04 April 2013

Debat PilihanRaya 2013

Salam Buat Semua, Nampaknya kehangatan PRU 13 makin terasa.Kebanyakan negeri sudah membubarkan Dewan Undangan Negeri memasing selaras dengan saranan Perdana Menteri Malaysia.Justru itu kita sebagai rakyat Malaysia, berhak menentukan hala tuju Negara dan memilih PEMIMPIN yg benar benar berkemampuan untuk mentadbir Malaysia untuk tempoh 5 tahun lagi ...Debat Pilihanraya ... Relevan atau tidak diadakan di Malaysia... Fikir2kan.

Debat PRU 13 : Parlimen sudah pun dibubarkan  semalam. Sekarang perjalanan untuk menentukan halatuju negara di bawah pemerintahan untuk 5 tahun seterusnya  bakal ditentukan tidak lama sahaja lagi iaitu dijangka pada 27 April 2013 ini.
Manifesto Pakatan Rakyat sudah pun dibentangkan kepada rakyat (DI SINI), manakala Manifesto Barisan Nasional akan dibentangkan kepada rakyat di Stadium Merdeka Sabtu ini (6 April 2013). Jadi…
Jadi bagi setiap parti politik yang bakal bertanding samada “Pakatan Rakyat” ataupun “Barisan Nasional” ada bahan dan produk yang ingin ditawarkan kepada rakyat untuk mereka iaitu kepada anda, anda dan anda di sini membuat pilihan yang terbaik. Persoalannya sekarang, adakah “produk” dan “pelan pembangunan negara” yang ingin ditawarkan oleh Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat benar-benar bermutu dan berkualiti?

Debat PRU 13 : Barisan Nasional VS Pakatan Rakyat

Debat Piliharaya MalaysiaSemestinya kalau ditanya kepada kedua-dua parti, pasti mereka akan mendabik dada mengatakan manifesto mereka adalah yang terbaik, terunggul dan macam-macam lagi sambil mencemuh manifesto daripada pihak lawan.
Inilah yang akan berlaku apabila setiap manifesto samada manifesto Pakatan Rakyat mahupun manifesto Barisan Nasional dibentangkan dan dipersembahkan secara satu hala sahaja.  Itu sebablah, seeloknya manifesto dan untuk pelan pembangunan untuk rakyat dan negara perlu diperdebatkan semasa Debat PRU 13 secara langsung bukannya rakaman.
Semakan kami kepada ranking International Human Development, Malaysia di rangking ke 64 berbanding Kenya di tangga ke 145. Nyata dari sudut intelektual, Malaysia terkehadapan. Tahniah kami ucapkan. Tetapi…..ada tetapinya.

Debat PRU Malaysia 2013
Sumber : International Human Development
 
Tetapi semasa PRU Kenya Mac 2013 yang lalu, mereka secara terbuka anjurkan DEBAT ANTARA CALON PRESIDEN. Debat adalah medan menilai hujah, menifesto & intelektual.
Bagaimana dengan PRU di Malaysia? Adakah Debat PRU 13 Malaysia akan menjadi realiti? Sampai bilakah rakyat Malaysia hanya dipersembahkan secara berterusan sekadar perang bendera & pertandingan cari kelemahan individu lawan, politik fitnah serta pembentangan manifesto untuk ditelan bulat-bulat oleh rakyat tanpa diberikan peluang untuk mendapatkan perbandingan yang adil daripada pihak-pihak yang bertanding?


“Jangan jadi ahli poltik yang hanya pandai sekadar baling batu sembunyi tangan sahaja. Mesti bertanggungjawab untuk setiap apa yang diperkatakan”
Di hati kecil kami teringin benar hendak lihat situasi ini di Malaysia. Setiap wakil parti yang bertanding membentengkan manifesto sendiri dalam debat PRU 13. Biar rakyat menilainya. Rakyat Malaysia, tidak perlu berpindah ke Kenya untuk merasai debat begini. Cukuplah rakyat Malaysia diberikan peluang dan ruang manakala kedua-dua belah pihak yang mahu memimpin negara perlu ada kebaranian untuk tampil ke hadapan bagi membentangkan manifesto masing-masing secara langsung kepada rakyat.
Orang tua-tua ada mengatakan :
“Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih”
Apa pandangan anda pula? Perlukah diadakan debat PRU 13? Mengapa?

Sumber:Beritasemasa.com

No comments: