02 December 2013

Kisah DiSebalik Penculikan Di Pulau Pom Pom Semporna

semporna sabah

SEMPORNA: Mereka memerlukan duit untuk membeli barangan dan meneruskan kehidupan.

Pada suatu malam yang sunyi sepi kumpulan bersenjata itu merasakan ia adalah masa yang sesuai untuk mereka melakukan penculikan.
Itulah antara punca yang menyebabkan kumpulan bersenjata berkenaan menyerbu Pulau Pom Pom yang terletak di timur perairan Semporna, Sabah pada 15 November lalu.

Itulah antara butiran yang dimaklumkan oleh bekas pegawai risikan mengenai punca mengapa pasangan pelancong warga Taiwan, Hsu Li Min, 57, dan Chang An Wei Chang, 58, menjadi mangsa kumpulan bersenjata daripada Selatan Filipina.

Penculikan yang mahu mendapatkan wang tebusan itu berlaku sejak Ogos lalu, di mana dua mangsa bersaudara, Tung Wei Jei dan Tung Wee Wei, di Lahad Datu sebelum ini tidak membuahkan hasil.

Wee Wei, 34, mati ketika dalam tahanan sementara sepupunya, Wei Jie, 26, berjaya melarikan diri daripada kumpulan bersenjata ketika tentera Filipina menyerang tempat persembunyian mereka di Pulau Jolo.

Kumpulan bersenjata itu dikatakan sangat kecewa kerana mereka gagal mendapatkan wang tebusan daripada dua saudara berkenaan berbanding dengan kes penculikan di Pulau Sebangkat pada 2010, kata pegawai perisik berkenaan.

Wang tebusan yang tinggi diminta oleh kumpulan berkenaan bagi membebaskan dua pekerja ladang rumpai laut yang diculik selama hampir 10 bulan di Pulau Sebangkat yang terletak berhampiran dengan Semporna.
Pegawai tersebut berkata, kumpulan yang melakukan penculikan untuk menuntut wang tebusan itu turut menculik beberapa mangsa termasuk pelancong asing dan mereka di bawah ke selatan Filipina.

Wang tebusan yang dikutip daripada pelancong asing selalunya lebih tinggi berbanding mangsa yang diculik daripada negara mereka sendiri.
Sumber risikan turut mendedahkan kumpulan berkenaan telah melakukan perancangan rapi di kawasan sasaran selama beberapa minggu dengan bantuan orang tempatan atau pekerja resort yang berpaling tadah sebelum insiden penculikan di resort Pulau Pom Pom.

Mereka berkata daripada sumber yang diperoleh daripada dua-dua pihak di sempadan telah menyatakan mereka ada mendengar berita mengenai kemungkinan berlaku penculikan di Sabah lebih daripada sebulan lalu namun tiada apa yang berlaku ketika itu.

Namun pada 15 November, awal pagi Jumaat, ketika suasana gelap, kumpulan bersenjata ini merasakan itulah masa yang sesuai untuk mereka menyerang Resort di Pulau Pom Pom.

Insiden penculikan sebelum ini juga berlaku pada waktu malam yang sunyi dan gelap.

Hanya dengan kesilapan kecil daripada bahagian keselamatan dan maklumat risikan pada malam yang sunyi tersebut telah memberi peluang kepada kumpulan penceroboh dari laut Sulu dan Sulawesi, kata pegawai berkenaan.
Kawalan yang lebih ketat diperlukan pada malam-malam sedemikian, kata pegawai tersebut sambil menambah: “Tidak seperti hutan, kawasan lautan lebih neutral.”

Beliau bersetuju resort di Pulau Pom Pom akan terus terdedah kepada insiden penculikan sekiranya pengusaha resort berkenaan enggan membenarkan pegawal keselamatan dilihat oleh pengunjung resort dan tidak membenarkan mereka membuat rondaan di kawasan pantai.

Apa yang masih menjadi tanda tanya ialah, lapan ahli kumpulan bersenjata warga Filipina itu menaiki dua bot laju boleh menceroboh resort di Pulau Pom Pom tersebut.

Mereka mendarat di salah satu daripada chalet atas air lokasi di mana pasangan warga Taiwan itu sedang tido dan beberapa das tembakan kedengaran pada pukul 1 pagi Jumaat, kejadian tersebut menyebabkan pekerja resort segera menghubungi Pusat Operasi Keselamatan yang ditempatkan di pulau berkenaan.

