Pendidikan
awal kanak-kanak jika ikut pandangan Islam, ia sebenarnya bermula
ketika seseorang itu memilih pasangan masing-masing. Untuk menghasilkan
sesuatu yang baik tentulah dari benih yang baik. Namun skop tulisan saya
dalam artikel ini ialah pendidikan awal yang bermula sebaik sahaja anak
itu dilahirkan ke dunia.
Pendidikan
awal ini sangat penting dan kritikal di enam tahun pertama usia seorang
kanak-kanak di mana perkembangan otak mereka pesat berkembang ketika
ini. Ia ibarat "sponge" yang kering, menyerap hampir apa saja cecair
yang berada di sekelilingnya. Ibubapa selaku orang yang paling terdekat
dalam kehidupan anak-anak yang berusia di bawah enam tahun, perlu
memastikan cecair yang berada di sekeliling sponge itu adalah cecair
yang bersih jika mereka ingin melihat anak-anak mereka membesar menjadi
seorang anak yang berguna. Enam tahun pertama ini merupakan pendidikan
asas (foundation). Anak-anak akan memasuki alam pra remaja, remaja dan
dewasa menurut pendidikan asas yang telah dicorakkan ke dalam dirinya di
peringkat enam tahun pertama tersebut.
Perkembangan
awal otak seorang kanak-kanak berlaku serentak. Apa yang dimaksudkan
ialah pertumbuhan otak yang mengawal bahagian-bahagian tertentu seperti
perkembangan minda (intelektual), emosi, fizikal, social dan spiritual
berlaku secara serentak. Oleh itu, pendidikan awal yang perlu kita
perhatikan pun hendaklah secara holistik (menyeluruh). Kita tidak boleh
menekankan pada satu-satu aspek perkembangan sahaja contohnya
memfokuskan pada perkembangan fizikal dan minda sahaja sehingga
mengabaikan perkembangan-perkembangan lain seperti emosi, social dan
spiritual. Ransangan atau pengalaman yang ingin diterapkan kepada
anak-anak sewajarnya mengambil kira semua aspek perkembangan tersebut.
kredit:ibubapacemerlang2012
No comments:
Post a Comment