FIRMAN
Allah SWT yang bermaksud: Dan apabila engkau berada di tengah-tengah
mereka (sahabatmu), lalu engkau hendak mendirikan solat bersama-sama
mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri (solat)
bersamamu dan menyandang senjata, kemudian apabila mereka (yang solat
beserta denganmu) sujud maka hendaklah mereka berpindah dari belakangmu
(untuk menghadap musuh). (an-Nisa': 102)
SOLAT berjemaah sangat dituntut dalam Islam sehinggakan ia diperintahkan walaupun berada di medan pertempuran untuk berperang. Ini sebagaimana firman Allah SWT menerusi ayat di atas yang turunkan kepada Rasulullah semasa baginda ingin menghadapi peperangan dengan orang kafir.
SOLAT berjemaah sangat dituntut dalam Islam sehinggakan ia diperintahkan walaupun berada di medan pertempuran untuk berperang. Ini sebagaimana firman Allah SWT menerusi ayat di atas yang turunkan kepada Rasulullah semasa baginda ingin menghadapi peperangan dengan orang kafir.
Mungkin
ramai yang masih meragui mengapa perlunya melaksanakan solat berjemaah
sedangkan ia boleh dilakukan secara bersendiri di rumah atau di lokasi
kita berada tanpa bersusah payah ke masjid ataupun surau. Namun
salah faham terhadap kemestian solat jemaah di surau dan masjid ini
juga sebenarnya telah merumitkan untuk melaksanakan tuntutan tersebut
sedangkan ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja walaupun hanya dua
orang.
Mengerjakan solat secara berjemaah seminggu sekali pada solat Jumaat atau solat sunat raya dianggap telah mencukupi oleh sesetengah umat Islam asakan tidak meninggalkan kewajipan dalam rukun Islam kelima itu sendiri di rumah. Solat berjemaah sering diambil mudah dan semakin kurang mendapat sambutan. Antara sebabnya, kurangnya kesedaran dan pengetahuan orang ramai terhadap kelebihan dan manfaat yang bakal diperoleh daripada menunaikan tuntutan Allah tersebut. Kelebihan solat berjemaah disebutkan oleh Nabi Muhammad SAW dalam sabda baginda yang bermaksud: Solat berjemaah itu lebih afdal daripada sembahyang berseorangan dengan kelebihan 27 darjat. (riwayat al-Bukhari).
Mengerjakan solat secara berjemaah seminggu sekali pada solat Jumaat atau solat sunat raya dianggap telah mencukupi oleh sesetengah umat Islam asakan tidak meninggalkan kewajipan dalam rukun Islam kelima itu sendiri di rumah. Solat berjemaah sering diambil mudah dan semakin kurang mendapat sambutan. Antara sebabnya, kurangnya kesedaran dan pengetahuan orang ramai terhadap kelebihan dan manfaat yang bakal diperoleh daripada menunaikan tuntutan Allah tersebut. Kelebihan solat berjemaah disebutkan oleh Nabi Muhammad SAW dalam sabda baginda yang bermaksud: Solat berjemaah itu lebih afdal daripada sembahyang berseorangan dengan kelebihan 27 darjat. (riwayat al-Bukhari).
Sabda
Rasulullah dalam ayat di atas menunjukkan betapa Allah melipat kali
gandakan ganjaran kepada hambanya yang menunaikan solat berjemaah
berbanding solat secara bersendirian walaupun ia tiada perbezaan dari
segi perbuatan fizikal dan bacaan ketika solat. Malah kelebihan serta
manfaat solat berjemaah terbukti dari segi saintifik dan diakui oleh
pakar sains fizik di sebuah universiti di Amerika Syarikat, Prof. John
Herbert selepas membuat kajian mengenai tujuan dan kelebihan solat
berjemaah.
Pengarah
Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim), Dr. Abdul Ghaffar Surip berkata, hasil kajian John Herbert
mendapati sentuhan antara bahu jemaah ketika solat mampu menyeimbangkan
cas elektrik positif dan negatif yang terdapat dalam tubuh manusia
menjadikan tubuh lebih segar dan bertenaga.
"Tubuh
manusia terdiri daripada dua cas elektrik iaitu cas positif dan negatif.
Setiap aktiviti harian kita tidak kira bekerja, beribadat atau berehat
banyak menggunakan tenaga yang menyebabkan berlakunya pertukaran cas
positif dan negatif yang menyebabkan ketidakseimbangan cas tersebut di
dalam tubuh.
"Ini
menyebabkan tubuh berasa letih dan tidak bermaya. Oleh itu, cas ini
perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita iaitu
dengan cara menunaikan solat berjemaah yang merangsang proses pertukaran
cas elektrik dalam tubuh kita tersebut," katanya.
Beliau
berkata demikian kepada Mega pada majlis penyampaian Sijil Tinggi
Pengajian Sains Dakwah di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi,
Selangor, baru-baru ini. Seramai
27 peserta terdiri daripada Saudara Muslim mengikuti kursus tersebut
yang dijalankan dua minggu sekali selama tiga bulan.
Majlis
penutup disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Razali Shahabudin yang turut
menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta. Dr. Abdul Ghaffar
berkata, tubuh manusia mengeluarkan cas yang berlebihan dan cas itu akan
ditarik oleh cas yang berlawanan dalam tubuh badan jemaah di sebelah
kanan dan kiri. Begitu juga proses yang sama berlaku kepada setiap
jemaah. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang dan
semakin segar tubuh badan kita.
Mengikut
hasil kajian tersebut, proses pertukaran cas ini sangat diperlukan dalam
kehidupan harian sebagaimana keperluan tidur pada setiap hari dengan
sama. Menurutnya, bilangan rakaat yang berlainan dalam setiap waktu
solat adalah bertepatan dengan keperluan pertukaran cas elektrik positif
dan negatif tersebut. Solat subuh hanya dua rakaat kerana ia hanya
memerlukan sedikit pertukaran cas dalam tubuh. Berlainan pula dengan
solat Zuhur dan Asar yang memerlukan pertukaran cas yang banyak untuk
menyeimbangkan cas dan mengembalikan tenaga dan kecergasan tubuh.
"Selepas
waktu Asar pula, pada kebiasaannya kita hanya beriadah atau melakukan
aktiviti ringan yang tidak terlalu banyak menggunakan tenaga di samping
perbezaan masa yang diperuntukan tidak terlalu ketara.
"Oleh itu, solat berjemaah waktu Maghrib hanya sebanyak tiga rakaat mencukupi untuk menyeimbangkan cas dalam tubuh," katanya.
Walaubagaimanapun,
mungkin sesetengah daripada kita keliru mengenai bilangan solat Isyak
yang banyak sedangkan ia tidak jauh berbeza dengan waktu solat
Maghrib. Dr. Ghaffar berkata, menurut kajian itu, pertukaran cas yang
banyak perlu bagi menyediakan cas elektrik dalam tubuh yang benar-benar
seimbang dan pengumpulan tenaga yang secukupnya untuk bangun pada
sepertiga malam bagi menunaikan solat sunat seperti yang dituntut dalam
Islam.
"Hasil
kajian saintifik tersebut menunjukkan kepada kita betapa indah dan
sempurnanya amalan agama Islam sehingga setiap kewajipan yang
diperintahkan kepada kita mempunyai kelebihan dan manfaat tersendiri,"
katanya. Hasil kajian John
Herbert itu membuka pintu hatinya dan mendapat hidayah Allah untuk
memeluk agama Islam kerana tiada amalan agama lain yang selengkap dan
sempurna sebagaimana ajaran Islam.
Sumber: Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment