Senarai 81 Skim Yang Terlibat Dalam Kenaikan Gred Dan 2 Tangga Gaji:-
Senarai 81 skim seperti di atas termasuk dalam Bajet 2014 yang mana anda semua akan mula menrima surat tawaran opsyen bermula November 2013 ini.
- Pembantu Kawalan Trafik Udara
- Pemandu Lokomotif Sabah
- Pereka
- Pegawai Kebudayaan
- Ahli Fotografi
- Jurusolek
- Pegawai Galian
- Pegawai Kimia Bumi
- Pegawai Kaji Bumi (Geofizik/Kaji Bumi)
- Penolong Pegawai Galian
- Penolong Pegawai Kimia Bumi
- Pembantu Galian
- Pembantu Kaji Bumi
- Pegawai Makmal Filem
- Penolong Pegawai Makmal Filem
- Pembantu Makmal Filem
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma
- Pensyarah Perubatan
- Pensyarah Pergigian
- Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/
- Penolong Pegawai Latihan Vokasional/
- Pegawai Latihan Vokasional
- Pengajar Kraf
- Pembantu Pertanian
- Pembantu Veterinar
- Renjer Hutan
- Pengajar Membalak
- Pengawas Hutan
- Pembantu Hidupan Liar
- Pembantu Hidupan Liar Rendah
- Tukang K1
- Tukang K2
- Pemandu/ Operator Jentera Pemunggah
- Operator Loji
- Pekerja Awam Khas
- Pekerja Awam
- Penyelamat
- Pelukis Pelan
- Juruteknik Landskap
- Juruteknik
- Juruteknik Ukur
- Juruteknik Perancang Bandar dan Desa
- Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera
- Penguasa Bekalan Air
- MerinyuTali Air
- Pegawai Perhubungan Preman
- Penyelia Jeti
- Penghantar Notis
- Pembantu Kamera
- Pemandu
- Pemandu Kenderaan
- Pembantu Am Pejabat
- Pengurus Stesen
- Penyelia Jurupakaian
- Peniup Kaca
- Pegawai Khidmat Pelanggan
- Pengawas Pemulihan
- Pegawai Penerbitan
- Penolong Pegawai Penerbitan
- Pembantu Penerbitan
- Operator Kamera Offset
- Pembuat Plat
- Penolong Operator Kamera
- Penolong Pegawai Penyelidik Sosial
- Pembantu Penyelidik Sosial
- Pengurus Asrama
- Penolong Pengurus Asrama
- Penyelia Asrama
- Penolong Pegawai Tadbir Tanah
- Pembantu Tadbir Tanah
- Pegawai Pemeriksa Paten
- Pemandu Enjin (Keretapi Bukit Bendera)
- Pembantu Pemuliharaan
- Jurulatih Kawad
- Pembantu Wartawan/Wartawan
- Atendan Kesihatan
- Penolong Pegawai Penaksir
- Pegawai Aktuari
- Pegawai Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
- Askar Laskar Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Naik dan Kenaikan Gred
- November 2013 : Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mula dikeluarkan. Mula terima surat tawaran opsyen bagi kenaikan gaji & gred kakitangan awam daripada ketua jabatan masing-masing
- Disember 2013 : Penjawat awam perlu beri jawapan. Terima atau tidak.
Faedah Dari Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Naik Dan Kenaikan Gred 81 2013
Jika skim anda belum tersenarai lagi untuk menerima kenaikan gaji dan gred dalam tempoh terdekat ini, Cuepacs sedang berusaha keras untuk membolehkan lebih banyak skim menerima tempias penambaikan dan kenaikan.
- kenaikan taraf skim perkhidmatan gred 1 hingga 10 kepada gred 11
- pemberian dua tambahan kenaikan mata gaji
- pertukaran nama beberapa skim seperti diminta Cuepacs dan kesatuan berkaitan
Termasuklah Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta pihak berkuasa tempatan.
Skim-skim yang lain tetap akan ada harapan untuk menerima berita kenaikan gaji selepas ini. Nantikan berita gembira tersebut tidak lama sahaja lagi. Apa respon kakitangan awam mengenai berita kenaikan gaji yang terbaru ini?
SUMBER: Beritaterkini
Sumber dari http://cuepacs.blogspot.com/ pula ...
PUTRAJAYA 1 Nov. - Lebih 600,000 penjawat awam akan mendapat faedah
perkhidmatan baharu berikutan langkah kerajaan melaksanakan
penambahbaikan kepada 81 skim perkhidmatan awam sedia ada.Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal
berkata, antara faedahnya ialah kenaikan taraf skim perkhidmatan,
pemberian dua tambahan kenaikan mata gaji dan penggabungan serta pindaan
nama beberapa skim perkhidmatan.
“Serentak itu, 613,782 penyandang skim perkhidmatan awam terbabit
akan diberikan surat tawaran melalui jabatan masing-masing dalam bulan
ini.“Mereka diberikan tempoh selama sebulan selepas menerima surat
tawaran itu untuk membuat keputusan," katanya kepada pemberita selepas
mengadakan perjumpaan dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam
Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di sini hari ini.
Yang turut hadir Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.
Langkah penambahbaikan itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2014 di Parlimen
pada bulan lalu.Berikutan penambahbaikan itu, kerajaan berjaya mengurangkan bilangan
skim perkhidmatan sedia ada daripada 274 kepada 249 mulai 1 Januari
depan.Mohamad Zabidi berkata, JPA akan memaklumkan pelaksanaan tersebut
kepada Ketua Setiausaha kementerian dan ketua jabatan yang berkaitan
dalam tempoh terdekat ini.
“Kita juga akan mengadakan perjumpaan dengan semua bahagian sumber
manusia kementerian dan jabatan untuk menerangkan langkah penambahbaikan
itu," katanya.
No comments:
Post a Comment