KUALA LUMPUR: Pengawal keselamatan warga Filipina yang merompak kedai
emas di pusat beli belah di Setapak 31 Oktober lalu ditahan polis di
Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) jam 7 pagi tadi.
Suspek ditahan bersama seorang lagi rakannya ketika berada di
restoran makanan segera di lapangan terbang berkenaan dipercayai ketika
menunggu penerbangan bagi meninggalkan negara ini.
Penahanan lelaki terbabit disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah.
Menurutnya, pihaknya turut merampas sepucuk pistol dan lima butir
peluru di sebuah rumah di Pandan Jaya susulan penahanan pengawal
keselamatan berkenaan.
Sumber:harianmetro
No comments:
Post a Comment