04 April 2013

Terima Kasih Malaysia

Indonesia Berterimakasih Pada Malaysia

Lahad Datu – Kerajaan Indonesia menghargai langkah kerajaan Malaysia menjaga kebajikan rakyatnya di Lahad Datu yang terjejas berikutan Op Daulat di Gagasan Labian.

Konsulat Jeneral Indonesia di Sabah Soepeno Sahid berkata, 10,045 rakyat negara itu berada di daerah ini dan daripada jumlah itu, 193 orang terjejas akibat krisis pencerobohan pengganas yang kini ditempatkan di pusat penempatan sementara di Embara Budi.

“Semua mereka dilayan dengan baik. pengurusan Felda turut memberi jaminan pekerja Indonesia di Felda Sahabat menerima gaji seperti biasa walaupun tidak bekerja berikutan krisis kejadian itu.
“Kami berterima kasih kepada kerajaan Malaysia terutama pasukan keselamatan yang bertungkus lumus menjaga keselamatan negara ini termasuk rakyat Indonesia yang bekerja di sini.

“Kami yakin perkara ini (pencerobohan pengganas) akan dapat diselesaikan dengan cepat bagi mengembalikan semula keamanan di negeri ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Felda Residence Sahabat di sini pagi semalam.
Beliau dalam lawatan untuk meninjau dan memberi bantuan kerajaan Indonesia ke atas rakyatnya yang terjejas dalam kejadian pencerobohan pengganas Sulu.
Sopeno memuji langkah diambil pasukan keselamatan untuk mengembalikan keamanan di daerah ini.

“Saya sendiri dapat melihatnya dalam perjalanan dari Lahad Datu ke sini, keadaan sudah normal,” katanya.
Beliau turut menafikan ada warga Indonesia pulang beramai-ramai ke negara mereka kerana bimbang dengan keselamatan berikutan Op Daulat.

“Pemeriksaan kita di pintu sempadan paling dekat iaitu di Tawau mendapati jumlah mereka yang keluar adalah seperti biasa dan tiada dalam jumlah yang tinggi. “Keadaan masih seperti biasa kami juga sudah memaklumkan kepada keluarga mereka di Indonesia,” katanya. – NST

Kredit:Beliabangkit

No comments: