03 November 2013
Senjata Perang Dunia Ke II Di Temui
Senjata dan peluru lama dipercayai tinggalan tentera Jepun pada Perang Dunia Kedua yang ditemui di Jalan Kota Tinggi-Mersing baru-baru ini.
JOHOR BAHRU – Sekumpulan lelaki tidak menyangka objek-objek pelik yang pada mulanya mereka sangka ranting-ranting kayu, rupa-rupanya senjata peninggalan zaman Jepun.
Sebelum itu, mereka ke sebuah kawasan lapang di tepi jalan Batu 14 Jalan Kota Tinggi-Mersing, Kota Tinggi petang Jumaat baru-baru ini.
Bagaimanapun, tidak lama kemudian mereka terkejut apabila tiba-tiba ternampak kelibat seperti dahan-dahan kayu di situ.
“Setelah didekati, rupa-rupanya ada sebanyak 18 batang besi berkarat bersalut tanah yang merupakan senjata lama,’’ kata Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Mohd. Shariff di sini semalam.
Menurut Mokhtar, ketika ditemui pada pukul 4.30 petang kesemua senjata berbentuk laras senapang itu masih boleh digunakan.
Bagaimanapun, tiada kejadian tidak diingini berlaku ketika kumpulan lelaki itu menemuinya.
Difahamkan, lokasi tersebut merupakan tempat persembunyian penduduk tempatan membuat serangan hendap terhadap tentera Jepun pada Perang Dunia Kedua.
Menurut Mokhtar lagi, turut ditemui di sekitar tempat tersebut ialah 20 butir peluru lama di sebuah lubang.
kredit:VAT69-perjuangansemalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment