03 April 2013

Masyarakat Bajau Di Semporna


Latar Belakang Semporna
Daerah Semporna mempunyai keluasan 442 batu persegi atau 113 412 hektar ( 282 880 ekar ) dan terbahagi kepada dua kawasan iaitu Tanah Besar Semporna dan Kawasan Pulau yang dikenali sebagai Pulau Bum-Bum dan pulau-pulau sekitarnya[1]. Menariknya mengenai Daerah Semporna dikelilingi oleh 49 buah pulau. Keindahan alam sekitar dan sebahagian pulaunya dikelilingi terumbu karang telah menjadikannya sebuah destinasi pelancongan yang terunggul di rantau ini. Daerah Semporna juga  berhampiran dengan sempadan perairan antarabangsa iaitu Filipina dan Indonesia. 

Merujuk maklumat dari Laman web Pejabat Daerah Semporna, Pulau Umaral (Omadal), sebuah pulau kecil di perairan Semporna merupakan titik penting sejarah Semporna. Ini kerana Pulau Omadal merupakan tempat asal suku kaum Bajau yang mendiami Semporna. Orang Bajau Pulau Omadal merupakan pelaut/nelayan yang gigih dan aktif dalam perdagangan hasil laut dan seringkali berurusan dengan lain-lain kepulauan termasuklah tanah besar Semporna. Bukti-bukti terhadap kenyataan ini dapat diperhatikan menerusi ukiran/tulisan di batu nisan dan lain-lain artifak yang jelas menandakan mereka ini beragama Islam.

            Dahulunya,  Semporna dikenali  sebagai ‘Tong Talun’ yang bermaksud ‘Hujung Hutan’. Panglima Uddang, Panglima Sallehangni dan Panglima Sakti  dari keturunan Bajau Kubang adalah orang yang bertanggungjawab menamakan Tong Talun[2]. Ketika di awal penemuan, Daerah Semporna diliputi hutan belantara, maka nama Tong Talun telah ditukar kepada Semporna sehingga kini, yang membawa maksud ‘Tempat Yang Aman atau Damai’.

            Berbeza dengan pandangan pengkaji Barat yang mengatakan bahawa nama Semporna telah mula digunakan semenjak dari mula penubuhannya lagi. Dikatakan juga bahawa Semporna telah ditubuhkan sebagai sebuah tempat perdagangan dan stesyen pentadbiran Kerajaan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British pada 10 Mei 1887. Penubuhan penempatan ini telah dirasmikan oleh Gabenor Crocker yang memerintah pada masa itu. Sebelum itu, kawasan ini tidak didiami kerana kehadiran perompak-perompak laut yang ganas menimbulkan keadaan yang tidak selamat bagi penduduk tetap ( Sather 1997:51).
           