Satu lagi versi mendakwa, Hsu yang berbadan tegap dengan berani cuba berlawan dengan kumpulan bersenjata itu sebelum salah seorang daripada ahli kumpulan berkenaan melepaskan dua das tembakan untuk menakutkan mangsa. Bagaimanapun tembakan tersebut menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.

Bagi kumpulan bersenjata itu, Hsu dan Chang merupakan komoditi yang sangat berharga ketika mereka masih lagi bernyawa berbanding jika mereka mati kerana ia membolehkan mereka mendapatkan wang tebusan yang lebih tinggi bagi membebaskan kedua-dua tebusan berkenaan.

Ada juga pihak yang mendakwa sekiranya tembakan tidak dilepaskan oleh kumpulan bersenjaa itu, mereka mungkin sudah menculik pasangan warga Taiwan itu daripada resort berkenaan.

Sebaik sahaja, mereka berjaya menculik Chang, kumpulan berkenaan bergerak ke Pulau Sitangkai yang terletak di selatan perairan Filipina sebelum mereka dikatakan memindahkan dia ke dalam satu lagi bot sebelum menghala ke kawasan hutan di Lagunyan, Pulau Tawi-Tawi.

Sekiranya tiada apa yang berlaku kepada mangsa dan kumpulan bersenjata itu, Chang mugkin disembunyikan di kawasan hutan pergunungan di Pulau Jolo yang merupakan markas kumpulan militan Abu Sayyaf.

Chang dipercayai disembunyikan sebagai tebusan di kawasan yang dikuasai oleh mana-mana komander Abu Sayaff atau kumpulan pembebasan bangsa Moro sementara proses rundingan untuk mendapatkan wang tebusan dijalankan.

Sementara pihak berkuasa Taiwan mengetuai proses rundingan bagi membayar wang tebusan secara terus dengan pihak Filipina, polis Malaysia pula memfokuskan kepada usaha mengumpulkan maklumat risikan daripada saluran tempatan mengenai bagaimana kumpulan bersenjata Filipina itu menceroboh masuk ke resort di Pulau Pom Pom itu.

Proses rundingan juga dijangka mengambil masa yang lama sekiranya ada kumpulan lain yang cuba melakukan penipuan dalam usaha membebaskan mangsa penculikan.

Orang tengah dilantik oleh kumpulan bersenjata berkenaan dan mereka ini yang melakukan rundingan mengenai wang tebusan untuk membebaskan Chang.

Sekiranya kumpulan penculik itu tahu Chang berasal daripada keluarga orang kaya, mereka akan meningkatkan jumlah wang tebusan dan ia akan bermula daripada beberapa juta dolar Amerika, menurut ‘orang tengah’ yang pernah terlibat dalam proses rundingan untuk membebaskan mangsa penculikan di sempadan sebelum ini.

Sebaik sahaja panggilan telefon dibuat oleh kumpulan perantara yang dipercayai, akan berlaku saingan untuk memastikan kumpulan perunding mana yang berjaya memastikan mangsa culik dapat dibebaskan dengan selamat.
Pertama, perunding ini akan mendapatkan bukti daripada kumpulan bersenjata bahawa mereka mangsa berada dalam keadaan selamat dengan memberikan gambar terkini mangsa.

“Selepas itu, mereka akan mengaturkan satu panggilan telefon yang selamat untuk membolehkan mangsa bercakap dengan ahli keluarganya bagi membuktikan dia masih lagi hidup,” kata perunding berkenaan.
Selepas semua itu selesai, tugas yang lebih mencabar bermula dalam soal menetapkan jumlah wang tebusan yang perlu dibayar.

Proses ini mungkin mengambil masa berhari-hari, minggu demi minggu atau berbulan-bulan lamanya, semuanya bergantung kepada proses rundingan sebelum wang tebusan diserahkan kepada kumpulan bersenjata yang menculik mangsa.

Sekiranya proses rundingan berlarutan terlalu lama, kumpulan bersenjata itu akan melakukan apa sahaja untuk memastikan Chang selamat kerana mereka tidak mahu menyimpan komoditi yang telah mati.

Mereka akan memindahkan mangsa daripada satu kawasan hutan ke tempat persembunyian yang lain dan daripada satu pulau ke pulau lain sekiranya pasukan tentera terlibat dalam operasi berkenaan.

Jika dilihat kepada usia dan masalah kesihatan yang dialami oleh Chang, disamping kekangan memahami bahasa tempatan, apa yang dibimbangkan adalah sama dia mampu terus bertahan atau tidak sebelum dibebaskan.

sumber:SGB

No comments: