Sudah hampir seminggu kejadian kes pengawal keselamatan warga Indonesia menembak mati pegawai Ambank berlaku. Setakat ini, pembunuh itu masih lagi bebas dan diburu oleh polis.
Biarpun memiliki ratusan ribu ringgit wang tunai di tangan, penjenayah itu tetap manusia. Dia pastinya runsing, isterinya seorang daripada 3 individu diberkas oleh polis pada 23 Oktober lalu. Pasti banyak maklumat telah dikumpulkan oleh pihak berkuasa Malaysia dalam usaha gigih untuk memberkas suaminya. Tatkala dalam pelarian, pembunuh berstatus ayah itu tentu mengenangkan nasib 3 anaknya yang masih kecil, tinggal di negara mangsa menjadi korban kekejamannya.
Barangkali setiap saat, dia terbayang-bayangkan wajah anak bongsunya, menjadi mangsa keadaan berikutan tindakan ganasnya di negara berdaulat ini. Apapun, anak itu masih lebih beruntung kerana mempunyai ibu dan ayah. Tidak seperti 2 anak mangsa bunuh, Norazita Abu Talib, kehilangan ibu mereka kasihi buat selamanya.
Tidak dapat dinafikan, kes ini mencetuskan kesedaran di kalangan masyarakat dan pihak berkuasa di Malaysia. Betapa kita berada dalam situasi bahayanya, jika kehadiran pengawal keselamata warga asing tidak dikawal serta dipantau secara rapi.
Namun saya percaya masyarakat mampu membantu.
Apakah tindakan paling wajar perlu kita lakukan jika masih terserempak pengawal warga asing di tempat kerja atau di sekitar kawasan tempat kita tinggal?
1. Tanya pengawal itu, di manakah negara asalnya? Jika dia BUKAN berasal dari Nepal, pengawal keselamatan itu ternyata bekerja secara haram dan melanggar undang-undang.
2. Hubungi nombor telefon kecemasan, '999' dan minta pihak pengendali talian untuk menghantarkan kereta peronda polis ke lokasi.
3. Jika ditanya, kes apa? Nyatakan secara jelas, terdapat pengawal keselamatan bukan warganegara Malaysia atau Nepal di kawasan berhampiran.
"Mengikut surat pekeliling dikeluarkan oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, KDN, pengawal keselamatan ini bertugas secara haram sekaligus melanggar Akta Imigresen 1959/63 kerana dia bukan warganegara Malaysia atau Nepal. Justeru sebagai rakyat Malaysia yang sah, saya mohon dia ditangkap".
Itu ayat paling sesuai untuk diungkapkan.
Pihak polis akan bergegas ke lokasi kejadian dan melaksanakan tugas mereka dengan penuh dedikasi.
Jika pengawal keselamatan disyaki bertugas secara tidak sah mendakwa warga Indonesia berstatus penduduk tetap, dia juga tidak layak bekerja sebagai pengawal keselamatan kerana bukan warganegara Malaysia.
Itu undang-undang dan bukan bersifat selective.
"Saya berasal dari Sabah/Sarawak"
Jika itu dakwaannya, secara hormat minta dia memaklumkan, siapakah Perdana Menteri Malaysia pertama?
Semua rakyat Malaysia lazimnya tahu nama Tunku Abdul Rahman. Jika dia masih lagi terpinga-pinga, suruh dia menyanyikan lagu kebangsaan, Negaraku.
Kalau kantoi, kita tahu siapakah dia sebenarnya.
Sila sebarkan informasi ini. - BERSAMA MAZIDUL AKMAL
No comments:
Post a Comment