Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, suspek berusia 17 tahun dari Petaling Jaya itu ditahan pukul 3 petang semalam sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini untuk diambil keterangan.
Remaja itu kemudian dibebaskan tengah malam tadi, dengan ikat jamin polis, katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Remaja itu disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 susulan satu laporan polis diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi terhadap tindakan remaja berkenaan.
Zainuddin berkata, remaja tersebut sudah berhenti sekolah selepas peperiksaan PMR dua tahun lepas dan tagih dengan permainan komputer. - Bernama
No comments:
Post a Comment