Bagi pandangan penulis pula,  pengkaji Barat tentunya menemui dan sampai di Daerah Semporna adalah melalui pengangkutan laut. Oleh kerana pada waktu itu, aktiviti lanun dan rompakan di laut berleluasa, sudah tentulah penduduk tidak ingin mendiami kawasan pinggiran laut dan lebih memilih untuk tinggal di dalam hutan. Kawasan hutan belantara yang luas memungkinkan mereka tidak berjumpa antara satu sama lain, seterusnya membuatkan pengkaji Barat membuat kesimpulan kawasan ini tidak mempunyai penghuni. Sehingga kini pun, masih banyak kawasan hutan Daerah Semporna yang tidak diterokai. Oleh itu, penulis tidak bersetuju dengan kenyataan pengkaji Barat yang mengatakan bahawa kawasan ini tidak didiami.
            Istilah Semporna dikenali di kalangan Orang Melayu, Bajau dan Sulu sebagai tempat berehat. Sememangnya penempatan baru ini telah menepati namanya. Ia telah menjadi tempat perlindungan orang-orang pelarian dari Sulu yang menentang penakhlukan Sepanyol ke atas tanah air mereka. Sekumpulan orang cina yang juga melarikan diri daripada Sulu telah tiba di Sandakan pada tahun 1887 dan mereka ini digalakkan untuk menetap di Semporna. Selain daripada itu, pihak kerajaan telah berusaha untuk menggalakkan pengembara-pengembara laut yang sebilangan besarnya suku kaum Bajau untuk menetap di kawasan persekitaran Semporna ( Peter Chay 1988: 138 ).
            Menurut maklumat sejarah dan jurnal yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah, pada tahun 1945-1946 iaitu selepas zaman penjajahan Jepun, pemerintahan Daerah Semporna telah diambil semula dan ditadbir oleh Tentera Bersekutu yang terdiri daripada Negara Amerika Syarikat, England dan Australia. Pejabat Pentadbiran Tentera Bersekutu berpusat di kawasan yang digelar sebagai Rumah Merah yang juga merupakan tempat penginapan Mejar Blew, Ketua Pentadbir Tentera Bersekutu Daerah Semporna. Mejar Blew merupakan Pegawai Daerah Semporna yang pertama. Beliau mentadbir Daerah Semporna bersama-sama dengan dua (2) orang kakitangan bawahan dan salah seorang darinya ialah Datuk Panglima Abdullah bin Uddang, seorang pemimpin masyarakat bajau yang sangat berpengaruh.
            Selepas pemerintahan Tentera Bersekutu, Pentadbiran Awam yang pertama telah ditubuhkan pada 1947-1949 yang dikenali sebagai Pejabat Daerah Semporna. Pada masa itu, pentadbiran daerah diketuai oleh Mr.Babrook sebagai Penolong Pegawai Daerah, manakala Datuk Panglima Abdullah bin Uddang sebagai Ketua Daerah Semporna dan Encik Iris sebagai kerani. Pusat Pentadbiran Pejabat Daerah Semporna berpusat di sebuah pejabat yang dipanggil Rumah Panjang. Pada tahun 1950, Pejabat Daerah Semporna berpindah dari Rumah Panjang ke pejabat baru yang dikenali pada masa kini sebagai Pejabat Rela. Ketika itu, ketua pentadbirannya ialah Encik Albert Watson sebagai Penolong Pegawai Daerah, dibantu oleh Encik Sakaran Dandai (mantan TYT Negeri Sabah) sebagai Ketua Daerah Semporna. Mereka juga dibantu oleh ketua kerani, penghantar surat dan seorang boatman.
            Kini Daerah Semporna mempunyai pusat pentadbiran yang di tempatkan di Bangunan Urus Setia Daerah Pekan Semporna. Urusan pentadbiran diketuai oleh Pegawai Daerah, disamping Ketua-ketua Jabatan lain seperti Kuasa-kuasa Tempatan, Jabatan Persekutuan /Negeri  dan Badan-badan Berkanun Persekutuan dan Negeri.
i.               13 buah Jabatan Persekutuan
ii.             15 buah Jabatan Negeri
iii.           8 buah Badan Berkanun Negeri dan Persekutuan
iv.           Sebuah Kuasa Tempatan
v.             3 buah syarikat swasta

