400m
SEVILLE: Airbus Military akan menyerahkan pesawat pertama pengangkutan generasi baharu A400M kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) seperti yang dijadual pada 2015, kata syarikat itu pada Khamis.
Ketua Hal Ehwal Media Airbus Military, Maggie Bergsma berkata, TUDM telah terlibat dengan program itu sejak peringkat pertama dan mengambil bahagian sepenuhnya bersama pasukan Airbus Military untuk persiapan penghantaran pesawat itu.
“Bagi semua pelanggan kami, ia adalah peralihan daripada teknologi lama kepada teknologi utama A400M.
“A400M FISS (Full In Service Support) dicipta untuk memberikan pelanggan kami semua perkhidmatan yang diperlukan untuk operasi pesawat dan kami kini sedang berbincang dengan Malaysia mengenai perkara itu bagi memastikan semuanya telah siap untuk dihantar mengikut jadual,” katanya.
Tentera Udara Perancis merupakan yang pertama menerima A400M, pesawat pelbagai guna pertama di dunia yang dicipta khusus untuk memenuhi keperluan moden angkatan tentera, pada majlis di Airbus Military Delivery Centre, di sini Isnin.
TUDM menempah empat pesawat A400M. Pesawat itu mampu melaksanakan misi yang sebelum ini memerlukan penggunaan dua atau lebih pesawat daripada jenis berbeza dan ia memenuhi pelbagai keperluan tentera udara dan organisasi lain pada abad ini.
“Kepelbagaian A400M membolehkan hanya sebuah pesawat melakukan tugas yang sebelum ini memerlukan sehingga tiga pesawat untuk melaksanakannya.
“A400M mampu menggandakan kapasiti barang yang dibawa, malah menjimatkan masa perjalanan untuk melakukan misi kemanusiaan dan ketenteraan,” katanya ketika ditanya bagaimana pesawat ini akan melengkapkan armada TUDM sedia ada.
Diperkasakan oleh empat enjin turbo-prop 11,000shp TP400, pesawat A400M mampu membawa 116 anggota payung terjun dengan kelengkapan penuh atau 37 tan muatan, dan boleh digunakan sebagai pesawat untuk mengisi minyak udara ke udara bagi jet, pesawat besar dan helikopter. - BERNAMA

Cuepacs Minta Jawatan Pembantu Tadbir Di Ganti

Presiden Cuepacs, Omar Osman
KANGAR - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu nama jawatan Pembantu Tadbir diganti kepada Pegawai Khidmat Tadbir yang secara tidak langsung boleh meningkatkan gred seramai 65,000 penyandang jawatan itu di seluruh negara.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata penyandang jawatan itu merupakan  tenaga pelaksana utama dalam perkhidmatan awam sama ada mereka berkhidmat di bawah kerajaan persekutuan, negeri, badan berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan dan mereka tidak sewajarnya disebut sebagai Pembantu.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Dwitahunan Ke-11 Kesatuan Kebangsaan Pembantu Tadbir Kesihatan Semenanjung Malaysia di sini hari ini, beliau berkata Cuepacs telah mengemukakan cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai pertukaran nama jawatan itu serta meningkatkan gred jawatan berkenaan yang pada masa ini berada pada gred antara 17 dan 26.
Beliau berharap JPA dapat memberi pertimbangan dan respons sewajarnya atas permohonan itu sebelum tarikh konvensyen tahunan Cuepacs selama tiga hari mulai 17 Disember ini bagi membolehkan keputusan yang positif atas cadangan itu dimaklumkan pula kepada seluruh kakitangan berkenaan.
"Lebih diharapkan agar perkara ini dapat diketahui semasa Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membentangkan bajet negara pada 25 Oktober akan datang," katanya.
Omar berkata Cuepacs juga turut mencadangkan kepada kerajaan supaya memberi kelulusan pinjaman perumahan kepada kakitangan perkhidmatan awam mengikut harga rumah, bukan mengikut tangga gaji mereka dengan kadar faedahnya dikurangkan kepada satu peratus berbanding empat peratus sekarang.
Langkah itu dapat mengurangkan bebanan kakitangan awam yang membeli rumah berikutan harga rumah yang semakin meningkat, katanya.
Mengulas mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2012, beliau berkata Cuepacs amat terkejut dengan laporan itu kerana ia meletakkan imej negatif kakitangan perkhidmatan awam yang lemah menjalankan tugas sehingga membazirkan wang kerajaan.
Sehubungan itu beliau berharap segala kelemahan oleh sebarang agensi sebagaimana yang didedahkan dalam laporan berkenaan dapat diperbetulkan segera supaya perkara itu tidak berulang dalam laporan tahun 2013 akan datang. - Bernama

03 October 2013

Terkini! Pilihan raya kecil Sungai Limau 4 November, penamaan 23 Oktober



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau akan berlangsung pada 4 November dan hari penamaan calonnya pula pada 23 Oktober ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tiada hari pengundian awal dan terdapat 27, 222 orang pengundi yang akan mengundi di kawasan itu.

PRK DUN Sungai Limau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Razak pada Khamis lepas setelah lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan serius.

Azizan menyandang kerusi DUN itu selama lima penggal dan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, beliau mengalahkan sepupunya, Fazillah Mohd Ali daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti sebanyak 2,774 undi.

Speaker DUN Kedah, Datuk Md Rozai Shafian telah menyerahkan notis kekosongan kerusi DUN Sungai Limau kepada Pengarah SPR Kedah, Juhari Abdul Rahman di pejabat Speaker DUN di Wisma Darul Aman pada Ahad lalu bersama sijil kematian Azizan

 

kredit:kedahkini


Tragedi Tanduo - Menyebabkan ...


 
 Mohd. Mahmud Ahmad (empat dari kanan), Hernando Dca Iriberri (empat dari kiri) dan Renal Sinagar (tiga dari kiri) sempena lawatan kerja ke Pos Jawatankuasa Perancang Gerakan di Biawak, Kuching, Sarawak, semalam. - UTUSAN/Amir Hafiz Abd. Rahman

 LUNDU 2 Okt. - Pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah, Februari lalu secara tidak langsung menjadikan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan tentera Filipina bertambah kukuh.

Ketua Staf Divisyen Pertama Infantri, Kolonel Mohd. Mahmud Ahmad berkata, tragedi berdarah itu merupakan satu bentuk peringatan kepada ATM dan tentera Filipina supaya lebih memperkukuh hubungan ketenteraan sedia ada.

"Pencerobohan ke atas Sabah tidak membawa masalah kepada kerjasama kita, sebaliknya mengeratkan lagi persefahaman antara kedua-dua pasukan keselamatan.

"Latihan ketenteraan bersama yang diadakan setiap tahun juga berjaya meningkatkan hubungan baik antara dua pihak," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyambut Komander 7 Divisyen Infantri Filipina, Brigedier Jeneral Hernando Dca Iriberri yang mengadakan lawatan kerja ke Pos Jawatankuasa Perancang Gerakan (JPG) Biawak, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Pegawai Memerintah 403 Wira Sada Pratista Tentera Nasional Indonesia (TNI) Leftenan Kolonel Renal Sinagar.

Kunjungan Hernando tersebut merupakan sebahagian daripada Program Lawatan Pertukaran Pegawai Kanan (SOEVP) antara ATM dengan tentera Filipina. - UO

Mr.Bean Peluk Islam ?

  • Rowan Atkinson Rowan Atkinson

BERITA ini mungkin akan mengejutkan dunia hiburan seluruh dunia.
Sebentar tadi, melalui sebuah portal berita yang dipetik dari Islampos.com dan laman web Sadalbadi.com melaporkan bahawa selebriti yang popular dengan watak lucu Mr Bean iaitu Rowan Atkinson, dipercayai telah memeluk agama Islam baru-baru ini.

Menurut laman web berkenaan, Rowan dipercayai terbuka hati untuk memeluk agama Islam selepas menonton filem Innocent of Muslim.

Melalui sebuah portal berita dari Indonesia pula, mereka memberitahu, “Mr Bean tak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari saja sebagai isyarat dia bersyahadat."

Menurut beberapa sumber portal media, Sheikh Rashid Ghannousyi, adalah salah seorang pembimbing Mr Bean.

"Banyak yang memberi selamat kepadanya di sepanjang jalan” – dipetik dari Islampos.com.

Sehingga kini, masih belum dapat dipastikan lagi kesahihan berita ini.

Khabarnya, media-media barat masih belum menyiarkan lagi apa-apa berita mengenai Rowan Atkinson.


sumber:sinarharian