Daerah Semporna mempunyai 11 Kawasan Mukim  dan 117 buah kampung. Secara umum, kampung dapat dilihat pada 3 kawasan berikut;
i.               Tanah Besar                  - 60 buah kampung
ii.             Pulau Bum-Bum           - 33 buah kampung
iii.           Kepulauan                    - 24 buah kampung
Senarai mukim dan kampung yang terdapat di Daerah Semporna
Mukim
Nama kampung
1.             Mukim pulau
i.               Kampung Bait                                 
ii.             Kampung Pababag
iii.           Kampung  Silawa
iv.           Kampung Melanta Silawa
v.             Kampung Larapan Tengah
vi.           Kampung Selakan
vii.         Kampung Tandoan
viii.       Kampung Sumandi
2.             Mukim Bum-Bum Utara
i.               Kampung Balimbang
ii.             Kampung Samal-Samal
iii.           Kampung Berjasa
iv.           Kampung Tanjung Baru
v.             Kampung Tundun Look
vi.           Kampung Look Buton
vii.         Kampung Gelam-Gelam
viii.       Kampung Seloka Empat
ix.           Kampung Tangal
x.             Kampung Labuan Haji
3.             Mukim Sisipan
i.               Kampung Sisipan
ii.             Kampung Kabimbangan
iii.           Kampung Look Sisarah
iv.           Kampung Nusalalong
v.             Kampung Egang-Egang Melanu
vi.           Kampung Egang-Egang Lama
vii.         Kampung Look Melalom
4.             Mukim Bum-Bum Selatan
i.               Kampung Bum-Bum
ii.             Kampung Tundun
iii.           Kampung Bum-Bum Telok
iv.           Kampung Pantau-Pantau
v.             Kampung Omadal Hujung
vi.           Kampung Omadal Selatan
vii.         Kampung Omadal Utara
viii.       Kampung Omadal Tengah
ix.           Kampung Gusung Melanta
x.             Kampung Ambo-Ambo
xi.           Kampung Labusai
xii.         Kampung Tabak-Tabak
5.             Mukim Sulabayan
i.               Kampung Sulabayan
ii.             Kampung Tabunan
iii.           Kampung Kubang
iv.           Kampung Terusan Baru
v.             Kampung Terusan Tengah
vi.           Kampung Terusan Tengah Lama
vii.         Kampung Look Ibah
viii.       Kampung Terusan Laut
ix.           Kampung Terusan Payung-Payung
x.             Kampung Terusan Look
6.             Mukim Denawan
i.               Kampung Pulau Dinawan
ii.             Kampung Hampalan
iii.           Kampung Hampalan Laut
iv.           Kampung Hampalan Singgamata
v.             Kampung Hampalan Baru
vi.           Kampung Hampalan Asal
vii.         Kampung Muslim
viii.       Kampung Tongkalloh Darat
ix.           Kampung Tongkalloh Laut
7.             Mukim Semporna Bandar 1
i.               Kampung Bangau-Bangau
ii.             Pekan Semporna
iii.           Kampung Rahman
iv.           Kampung Kelias
v.             Kampung Panji
vi.           Kampung Panji Hujung
vii.         Kampung Air
viii.       Kampung Air Jalan Masjid
ix.           Kampung Air Jalan Hospital
x.             Kampung Ubian
xi.           Kampung Bangau-Bangau Hujung
8.             Mukim  Semporna Bandar 2
i.               Kampung Simunul
ii.             Kampung Simunul Tengah
iii.           Kampung Simunul Dap-Dap
iv.           Kampung Sri Jaya
v.             Kampung Sri Aman
vi.           Kampung Muhibbah, Bubul Batu 2
vii.         Kampung Perigi
viii.       Kampung Tepian Bakau
ix.           Kampung Andong
x.             Kampung Larapan Tengah
xi.           Kampung Hujung Airport
xii.         Kampung Bubul Laut
9.             Mukim Tampi-Tampi
i.               Kampung Tampi-Tampi
ii.             Kampung Tampi-Tampi Timbayan
iii.           Kampung Tampi-Tampi Darat
iv.           Kampung Sum-Sum
v.             Kampung Kabogan
vi.           Kampung Selinggit
vii.         Kampung Salimbangun
viii.       Kampung Bulingisan
ix.           Kampung Senallang Lama
10.         Mukim Tagasan
i.               Kampung Tagasan
ii.             Kampung Bantayan
iii.           Kampung Tagasan Baru
iv.           Kampung Senallang
v.             Kampung Senallang Tengah
vi.           Kampung Senallang Hujung
vii.         Kampung Senallang Laut
viii.       Kampung Kubang Baru
ix.           Kampung Kubang Pinang
x.             Kampung Ungkaraya
xi.           Kampung Bukit Lalang Laut
xii.         Kampung Pegagau Baru
xiii.       Kampung Bukit Lalang
xiv.       Kampung Tarapuli
11.         Mukim Pegagau
i.               Kampung Menteritip
ii.             Kampung Menteritip Hujung
iii.           Kampung Senang Hati
iv.           Kampung Kuala Bibang
v.             Kampung Pekalangan
vi.           Kampung Pokas
vii.         Kampung Menampilik
viii.       Kampung Aman Jaya
ix.           Kampung Pulau Mabul



Masyarakat bajau mendominasi penduduk di Daerah Semporna. Menurut bancian 2010  penduduk Daerah Semporna adalah seramai 140 400 orang. 71 000 orang daripadanya adalah bangsa Bajau[3]. Seperti dinyatakan oleh Yap Beng Liang ( 1977:126 ) orang Bajau merupakan golongan penduduk asli yang kedua besarnya di Sabah, kebanyakannya terdapat di Bahagian Pantai Barat dan Timur Sabah. Apa yang menarik, meskipun kedengaran bangsa bajau adalah sama namun mempunyai perbezaan bahasa loghat, dialek juga budaya di antara masyarakat Bajau Pantai Barat dan Pantai Timur. Lebih menarik lagi, di Daerah Semporna meski didominasi oleh masyarakat bajau, namun masyarakat bajau juga terdiri daripada pelbagai etnik.
            Menurut Mohd Azareen Aminullah ( 2008 : 21 ) masyarakat Bajau Semporna dibahagikan kepada 6 kelompok iaitu;
1.             Bajau Kuvang atau Kubang
Kelompok Bajau ini dipercayai sebagai kumpulan Bajau pertama yang datang ke Daerah Semporna dan tidak lagi mempunyai ciri dan pertalian dengan Bajau Kepulauan Sulu.
2.             Bajau Sama ( Samal )
Kelompok Bajau ini terdiri daripada suku  Bajau yang masih dapat dipastikan pertalian mereka dengan kelompok  Bajau yang terdapat di Kepulauan Sulu. Ia juga termasuk dalam kelompok Bajau yang berdarah suluk.
3.             Bajau Simunul
Kelompok Bajau ini adalah kelompok yang berasal dari selatan kepulauan Sulu dan datang ke daerah Semporna semasa pemerintahan British.
4.             Bajau Sikuvang
Kelompok Bajau ini juga berasal dari Kepulauan Sulu. Kedatangan mereka ke Semporna serentak dengan Bajau Simunul.
5.             Bajau Sibutu
Berasal dari Pulau Sibutu di selatan Kepulauan Sulu dan datang serentak dengan Bajau Simunul dan Sikuvang.
6.             Bajau Filipin
Dikenali dengan Bajau Samal. Mereka bermastautin di Kepulauan Sulu tetapi telah berhijrah ke Daerah Semporna selepas Sabah memasuki Malaysia. Perpindahan mereka berlaku terutama sekitar tahun 1970.
Bagi pandangan penulis, sekiranya bajau Filipin juga dikenali sebagai Bajau Samal mengapa  perlu Bajau  Samal kategorikan kepada kelompok kedua? Penulis juga tidak berpuas hati kepada kelompok yang ke empat iaitu Bajau  Sikuvang, sekiranya dirujuk kepada tempat iaitu kepulauan Sulu nama sebenarnya adalah Sikubung. Oleh itu, nama yang sesuai adalah Bajau Sikubung.  Menurut  penulis pula, Bajau Filipin tidak perlu dimasukkan dalam etnik  Bajau di daerah Semporna kerana Bajau Simunul, Bajau Sikubung dan Bajau Sibutu’ adalah berasal dari Filipina seperti yang diterangkan pada pernyataan di atas. Berdasarkan perbincangan di atas, penulis membuat kesimpulan bahawa  masyarakat Bajau di Daerah Semporna boleh dikategorikan kepada beberapa etnik iaitu;
i.               Bajau Kubang
ii.             Bajau Simunul
iii.           Bajau Sikubung
iv.           Bajau Sibutu’
v.             Bajau Ubian
vi.           Bajau Laut


[2] Buku cenderakenangan Rasmi Regatta Lepa 2002 Semporna: 2002
[3] Jabatan Perangkaan Cawangan Tawau

Kredit:AminahNasir

No comments: